Thursday, February 28, 2013

I yang fussy atau memang patut I tegur?

I ada juga terfikir, kenapa tiba-tiba ada je yang tak kena? Ke I yang terlebih fussy?

Kisahnya begini. Cikgu Dila yang jaga Batrisyia sejak umur sebulan 3 minggu telah pun berhenti kerja hujung bulan January yang lalu. Penggantinya Cikgu Lina yang sedang pregnant. Pregnant bukan 2-3 bulan tapi perut dah besar macam 7 bulan. Masa ni I terfikir, apa motif operator taska ni hire seorang perempuan pregnant? Budak-budak ambil masa nak attach dengan cikgu. Lepas tu nanti dia berpantang 2 bulan. Cikgu mana pulak yang datang ganti?

Tu perkara pertama yang I tak puas hati. Sikit je la. Kemudian, bermulalah episod benda-benda kecil yang buat I geram.

1. Rutin harian - I akan ambil Batrisyia sekitar jam 1.20 petang. Selalunya masa ni Batrisyia dah cantik beruniform, dah wangi, dah berbedak. Pernah sekali masa I datang, Batrisyia tidur. Masa tu cikgu-cikgu semua ada kat bawah. Cepat-cepat kejutkan Batrisyia bawa pergi mandi. Tak sampai 20 saat, Batrisyia keluar dengan muka basah. Cikgu kata DAH MANDI. Padahal terang-terang kot ko setakat basuhkan muka dia. I dah cakap, takpe.. mandikan dia dulu. Dia masuk kelas pukul 2 petang. Tapi takkkk, basuh muka saja, pastu kata dah mandi. Anak kucing pun mandi lagi lama, tau tak?

2. Kali kedua, I datang pukul 1.30 petang. Batrisyia tidur. Dia terus tarik Batrisyia pergi mandi. Kali ni badan basah. Disabun atau tak, tak sure. Tapi badan tak berlap. Terus nak pakai baju. I masuk ke taska. I tanya Batrisyia. Mana tuala? Pergi la lap dulu. Cikgu dia datang, boleh tanya I, "Kak, tuala Batrisyia yang mana satu ye? Isnin aritu saya takde waktu pagi. Tak tau tuala dia yang mana satu". Damn, hari tu dah hari Khamis. So selama 4 hari tu, anak aku pakai tuala apa? Fuh, menyirap darah rasanya. I pergi ke rak tuala. Selalunya tuala elok dijemur. Masa I datang tu, tuala-tuala berlonggok! Masya Allah.

3. Ni kejadian Isnin baru-baru nie. Masa turunkan Batrisyia kat tadika, baru I perasan baju dia kedut seribu. Hari Isnin, baju baru pakai tapi berkedut. I tanya Batrisyia, "Kenapa baju kedut?". Dia cakap dia tidur dengan baju tu. Whattt? I sms cikgu lagi sorang, tanya betul ke Batrisyia tidur dengan uniform sekali. Betul, katanya. This time, I cakap elok-elok. Next time, jangan pakaikan awal-awal sebab baju berkedut sangat. Apa motif I gosok baju tiap-tiap malam kalau baju tu berkedut sebelum dia sampai sekolah? Rasanya benda logik ni semua orang boleh fikir. Tapi mungkin cikgu ni nak senang, dia mandikan Batrisyia sebelum tidur tgh hari, terus pakaikan uniform. So bila sampai masa I nak ambil, dia tinggal suruh Batrisyia basuh muka je.

Sekarang korang cakap.... I yang fussy atau memang patut I tegur? Dah la yuran transit kat situ mahal. Tapi service dah makin kureng. I rasa nak je bercakap dengan operator taska tu.

Wednesday, February 27, 2013

Request lauk sedap dari mama

Orang kata, bila dah duduk berjauhan dari keluarga.. bila si anak balik ke rumah, si ibu akan mula masak yang special untuk anak. Tu kalau belum kahwin. Tapi kalau dah kahwin, si anak patut masakkan untuk ahli keluarga pulak.

Tapi I tidak pulak macam tu. Hihihihi. Kadang-kadang bila sampai masa teringin nak makan sesuatu, I akan request mama masak lauk yang I nak. Adik beradik lain terpaksa pasrah sebab I sorang je yang duduk luar negeri (lah sangat kan?). Sape ntah pernah tanya I, kenapa pulak I request lauk. Patutnya I yang kena masakkan untuk keluarga. Hoooo, ni mesti tak pernah duduk jauh dari parents nie.

Semuanya bermula sejak sekolah menengah la kot. Duduk asrama. Paham-paham la. Parents akan datang melawat. Lauk pauk yang sedap-sedap akan dibawa untuk memenuhi nafsu makan si anak yang dah bosan dengan lauk dewan makan.Lepas tu belajar kat Melaka pulak. Masa kat Taman Dahlia, rajin la keluarga I datang melawat. Bawa lauk lagi. Kiranya rutin membawa lauk untuk anak tu dah jadi kebiasaan.Bila dah duduk jauh, walaupun kita tau memasak, tetaplah terbayang-bayang lauk kat rumah. Tak sama, ok!

Korang macam I tak? Ke I je yang suka request macam tu?

Adik beradikku sekalian... Sabtu ni kita makan Sambal Daging! Aku bagi tau awal-awal ni :p


Tuesday, February 26, 2013

JomFit with Emily Tan

Korang boring ke dengar story pasal JomFit ni? Hihihi. Siapa tak boring boleh terus baca entry ni. JomFit terakhir yang kami ikuti nampak lain dari yang lain. Kali ni, kami dibahagikan mengikut kumpulan. Erk, I rasa diorang main taram je buat kumpulan kot. Kami sampai lambat so join je kumpulan yang nampak tak cukup korum.

