Thursday, January 31, 2013

Please Look After Mother

Takdir menemukan I dengan buku ni. Semasa ke booksale bulan lepas, I jumpa buku ni elok tersusun. Ada banyak! Lepas tu macam tak berusik. Hehe.. tapi sebab cover lawa, I ambil. I baca synopsis sikit. Terus masuk dalam troli. Baru ada kesempatan nak baca. Dah habiskan 2 minggu yang lalu. I’m glad that I found this book. It’s a keeper. This is my simple review. No spoiler.

Buku ni berkisar tentang pengorbanan seorang ibu tua yang selama ini tidak disedari oleh ahli keluarganya. Kisah bermula dengan gerakan mencari oleh ahli keluarga selepas ibu hilang di Seoul Station. Ibu dan bapa menuju ke rumah anak di pusat bandar bagi menyambut hari lahir bapa. Bapa yang sudah terbiasa berjalan di hadapan (dan suka meninggalkan ibu di belakang) tidak menyedari bahawa ibu tiada di belakangnya. Akibatnya ibu tidak sempat naik tren. Habit yang tidak baik ni menjadi punca ibu telah hilang.

Bermulalah kisah mereka semua cuba mencari ibu di kota yang sesak tu. Penulis membawa kita ke dalam kehidupan keluarga ini melalui kacamata setiap ahli keluarganya. Memori setiap ahli keluarga bersama si ibu amat jelas dipaparkan di dalam buku ni. Kita dibawa “mengembara” ke memori lampau mereka dan kemudian dibawa kembali ke masa sekarang bagi menyelami hati dan perasaan setiap ahli keluarga yang telah kehilangan ibu dan isteri. Rasa kesal, bersalah, malu dan marah mula terasa di setiap ahli keluarga kerana selama ni mereka tidak peka terhadap ibu. Mereka tidak kejam tapi percayalah, mungkin kita juga melakukan perkara yang sama tanpa disedari. Malah, ibu juga “muncul” di buku ni. Kita dapat “membaca” isi hati ibu yang selama ni dipendam jauh di lubuk hatinya.

Somehow, you will think about your mother. If you’re a mother, you will think about yourself too. You might cry. I just felt so sad!

You can buy this book at big bookstores. Di Kinokuniya, boleh dapatkannya dengan harga RM 70.25(hard cover), RM 31.50 (paper back). I bertuah sebab beli hardcover dengan harga RM8 sahaja.

Wednesday, January 30, 2013

Sape nak ikut? Cepat!!

Ok,. tak dapat nak cakap banyak. Pendekkan cerita...

Sape nak ikut event Coway B-Day ni? I wajib bawa seorang wanita untuk jadi my partner untuk pelbagai aktiviti kat sana. Boleh menang hadiah!

I need one name by today. Kalau tiada siapa dari blog ni yang berminat, I akan buka kepada orang lain. Do sms me at 013-2466 959.

Nota: Event di KLCC area. I pergi sendiri. So sesiapa yang ikut tu kena pergi sendiri juga la ye :)


Tuesday, January 29, 2013

City Hunter

Oleh kerana sebelum ni I suka last minute bagitau drama-drama best dan lepas tu korang tak sempat nak layan, I nak bagi tau nie...

Sila tonton City Hunter setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam di 8TV.

Drama ni di inspirasikan dari Japanese manga series yang diilustrasikan oleh Tsukasa Hojo.

Pada mulanya, I "tertipu" dengan iklan di TV. Macam tak best je. Ala, typical story about a mysterious guy who saves the world from bad people. First episod I tak layan pun. Tapi lepas tu macam tak tau nak layan cerita apa lagi. Dah terbiasa layan cerita korea di waktu tu. Sudahnya layan dengan hati terbuka bersama Batrisyia yang tengok siri ni sebab suka lagunya.

Tersuka drama ni sebab ehem, ok la... hero cute la juga kot. Ala-ala Won Bin pun ada tapi Won Bin dah tua kot. Hehehe... Tapi lagi cute bila dengan heroin. Ni hero standard muka nakal tapi baik hati dalam diam. Lagi best bila dia ada secret identity tu kan? Tapi dia ni bukan menghapuskan semua penjahat. Sebaliknya, dia membalas dendam atas kematian bapanya bersama-sama 19 orang tentera yang lain (dibunuh selepas satu misi rahsia melibatkan kerajaan North Korea).