Semua aktiviti dibuat mengikut kumpulan. Sesi kali ni tiada dance langsung. 2 jam training dengan TV Fitness Celebrity; Emily Tan. Lepas tu 1 jam buat strength exercise dan cool down. Nampak macam tak berpeluh sangat. Berpeluh sekejap masa kena berlari-lari. Terasa santai la berbanding sesi JomFit yang sebelum ni. Rasa semacam pulak bila takde dance. TIba-tiba nak Gladys, boleh? Hahaha.

Pendek kata, jom la join JomFit sama-sama sebab memang best! Sebab tu I selalu promote =)

Gambar? Share gambar special saja la. Satu gambar dari Kevin. Selebihnya gambar sendiri.

200 peserta! 

Ok, mula-mula buat macam ni. Tapi kena bend dan 
pandang straight ke hadapan

Lepas tu regangkan pinggang, bagi berbunyi sikit. 
Jangan lupa nikmati pemandangan lampu-lampu kat atas tu.

Jari kena cecah lantai ye.. jangan mengelat macam Umi saya

Amacam, slim sikit tak?

Friday, February 22, 2013

Wardina Safiyyah di JomFit

Alaaaaaaaaaaaaaaaaa.... FRUST!!!

Selebriti jemputan untuk JomFit 24 March ni ialah Wardina Safiyyah. Adikku, kenapa ko kahwin pada tarikh yang sama?? Huwaaaaa....

Ok la, bagi yang teringin menyertai JomFit, jadual untuk bulan March dah keluar. Ada 2 tarikh iaitu 24 March dan 31 March. So kalau rasa nak jumpa Wardina, sign up untuk 24 March. Untuk 31 March, tak tau la Kevin nak panggil sape pulak. Untuk minggu ni, Serina Chef Wan akan jadi selebriti jemputan. Vavava... bagus!

Pagi ni I bangun dengan perasaan yang berdebar-debar. I mengharapkan angka yang akan muncul di bathroom scale adalah angka yang dah lama I tak nampak. 3 kali I turun naik scale sebab nak make sure betul-betul. Alhamdulillah, angka tu muncul. Setelah berbulan-bulan rasa gemuk, rasa macam takkan dapat balik angka tu... sekarang rasa kurang gemuk sikit. Hahaha. As at today, I dah turun 3.4kg. Tu pun lepas baik demam aritu, naik 1kg semula. Takpe, takde hal.

Maybe bagi korang 3.4kg tu apa la sangat. Tapi bagi I, itu satu pencapaian yang I sangat tunggu-tunggu. Dah lama berat tak turun secara konsisten macam nie. I still have 5.8kg to go before I reach my target. Orang sibuk nak turun 5kg dalam masa 5 hari, I nak turun secara slow and steady. Biar turun sikit asalkan berkekalan. Amin....

5.8kg... kau tunggu!


Burger Bakar Abang Burn tiada sayur

I seorang penggemar sayur. Kalau makan nasi, sayur paling banyak dalam pinggan. Jadi bila I cuba Burger Bakar Abang Burn, I tak boleh terima kenyataan yang mereka tak letak sayur aka salad.

Hikhik. Sebenarnya dah lama sangat nak cuba tapi tak berkesempatan. Sejak tahun lepas menunggu. Lepas tu bila Batrisyia dah sekolah kat area Taman Dagang, teringin nak cuba tapi tak juga pergi-pergi. Bila mereka buat offer baru-baru ni, I ajak hubby pergi.

I cakap dengan hubby. I nak order burger yang I mulut I mampu makan (bermaksud tidaklah sampai bertingkat-tingkat sangat). Sekadar lepaskan keinginan. Then, tak perlu la makan lagi. So I belikan Beef Cheezy Supremo untuk I dan Lamb Cheezy Special untuk hubby. Total lepas discount ialah RM21.++

Mahal? Daging homemade yang tebal. Standard la kot. Kalau nak murah macam kedai lain, dapat la daging yang nipis. I tak rasa burger yang hubby makan. Dia tak offer pun. Cis, tau la suka makan lamb. Burger I pula, I rasa terlalu cheezy. Kalau la I tau, I order "Cheese" je. Oh ye, "Cheese" akan dapat 1 keping keju. "Cheezy" akan dapat 2 keping keju. Dengan gabungan white sauce yang diletak, I rasa "Cheezy" terlalu muak. Oh my, ke I yang dah tua dan rasa tak sesuai makan benda-benda berlemak ni lagi? :p

Paling terasa kehilangan ialah tiada salad. Sob sob. Why? Kalau ada salad, kan sedappppp. Satu lagi, diharap pihak BBAB boleh beri lebih tisu kepada pembeli. Bayangkan dengan cheese dan white sauce yang meleleh tu, sekeping tisu je yang diberikan. Comot! Hehehe, tapi bedal sajalah. Nasib baik ada tisu basah dalam handbag.

Overall, sedap. Ok la. Tidaklah sedap melampau sampai rasa nak repeat banyak kali. Maybe lain orang lain citarasa kot. I rasa dah cukup makan sekali. Yang pasti, memang kenyang dan sesuai dengan harga. Paling obvious, terus rasa mengantuk lepas makan. Hehehe.

Thursday, February 21, 2013

Habis sudah City Hunter

Ada tak I beritahu yang Batrisyia peminat City Hunter? Fuh, dia kalau tengok drama tu, mulut boleh ternganga. Bila sampai part City Hunter bertopeng dan mula nak lawan orang jahat, mesti terkeluar dari mulut dia ayat ni, "Umi, City Hunter ni hebat kan?". Tu belum I share gambar Batrisyia sikat rambut dia ala-ala City Hunter (rambut memanjang ke depan dahi). Serabai je I tengok. Kuikuikui. Tapi dia bangga sebab rambut dia macam City Hunter. Apakah? Sometimes, I confuse I ada anak lelaki atau anak perempuan. Hahahaha...

Episod terakhir malam ni memang best. Sedih tengok babak majlis pengebumian Young Ju. Sedih bila penyiasat dia menangis-nangis sambil salahkan City Hunter atas kematian Young Ju. Batrisyia pun tangkap sedih. Emo la anak aku nie.

Paling paling tak tahan bila dah hujung. Di saat Jin Pyo dan City Hunter berdepan sesama sendiri. Sorang nak bunuh President. Sorang lagi nak selamatkan President. Dan City Hunter acukan pistol ke kepala dia sendiri bagi menghentikan Jin Pyo daripada teruskan rancangan membunuh President. (Masa ni I dah tutupkan mata Batrisyia. Tak boleh tengok woo). Lepas tu buka balik. Time nie Batrisyia dah terdiam. Lepas tu dia tanya, "Umi, kenapa mata City Hunter merah?". "Dia nangis". "Kenapa dia nangis? Dia sedih?". "Ye kot". "Kenapa dia sedih?".

Kalau dilayan, soalan takkan habis. So I diam je. Lepas tu dia diam. Tiba-tiba I sedar Batrisyia pegang tangan I. Kuat woo dia pegang. Wah, suspen ke anak aku layan drama nie? Hahaha....

So endingnya.. ok la kot. Kesian pulak dengan Jin Pyo. Walaupun nampak hati keras macam batu tapi akhirnya dia korbankan diri dia untuk bersihkan nama anak angkat dia. I cakap dengan Batrisyia yang lepas ni dah takde City Hunter. Dia marah I. Tapi pandai gak dia. Dia kata, "Nanti suruh abi download!"

Kisah Astro dan suami goyang kaki

Salesgirl : Rumah akak ada Astro?
Me : Takde.
Salesgirl : Kenapa? Akak duduk menyewa dengan kawan-kawan ke?
Me : Eh,tak la. Duduk dengan family tapi kitorang memang taknak Astro.
Salesgirl : Kenapa pulak taknak? Astro kan best.

Erk, perlu ke jawab? Hanya semata-mata ia best, maka wajib ada Astro kat rumah ke?  I tak tau la mana budak ni dapat my phone no. Dia sangat determine nak buat appointment dengan I sampaikan at one point, I cakap I ada banyak kerja dan I takde masa nak layan Astro. I kata tak perlu call I lagi. Huhuhu, sorry la dik. Orang tengah bekerja, janganlah dikacau dengan benda yang tak penting macam nie.

Astro best ke? Bergantung pada orang yang menontonnya. Rumah parents I ada Astro so bila balik sana, baru layan. I pun bukan minat semua channel. I setakat layan AXN, Diva, Star World (sikit-sikit) dan FOX.

Kalau nak suruh layan Astro masa hari bekerja macam sekarang ni, memang takde maknanya. I dapat bayangkan kalau kat rumah I ada Astro. Pukul berapa baru I akan layan Astro eh?

5.15pm - Balik dari kerja.
6.00pm - Jemput hubby. Jemput Batrisyia dari kindy. Balik ke rumah.
6.45pm - Beli barang untuk masak dinner.
7.00pm - Sampai rumah. Masuk dapur.
7.45pm - Berhenti untuk solat. Sambung masak.
8.15pm - Selalunya dah siap masak. Mandi dan cuci baju
8.45pm - Solat Isyak. Makan malam.
9.30pm - Kemas dapur. Gosok baju kerja dan baju sekolah. Ajar Batrisyia membaca Pre-Reading Book dan Iqra.
10.30pm - Tengok TV.
11.00pm - Tidur.

Setengah jam je tengok TV? Honestly, tak juga. Selalunya pukul 9.30 malam tu, dah boleh tengok dah sebab kami bergilir-gilir ajar Batrisyia. I akan ajar Pre-Reading Book dan hubby akan ajar Iqra. Rasa macam no point I install Astro sebab tengok sejam je. Kat TV biasa pun banyak drama menarik tiap-tiap malam. So takde hal la kalau takde Astro. Boleh je suruh hubby download apa-apa siri yang I nak tengok cepat.

Tengok jadual kat atas tu, I rasa penat. Hahahaha. Orang kata, seorang isteri kerjanya takkan habis hingga ke saat dia melelapkan mata di malam hari. Betul ke? Betul kot. Tapi tidak bermakna seorang suami goyang kaki lepas balik dari kerja kan? I bertuah sebab hubby rajin. Erk, mungkin sebab I delegate kerja kot. Hahahaha. Terima kasih abang sebab rajin tolong Liza... rajin jemurkan kain tiap-tiap malam, rajin gosokkan baju setiap hari Khamis, rajin buangkan sampah.. sama-sama la kita penat ye :)

I think it's important to share responsibilities. Kalau seorang isteri boleh sama-sama keluar mencari rezeki, apa salahnya seorang suami menolong isteri di rumah.I teringat seorang ustaz berkata dalam program Semanis Kurma. Katanya, seorang lelaki akan menjadi rajin atau malas, bergantung pada cara dia dididik. Jika kita mahu anak lelaki kita rajin, suami kita kena rajin. Anak akan jadikan bapa sebagai role model. Kalau dia tengok bapa dia jenis goyang kaki tak tolong mak, si anak juga berpotensi untuk menjadi seorang suami yang goyang kaki tak tolong isteri. Bagi dia, itu bukan tanggungjawab dia. Eventhough I takde anak lelaki, I tetap bersedia. Hihihihi. Sebenarnya, kita boleh je slow talk dengan suami kita (in case dia jenis goyang kaki). Minta tolong dia. Lama-lama suami akan ringan tulang dan ia akan menjadi rutin.