Ok, drama ni dah halfway. Kalau korang layan sekarang, sempat lagi nak catch up jalan cerita. Kalau tak sempat tonton, boleh cari review di DramaBean. Oleh kerana drama ni banyak adegan pertarungan, hubby pun dah tersyok melayan sama. Ajak makan pun, dia boleh kata tunggu cerita ni habis T_T

Dance Extravaganza - JomFit

I'm not a good dancer. Heck, tak pernah menari pun! Hahaha.. I must be crazy for joining the Dance Extravaganza last Sunday.

I felt cheated by Kevin Zahri (in a good way, of course). Paid 3 sessions JomFit. Tiba-tiba dia cakap 2nd session tu Zumba Marathon selama 3 jam. Zumba selama 3 jam? I boleh bayangkan betapa penatnya. Hahaha.. Then kerana apentah, nama program ditukar kepada Dance Extravaganza.

For the first 30 minutes, kami buat warm up, squats, lunges, side flanks, push ups etc. Well, this is kacang goreng je la kan? Tak boleh berpeluh lebih-lebih sebab nak ambil group photo.

Lepas beberapa sets, semua gigil nak maintain pose macam ni. Hihihi 
Wah, muka segar tanpa peluh :p 

Group photo

Our instructor for that day is Gladys. Hoh, perempuan ni memang banyak tenaga. Ok la, dia ada putarkan lagu yang dia pernah ajar di sesi sebelum ni. Jadi I boleh ikut steps untuk lagu-lagu tu. Untuk lagu-lagu baru, ada yang tak terkejar. Ada yang ok.Sebabnya I duduk row paling belakang. Jadi bila tak nampak Gladys tunjuk kat depan, I kena tengok apa orang lain buat. Tak dapat nak duduk depan sebab kami bawa Batrisyia. Dia pula kena duduk belakang sekali. Nak taknak, kami pun kena la pilih tempat paling belakang.


Group kali ni ramai perempuan. Sebelum mula tu, I ada kira juga. Tak sampai 20 orang lelaki. Agaknya bila dengar zumba/dance, lelaki macho taknak join. Even hubby pun cakap dia tak berapa reti nak menari ni. Eleh, macam la kita ni reti sangat tapi mungkin perempuan ni lembut sedikit. Tak "kayu" sangat. Ada yang kata 1st session lagi best tapi I rasa 2nd session ni lagi buat I terasa sengal. Woke up in the morning with a crazy sore. Satu hari suami isteri "tersadai" kat sofa.

Next session is on 24th February. Jom jadi Jomfitter!

Nota : Photos semuanya dari Kevin Zahri. Untuk view gambar lain, boleh ke sini.

Friday, January 25, 2013

Kelmarin, Semalam dan Akan Datang

Badan lemah sejak 2 hari lepas. Nak kata membanting tulang, tidaklah pulak. Bermula pada hari Rabu malam, leher dah rasa semacam. Terasa kelenjar membengkak sikit. Lepas tu mula lenguh tangan. Malam tu tak boleh tidur. Hubby pulak pergi main badminton. Suruh dia kejutkan bila dia dah sampai rumah sebab I nak guna Flanil. Entah bila, tertidur. Pukul 2.30 pagi baru dia balik. Nice sangat la! Sapu Flanil, terus tidur.

Ingat nak jog lepas subuh tapi bila bangun pagi, satu badan sakit-sakit. WTH! Tak jadi jog. Sambung tidur sampai minah kecik tu kejut, "Bangun... bangun... dah terang kat luar tu la!" sambil bukakan langsir bilik. Adoi anakku ni...... mengalahkan mak-mak. Today, Badan masih lemah. Batrisyia pulak dah mula demam pagi tadi. Nampaknya hubby kena jaga kami  :)

Semalam, rakam montaj video for Anuar Zain. Urm, I won't talk much about it. I kena cakap dalam masa 15 saat kenapa I suka Anuar Zain. Buat beberapa shots. Nampak senang tapi bila dah beberapa kali cakap benda yang sama, rasa lain macam pulak. Hehehe.. Tak tau la hasilnya macam mana. Malu....


Alhamdulillah, menang contest anjuran Real Women Real Voices. Tak sia-sia memerah otak fikirkan jawapan best.