Tapi isteri-isteri sekalian, jangan sampai "buli" suami. Mana yang dah jadi kerja kita, kita buat. Kalau suami kita tolong, alhamdulillah. Tapi jangan once suami rajin tolong, kita lepas tangan. Paling penting, setiap permintaan harus dimulakan dengan perkataan "Tolong". Barulah tidak rasa seperti diarah-arah.

Ok la abang. Sebab semalam abang dah tolong gosokkan baju (ni kes wife mengantuk lepas makan Burger Bakar), malam ni I gosokkan baju ye.


Disclaimer : Entry ni tiada kaitan dengan hidup orang lain. Kalau ia berlaku kepada anda, semuanya hanyalah kebetulan.

Tuesday, February 19, 2013

Penghuni baru pintu peti ais

Batrisyia sangat excited bila I unwrap hadiah yang I dapat dari kawan I.

Wales, Holland, Istanbul, Minnesota, Edinburgh Castle dan Barcelona

Minah tu memang suka menyusun fridge magnets kat rumah tu. Tunggang terbalik dibuatnya. Sekarang dia dah tau. Yang jenis senang pecah, tak boleh selalu alihkan. Nanti umi marah. Kalau nak main, main yang jenis tak pecah je.

I dah tak kira berapa banyak magnets yang I kumpul. Sesekali, ia berkurangan sebab ada yang jatuh pecah. Ada juga magnet yang tertanggal. Bila letak tepi untuk digam, lama-lama jadi lupa dan hilang. Masa tengah susun magnets, terfikir juga. I nak magnet dari mana lagi ek. Hmmmm, kalaulah dapat pesan, I nak magnet dari Ireland, Sweden, Canada, New Zealand.. erk, banyak lagi la. Hihihihi. Bagi la magnet dari mana pun, ia boleh menggembirakan I.

Terima kasih untuk kawan yang sentiasa mengingati nak belikan magnet setiap kali berjalan jauh.

Monday, February 18, 2013

Saya unfriend kamu?

Bila dah ada FB, “Unfriend” menjadi sesuatu yang sensitive bagi sesetengah pihak. Sampai boleh putus kawan. Kenapa la sampai begitu sekali. Application je kot. For me, unfriend tak bermaksud kita tak suka orang tu. Ada BANYAK sebab bila seseorang buat keputusan untuk unfriend dia FB. Mungkin dia perlukan privacy. Mungkin dia tak berapa gemar dengan cara orang tu share stories kat newsfeed. Macam I, kalau sampai status dia boleh buat I rasa tak sedap hati/ berburuk sangka, I akan unfriend di FB. Hanya di FB tapi di luar tetap kawan macam biasa. I taknak FB tu “menghasut” I untuk berburuk sangka pada orang. Get it?

Kisahnya, ada member yang terasa bila I unfriend. Ok la, memang kita boleh pilih samada nak hide dia dari newsfeed atau unfriend terus. I malas nak hide, unfriend lagi senang. Ketahuilah, I hanya unfriend di FB. Kat luar, tak perlu nak marah I. Setakat ni dah 2 kali I buat “cleaning” kat my friend list. Berpuluh orang dah kena unfriend. Jangan nak kata kawan je la. Saudara, sepupu, adik-adik ipar, kawan lama pun I unfriend.

Kalau nak terlalu serious ber FB ni, susah juga. Kena la I merajuk dengan adik bongsu I sebab dia restrict kan FB dia. Tak gitu? Rileks…. Janganlah sebab FB ni sampai nak bergaduh. Jangan dirumitkan perkara yang tak perlu. Tapi kalau nak terasa juga, terpulanglah. Hati masing-masing :)

Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari

Ahaks, kena taip ni sebelum lupa.

Akhirnya, 16 February tiba jua. Bangun pagi tapi tidak rasa teruja sebab kesihatan masih belum tip top. Petang tu pun demam lagi. Lagi tak tenteram bila tiba-tiba Batrisyia pun demam gara-gara suhu penghawa dingin di pusat bowling sejuk macam ais. Giler ah. I pun tunggu kat luar je. Terus jadi anti social. Kenapa la sejuk sangat.

Petang tu,I tumpang kak Nai ke Stadium Malawati. First time tau jumpa kak Nai ni. Berkongsi kereta sebab I takde transport nak ke sana. Sebagai balasan, kak Nai pun ada teman bila balik tengah malam nanti.

Sampai stadium, hujan belum berhenti lagi. Kami berpecah sebab seat tak sama kawasan. No worries. Kalau dah pergi konsert, dengan orang sebelah pun kita boleh ngam sebab kita datang dengan tujuan yang sama. My 'partner' on that night adalah sepasang suami isteri dari Bangsar. Si isteri kata, dia teman suaminya yang merupakan peminat Anuar Zain. I doubt that sebab masa konsert, wife yang menjerit-jerit kesukaan. Hahahaha.

I rasa stadium tu kecik jika nak dibandingkan dengan Stadium Putra. Kesian Anuar. Takpe, the show must go on! Demi lebih 6,000 peminat yang hadir. Betul tak? Stadium hampir penuh. Siapa kata artis kita tak boleh buat konsert berskala besar, ye tak? Nah, Anuar Zain dah berjaya membuktikannya.

Konsert dimulakan dengan lagu I'm The Lucky One. Wahhhhh, sedap sangatlah suara dia! Hehee, bukan first time dengar dia nyanyi live tapi tetaplah rasa excited. Suara dia memang lagi sedap dari suara dia dalam CD. Betul ni, tak tipu!

Pada awalnya, Anuar nampak macam gugup. I mean, dia nyanyi bagus tapi macam tak rileks. Maybe nervous kot. Tapi lama-lama, dia dah ok. Nyanyi pun selamba je. Dia banyak menyanyi lagu-lagu hit sepanjang 30 tahun karier dia dalam bidang seni suara. Ada beberapa lagu diberi nafas baru dengan rentak dan tempo yang berlainan.

Crowd memang happening. Anuar Zain dah minta peminat berjanji untuk menyanyi bersama dia. "This is your night. Jadi, menyanyilah bersama saya". Terharu sebab dia memang sayangkan peminat-peminat dia. Berkali-kali ucapan terima kasih keluar dari mulutnya. Sesekali, nampak dia seperti mahu menangis. At one moment, dia terdiam. Cuba menyusun kata. Emosi barangkali kerana mungkin dia tak sangka dia boleh pergi sejauh ini.

Urm, lagu apa yang best malam tu? Susah nak cakap sebab semuanya best. Tapi ada beberapa lagu yang dipersembahkan dengan baik pada malam tu. Cinta Harus Memiliki menampilkan 3 penyanyi latar yang terkenal iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira Arul. Memang powerful! Ajari Aku mendapat tempat di hati peminat lebih-lebih lagi bila ada gimik diselitkan di mana Nora Danish muncul di tengah pentas (dan Anuar Zain cium tangan Nora Danish dan Nora Danish pegang pipi Anuar Zain... crowd menjerit bagai nak gila!). Kemudian, peminat dapat menonton sambungan video klip Ajari Aku iaitu lagu Sempurnakan Aku (sweet!).Lagu-lagu lain seperti Keabadian Cinta, Jangan Bersedih Lagi dan Bidadari berjaya memukau telinga yang mendengar.

Rasa sekejap je masa berlalu apabila Anuar Zain mengumumkan dia akan menyanyikan dua lagu terakhir iaitu Teman Terulung dan Lelaki Ini. Ala, tapi macam la tak biasa kan? Peminat menjerit-jerit minta dia menyanyi lagi. Laungan "We want more! We want more!" bergema di seluruh stadium. Akhirnya Anuar Zain keluar semula.

"Taknak balik?" tanya Anuar sambil tersenyum.
"Takde anak kat rumah?" tanya dia lagi. Adoiiii, buat mak-mak serba salah je.

Setelah berbual seketika, konsert disudahi dengan lagu Sedetik Lebih yang memang menjadi permintaan peminat pada malam tu.

Overall, puas hati. Diharap lepas ni dia buat konsert lagi. Masa tu dah boleh bawa Batrisyia dan boleh paksa hubby ikut. Kuikuikui. Tak sabar nak tunggu DVD konsert keluar. Teringat-ingat dia menyanyi malam tu.

Friday, February 15, 2013

Pencarian gaun kembang

Dalam sebulan lebih je lagi adik I akan melangsungkan perkahwinannya. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar. Rasanya kami akan mula sibuk menjelang bulan March nanti. I pun tak sempat nak belek hantaran lagi. Ingatkan nak tengok-tengok masa balik aritu tapi kesihatan tak mengizinkan pula. Jadi, semuanya ditunda di bulan March.

Baju ahli keluarga dah siap beli/tempah. Tinggal cari kemeja untuk hubby dan gaun kembang untuk dipakai Batrisyia pada majlis hari Ahad. Fikir-fikir, I nak dia pakai gaun sebab senang. Dia confirm lasak. Kalau berbaju kurung, silap-silap dia selalu jatuh. Lagipun, mungkin perlukan khidmat dia pada hari tu dan dia pun dah berbaju kurung pada hari Jumaat dan Sabtu tu nanti.

I dah bayang dalam kepala nak cari gaun yang macam mana. Setakat ni tak jumpa lagi. Rasanya kena juga singgah Pavilion atau Mid Valley kot. Warna tema baju keluarga ialah silver grey. Camne tu? Silver ke grey? Hehehe....

 Credit : All photos taken from Story of Princess

Gambar pertama tu agak lari warna sikit. Tapi kalau dapat kembang macam tu, best juga. Cuma gaun nak cari yang berlengan sikit. Tidaklah terus nampak ketiak. Korang kalau ada jumpa gaun cantik kat area KL ni, silalah beritahu I ye.

Thursday, February 14, 2013

Bilalah nak sembuh...

As at 13th February 2013.

Siap juga kerja hari ni. Hari ni tak kerja depan PC. Merasa kerja macam zaman kat MMU dulu. Dah la dengan tak sihat. Mencurah-curah peluh yang keluar.

Cuti selama 4 hari yang lalu dihabiskan dengan TERBARING. Yups, rugi... rugi. Jom la kita cerita suka hati lagi. Waktu kerja pun hanya berbaki 45 minit saja.

Jumaat petang selepas berkejar-kejaran menghantar semua orang, I zasss ke KK Batu 9. Wowwie, lambat! Hahahaha..ada appointments kat 2 klinik. Klinik pesakit luar untuk check kelenjar. Klinik Ibu & Anak untuk buat Pap Smear. Tapi sebab dah lambat, Klinik Ibu & Anak tak dapat nak buat Pap Smear. Katanya, silalah jumpa doktor pesakit luar dulu. Lepas tu jumpa kami. Tapi sebab hal kat klinik lagi satu habis lambat, tu yang sudahnya tak jadi buat Pap Smear. Isk, rugi je puasa beberapa hari. Teeetttt!