I will be going to JomFit this Sunday. Ada sesiapa yang sudah mendaftar? See you there.

Wednesday, January 23, 2013

Help find William Yau Zhen Zhong

It's sad to read about this news on newspaper. I baru habis baca novel Please Look After Mother. Jadi bila si kecil ni hilang, I rasa sedih mengenangkan di mana dia berada.

Mungkin dia sedang merayau-rayau.
Mungkin juga dia sedang dikurung.
Mungkin juga telah diseludup ke luar negara.

He's so young dan comel sangatlah!

It's a normal reaction untuk parents lain marah atas kejadian ni. I pun marah juga because it's a careless mistake. William ditinggalkan di dalam kereta selama 10 minit sementara ibunya masuk ke kedai elektrik untuk melihat-lihat washing machine. I tak tau apa yang berada di fikiran ibunya. Mungkin dia dah biasa tinggalkan anak di dalam kereta. I nak tinggalkan anak selama 30 saat di dalam kereta pun I tak berani.

But instead of kita marah-marah secara keterlaluan, maki hamun dan ada yang sampai call ibu bapa William dan mengeluarkan kata-kata kesat, apa kata kita cuba menolong mereka. Mungkin kita tak mampu nak join the manhunt to find this little boy but at least we can help them by posting this below poster via FB, twitter, blog and email.

Please... do your part.

Tuesday, January 22, 2013

Now, it's my turn

Night life di rumah jadi kurang busy sebab Batrisyia tidur awal. Tapi itu tak bermakna I dah boleh goyang kaki. I dah dapat kerja baru. Jadi Mak Supir.

Kadang-kadang rasa envy bila dengar cerita kawan-kawan. Mereka boleh je keluar dari office untuk ambil anak, hantar anak. Kira masa macam flexible la. Lepas tu boleh je pergi lunch. Waktu bekerja pun jadi singkat. Boss mereka memahami kot.

Macam I, lunch hour diperuntukkan sepenuhnya untuk jadi driver. Hehehe... Sekarang dah tak sempat nak lunch. Tepat pukul 1, keluar office. Jemput Batrisyia di taska. Lepas tu hantarkan dia ke tadika. Kemudian, balik ke office. Sampai office, masa berbaki 5-10 minit sebelum pukul 2 petang. My boss tak kesah pun kalau masuk lewat sikit tapi entah la. I rasa macam taknak ambil kesempatan. Lagipun, tak rasa lapar sangat sebab dah ambil heavy breakfast. Kalau I pergi lunch dulu, mesti masuk office dalam 2.30 petang. Rasa dah lambat sangat.

Harapnya boleh kurus. Hahahahah... ok.. ok.. serious sikit!

Tapi night life agak best. Bermula dari masa ambil Batrisyia. Sepanjang jalan nak balik tu, dia akan bercerita tentang apa yang dia belajar. Kalau terlalu excited, sepanjang jalan dia nak menyanyi. Kalau penat, dia "pengsan" dalam kereta sampai ke pukul 8 malam. Lepas dinner, baca Iqra. Masa ni dah tak tau sape cikgu, sape anak murid sebab dia sibuk nak jadi cikgu. Bila abi dia pura-pura salah baca, dia marah. Garang macam cikgu! Hahahahah...

Rasanya dia ada tokoh nak jadi cikgu la. Tapi abi dia nak dia jadi pilot. Umi dia? Fuh, I pun tak tau nak dia jadi apa bila dah besar nanti. Tapi kalau tanya Tisya, dia jawab senang je, "Tisya nak kahwin!"

Monday, January 21, 2013

Missed call

Teknologi tu sepatutnya memudahkan kita. Betul tak?

Paling senang, handphone. Kita nampak ada missed call. Kalau sekali, mungkin ada hak nak ignore. Tapi bila nombor yang sama call kita lebih dari sekali, kita patut anggap panggilan tu penting. Takkan orang suka-suka nak call kita banyak kali.

Tapi ada yang buat tak peduli. Lagi parah bila pemanggil tu baik hati send sms (bersangka baik kot-kot org tu tak bangun tidur lagi ke, atau tengah memandu ke) dan beritahu yang dia ada call kita atas perkara itu ini. Kita tak reply call dan sms. Senyap! Baik tak payah pakai handphone. Paling kurang, reply la sms. Kalau busy, beritahu busy. Tak la orang ternanti-nanti.