Ok, continue. Ingatkan petang balik cuti CNY takde la ramai orang. Salah sama sekali. Petang tu ramai betul pesakit. Ada lagi 15 minit sebelum klinik tutup tapi apsal ramai orang ni? Hati dah mula tak tenteram sebab badan dah mula menggigil. Oh, sebenarnya I mula demam hari Khamis malam. Jadi petang Jumaat tu, memang rasa gigil tapi taknak mengaku demam. Tetaplah terkantoi tatkala nurse sentuh tangan untuk check BP. Awat bahang badan ni? Nurse ambil temperature. 39! Syabas la selamba je tahan gigil padahal suhu dah tinggi.

Petang tu jumpa doktor lain sebab doktor yang I jumpa tu busy kot. Entah-entah dah balik. I masuk jumpa doktor pukul 5 petang. Takpe la, janji jumpa. Doktor checked kelenjar. Memang dah tak bengkak. I tunjuk kelenjar lagi satu yang terasa sengal. Urmmmm, dia tak puas hati. Doktor bagi ubat demam dan sejenis antibiotik (yang ni tak rasa pahit) untuk dimakan. Katanya, hari Rabu kena datang lagi sebab dia nak buat blood test bagi memastikan samada ada kuman dalam darah atau tak.

Fast forward lepas program Parents Technique Reading anjuran The Little Caliph pada Sabtu pagi, kami pulang ke rumah. Badan dah seram sejuk. Telan ubat, telan antibiotik. Tidur. 2 orang yang tak sakit tu pun boleh tidur sama. Over nampak! Malam tu baru balik Seremban. Dah pakai sweater dan stokin. Tinggal tak berselubung je. Sepanjang jalan tahan sejuk.

Kat Seremban, memang on off demam. Yang geramnya, paracetamol yang doktor bagi tak berkesan langsung. Suhu tak turun sangat. Suhu paling tinggi yang telah dicatat ialah 39.7 darjah celcius. I was miserable. Cuti ni weih tapi tak dapat nak rileks. Kerja I makan ubat, makan nasi, mandi banyak kali, berselubung. Tak produktif langsung.  Bila try Actifast, ok  sikit tapi bila sampai masa ubat habis, badan dah mula rasa nak demam balik.

Selasa, mama bawa jumpa sorang doktor. Testimonial mama dan papa kata, doktor ni bagus dan ubat yang dia bagi pun insya Allah berkesan. Takpe, kita cuba. So I jumpa doktor tu. Dia checked dan mengesahkan ada lymph node yang bengkak. I bagitau sejarah ubat yang I dapat. Haa, kat sini la pentingnya korang hafal ubat-ubat yang korang dapat. Senang doktor nak tau ubat mana yang tak berkesan. Kalau panjang sangat nama ubat tu, sila save nama tu kat mana-mana.

At first, nak buat blood test tapi makmal cuti CNY. So doktor kata, dia bagi ubat lain sebab kalau dah 5 hari makan ubat tapi demam tak kebah, maknanya ubat tak jalan. Dia suruh I buat blood test kat KK seperti yang diarahkan. Tinggal update dia result yang akan keluar nanti. Alhamdulillah, setakat ni ubat dia boleh dikatakan ok la juga kot. Paling nampak, ubat demam dia. Setengah jam lepas makan, peluh mencurah-curah keluar.

Agak-agak yang mana satu ubat demam?

Ok, kembali ke cerita KK Batu 9. Pagi tadi pergi buat blood test. Alhamdulillah, tiada jangkitan kuman dalam darah. White cell rendah sedikit tapi tidak berbahaya. Doktor kata, mungkin hanya reaksi dengan antibiotik. Doktor cuma minta jaga kesihatan betul-betul. Makan cukup, minum cukup, tidur cukup, jangan buat kerja berat, jangan paksa diri. Aye aye doctor!

Rindunya nak jogging! Cepatlah sihat semula. 3 hari je lagi nak berjumpa pelantun suara Ajari Aku.

Nota: Cuti CNY lama sangat nie, rindu nak layan City Hunter :p

Friday, February 08, 2013

Give me a break

Dah lama tak menulis ikut suka hati. Jadi, hari ni ialah hari suka hati.

Anyway, petang ni ada appointment dengan doktor. Antibiotik dah habis hari Rabu. Rasa macam nak potong kek bagi meraikan antibiotik tu dah habis. Hahaha.. serious tak sedap giler! Lepas tu I kena side effect. Mula-mula ingatkan biasa je. Tapi lepas tu perasan ia berlaku setiap kali lepas makan ubat tu. Googled a few trusted sites. Memang betul pun. Agak hazab juga la sebab perut jadi tak selesa dan macam confuse dengan persekitaran. Ni baru makan satu jenis ubat. Macam mana la orang yang kena kanser tu, kena ubat dan radioterapi. Lagi kesian kan? Bersyukur dengan kesihatan yang kita miliki.

Ok la, kisahnya my lymph node membengkak. Kat leher belah kanan. Korang tau kan kita ada beberapa lymph nodes kat leher? Tak la bengkak sangat. Masa doctor checked, katanya saiz 2x2cm. Tender. Yang bagusnya tiada tanda lain macam kena infection. Paru-paru dan tekak ok. Kulit kat tempat bengkak tu tak merah. Pendek kata, kesihatan tip top. Tu yang doktor bagi ubat dulu. Katanya, mungkin bengkak sebab infection saja. Kalau bengkak tak surut lepas habis antibiotik, dia akan refer pada pakar untuk diambil sample cecair kat situ bagi menentukan kenapa ia bengkak.

Erk, seriau mendengarnya!

Elok je lepas habis antibiotik, bengkak dah takde. Kalau dulu tak boleh pusingkan tengkuk, sekarang dah ok. Tak sakit. Cuma rasa sengal-sengal je. TAPI..... I rasa lymph node kat bawah yang sakit aritu macam sakit pulak. Tapi tak bengkak pun. Bila sujud masa solat, memang terasa sakit tu. Hmmm, macam-macam la. I will inform the doctor. Harapnya takde apa-apa la. I taknak dirujuk ke pakar sebab leceh. Tapi kalau dah sakit, nak buat macam mana kan?

Minggu lepas doktor ada tanya. Berat turun tak? I cakap tak. Padahal turun. Entah lah. I taknak dia salah faham. Kalau I kata berat turun, nanti dia ingat sebab sakit. Sebenarnya berat I dah mula turun sikit-sikit sejak amalkan calories counting dan buat aerobik. Perlu ke I beritahu berat dah turun? So far, berat I dah turun 2.7kg dalam masa 30 hari. Alhamdulillah. Masih belum sampai target lagi. Biar slow and steady. Kalau turun beberapa kg dalam masa seminggu, tak elok juga sebab bukan hanya hilang lemak, kita juga akan hilang otot. Jadi, sangat rugi di situ.

Fuh, tak sangka dah 30 hari. Hahaha. Dalam masa 30 hari, I makan macam biasa. Cuma makanan yang bersantan memang I dah tak sentuh. Orang negeri sembilan tak makan masak lemak cili api selama 30 hari? Telan air liur je la. Tapi rasanya balik ni nak request masak lemak cili api peria campur udang. Fulamak, meleleh air liur!

Wednesday, February 06, 2013

Sayang tapi gaduh

Kejadian petang semalam. Borak-borak lepas tu tiba-tiba bergaduh.

Batrisyia : Tisya ada mentos. Tisya tak bagi abi!
Abi : Takpe. Abi ada Cornetto.
Batrisyia : Cornetto tak sedap. Mentos lagi sedap.
Abi : Tak. Cornetto lagi sedap.
Umi : Eiiii, jangan gaduh boleh tak? Cakap je la tak sedap
Abi : Sedap!
Batrisyia : Tak!
Abi : Sedap!
Batrisyia : Tak!
Abi : Sedap!
Batrisyia : Taaakkk sedap! Mentos Tisya lagi sedap.

Dia terus menangis dan minta simpati dari I. Abi dia ni memang tau. Suka mengacau anak. Dengan budak 5 tahun pun dia nak cari gaduh. Bila tinggal sedu je..

Batrisyia : Tisya bagi 2 mentos je. Abi hisap je tau. Jangan telan. Nanti tercekik.

Walaupun umur dia dah 5 tahun, I masih hadkan pengambilan coklat, gula-gula dan keropok jajan. Bukanlah dia tak dapat makan langsung. Hehehe, kalau boleh memang taknak bagi makan langsung tapi takpe la. Be moderate. Jangan tiap-tiap hari nak makan, sudahla kan? Usually, candy will be our last option. Bila dia minta sesuatu, kami akan suggest roti/biskut dulu berbanding apa yang dia minta. Kalau dia still nak, baru bagi. Kalau dia nak candy, kami bagi option lain seperti coklat, keropok kurang MSG.

What about you? Masih hadkan pengambilan makanan ringan ke atas anak?

Tuesday, February 05, 2013

Telan antibiotik

I jenis tak takut jarum, tak takut makan ubat. Setakat telan 3-4 biji sekali jalan tu, ok lagi. Tapi I tak suka antibiotik. Kenapa kebanyakan antibiotik busuk/tak sedap? Right now, I'm taking 2000mg Cloxacillin per day. Dari Jumaat lepas hinggalah sekarang dan antibiotik tu belum habis lagi. Seksa!

Setiap kali makan, kena telan 2 biji. Masukkan sebiji dalam mulut, tutup hidung, minum air, telan. Then lalui proses yang sama sekali lagi. Buat 4 kali sehari. Tak sedap. Batrisyia tengok pun boleh cakap macam ni, "Kenapa tutup hidung? Pahit ke? Umi ni macam budak-budak". Eiii budak nie.

The good news is insya Allah I akan beransur pulih. Nampak macam ada tanda nak sembuh eventhough sakit tu masih terasa. Oh, I sakit ke? Ye, I tengah sakit. Kalau congak, agaknya dah 9 hari. Doctor kata insya Allah tak serious tapi boleh jadi serious kalau sakit tu tak baik. Tu yang dia bagi antibiotik berpapan-papan. Not like tapi terpaksa makan sebab nak sembuh punya pasal. Apa-apa hal, tunggu check up Jumaat ni. Good news or bad news, I'll share about it later.


Konsert Anuar Zain bertukar venue dan nota dari Anuar Zain

Petang semalam dapat sms dari seorang peminat tegar Anuar Zain. Hihihi. Hi YOU! Dia kata, venue konsert dah ditukar ke Stadium Melawati, Shah Alam.  I was like, "What? *^%$#%^*()!!".

Venue sebelum ni dah cukup cantik sebab ia dekat dengan LRT. So orang yang tiada transport, yang datang tidak berteman.. sangat senang naik LRT je. I can see ramai yang marah-marah kat Anuar Zain Network FB. Mostly fans yang datang dari jauh. Mereka dah booked flight tickets dan hotel yang berdekatan dengan kemudahan LRT. Tiba-tiba bila ditukar ke stadium yang jauh di Shah Alam (public transport hanyalah taxi dan bas), mereka jadi sedikit kecewa. I pun kecewa. Petang tu sepatutnya I ada bowling tournament di Bukit Jalil. Yuran pun dah bayar sebab masa tu memang confirm sempat ke konsert. Now kena tarik diri. Yuran lebur begitu sahaja.

Dikatakan, pihak stadium telah meminta pihak AZN mengemas stadium malam tu juga bagi memberi laluan kepada program yang akan diadakan keesokan harinya. Untuk konsert berskala besar macam ni, mana mungkin diorang nak kemas stadium dalam masa yang singkat. Logik tak? Grrrrr.... Dah la beritahu last minute.

So pihak yang selfish di sini ialah pihak stadium! Hubby cakap, program hari esok tu mesti melibatkan orang yang berkepentingan. Yah, itu dia. I punya rajin cari program apa yang akan berlangsung keesokan harinya.

Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate. No offense to Anok-Anok Kelate. Cuma betul la cakap hubby. Kerana ada "orang besar" yang akan hadir, maka mereka boleh arahkan apa saja yang mereka suka (bagi short notice macam ni sedangkan konsert akan diadakan minggu depan).

Grrrrrr!

Nota terbaru dari Anuar Zain setelah pengumumannya semalam mendapat pelbagai reaksi dari peminat setia.

Morning my friends, wow.. where do I start? Penukaran lokasi konsert adalah satu keputusan yang paling sukar dan hanya diambil setelah semua langkah diambil kira. My team is working around the clock to ensure a smooth process. Kepada yang memberi pandangan, terima kasih. Kami semua sedang membuat yang terbaik, and I understand that at this point of time we cannot make everyone happy. But for me, I am happy kerana masih boleh dapat meneruskan konsert ini di Stadium Malawati, dan bersama-sama dengan semua peminat .. meraikan 3 Dekad di dalam industri muzik Malaysia.. sesuatu yang begitu istimewa bagi saya.. mungkin ramai yang tidak tahu, Stadium Malawati ini lebih intimate, so I will be closer to you all.. 

Wassalam..

Monday, February 04, 2013

Ladies only at Coway B-Day

Dalam pada kalut mencari teman untuk ke event ni di saat akhir, I dapat teman akhirnya! I ajak Fira. Nak dijadikan cerita, selama ni panggil dia "Kak Fira" sebab dah beranak 3 (a daughter and twins). Biasa la, semua orang yang ada anak lebih dari satu (yang I tak kenal la eh) memang I bahasakan dia as "kak". Sekali sebaya! Kuikuikui. Sorry la Fira ye. Dah la tak pernah jumpa, terus ajak. Tapi takpe, boleh kenal-kenal, ye tak? Lepas ni boleh join saya pergi JomFit pulak.

Coway B-Day merupakan acara penutup bagi kempen Coway Bidet yang dianjurkan oleh Real Women Real Voices. Bila I dapat jemputan ke acara ni, ramai yang beranggapan hanya yang masuk trial saja yang boleh pergi. Sebenarnya tidak. Untuk Coway B-Day ni, korang kena masuk contest. Kalau menang, baru dapat seat di sana. Tak semestinya blogger je yang boleh pergi :)

Acara diadakan di AcmeBar and Coffee di The Troika, KLCC pada hari Sabtu yang lalu.

Ladies from Real Women Real Voices and Zenith Media 

Selepas mendaftar dan ambil goodie bag, kami dibawa ke tingkat atas. Di setiap kerusi, mereka letakkan gambar wanita-wanita dari karakter drama/filem. Kami perlu pilih karakter yang kami suka dan menjadi karakter tersebut pada hari itu. Lepas pusing-pusing meja, kami pilih untuk jadi Buffy Summers dan Faith dari drama bersiri Buffy... The Vampire Slayers.

Buffy and Faith sangatlah kan :p

Masa sampai sana, tak ramai orang lagi eventhough jam dah menghampiri ke pukul 2 petang. Jadi sempat la berbual dan mewarna sekejap.

Lelaki di tengah tu terus buat pose bila nampak I nak snap gambar.
Nice, dude!

Faith, Rachel and Monica 

Kopi dan saya memang tidak dapat dipisahkan

Around 3 pm, event bermula. Program petang tu agak santai. Bekerjasama dalam satu pasukan, I dan Fira harus menjawab soalan-soalan mengenai tandas. Oh, general questions je. Bukanlah soalan-soalan yang memualkan pun.
MC of the day... Rina yang sangat peramah 

Ada yang google jawapan.. hahaha

Ada juga aktiviti lain seperti memilih lelaki kacak mana yang anda suka. Weeee...

Pertarungan sengit antara Brad Pitt dan Johnny Depp. 
Johnny Depp menang!

Setiap markah yang diberi akan di mark dalam bentuk ice cream sticks berwarna warni. 

Hijau mewakili 20 markah 

Team yang menang telah pun membawa pulang Coway Digital Bidet. 2 biji lagi! Sape nak bagi, ye tak? I tak bernasib baik untuk dapat apa-apa baucer. Penat angkat tangan :p

Walaupun begitu, kami tetap enjoy. Food sedap, crowd memang happening, aktiviti menarik, goodie bag pun best.
Barisan bloggers

With Rina (MC), Mahira(RWRV) and Sam (Coway)

Group photo

Gift from Be Good
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.