Kalau tak reti nak reply call dan sms, campak je handphone tu dalam longkang. Teknologi hanya membawa kebaikan apabila DIGUNAKAN.

Thursday, January 17, 2013

Umi minta maaf

Dear Batrisyia,

Umi minta maaf sebab Umi tipu Batrisyia tengah hari tadi.
Sebenarnya Umi dah tak tau nak jawab apa.
Batrisyia asyik tanya soalan yang sama sejak semalam.
Bukan boring tapi Umi rasa Umi buat perkara yang betul.

Lagipun, itu je cara nak bagi  Batrisyia diam
selama 2 minit.. Then, Batrisyia tanya soalan yang sama lagi.

Umi tetap berkeras!

Umi fikir banyak kali.
Kenapa Batrisyia asyik tanya soalan yang sama?
Kenapa??
Perlu ke Umi percayakan Batrisyia bulat-bulat?

Mungkin akhirnya Umi dah buntu, tak tau nak jawab apa.
Jadi Umi cari kebenaran di sebalik soalan Batrisyia.

Hari ni, Umi belajar sesuatu.
Umi patut percayakan Batrisyia :)






Batrisyia : Umi, bawa gambar Tisya tak?
Umi : Bla bla bla (create macam-macam alasan).

Ni perbualan sejak 3 hari lepas. Ceritanya, dia suruh I bawa gambar dia ke tadika. I tengok Communication Book, takde pulak teacher suruh bawa. Dia kata kawan-kawan dia ada yang bawa. So I ingatkan dia saja nak menunjuk.

Sampai la malam tadi, berkali-kali dia ingatkan. Masa ambil dia tadi, dia tanya soalan yang sama lagi. I cakap la I tak bawa. Terus dia "membebel".

Kat tadika, I tanya principal. Sekali.... memang kena bawa gambar! Ni untuk dilekatkan di Performance Chart di kelas. Adoiii.... kesian anakku sebab Umi tak percayakan dia.

Baiklah Princess, petang ni kita pilih gambar yang cantik.

Tak tahu yang mana satu

Akhirnya.... dah habis baca ketujuh-tujuh edisi The Chronicles of Narnia. Bukunya tak tebal tapi ambil masa nak baca sebab tiada masa lapang yang panjang untuk habiskan secepat mungkin. Lagipun, nak baca tu kena imagine sikit macam mana kehidupan kat Narnia tu.

Memang puas hati. Recommended untuk mereka yang sukakan kisah fantasi dan pengembaraan. I paling suka buku ketujuh : The Final Battle sebab ending sangat sweet (eventhough Susan takde, well.. who cares about her. Kalau baca buku-buku tu, kita tau yang Susan tak berapa jatuh cinta dengan Narnia). Akhirnya Lucy dapat apa yang dia idamkan selama ni.

Ok, next! Tak tau nak baca buku yang mana satu.

Sama tebal tapi berlainan jalan cerita. Please Look After Mother berkisar tentang seorang ibu tua yang mengidap strok, menghilangkan diri dan bermulalah kisah keluarganya yang cuba mencarinya. The Abduction pula berkisar tentang.. apa lagi, tentang penculikan la. Hehehe..

Belum dengar sesiapa cerita tentang The Abduction lagi tapi my friend yang dah baca Please Look After Mother kata, buku tu sedih. Kawan I dia boleh berhenti baca, pergi buat kerja lain.. Bila dah habis kerja, dia menangis balik. Aisey, sedih sangat ke?

Ada sesiapa dah pernah baca buku-buku di atas?

Wednesday, January 16, 2013

Dah beli tiket!

Mmmmm....


Patutnya duduk di section lain tapi hubby dah salah beli. Takpe..... Dapat row paling depan kat Palladium B. Kira ok la tu. Yang penting, DUDUK DEPAN SEKALI. Hihihi. Kalau nak nampak muka, beli tiket VIP. I tak berapa kisah sebab yang penting dapat dengar suara. Lagipun, mereka akan gunakan skrin LED pada hari tu. So takde hal la ko nak duduk celah mana pun.

Rasa sangat best bila hubby kata dia boleh tolong jagakan Batrisyia agar I dapat jumpa kekasih hati. Haa, "kekasih hati" tu bukan I yang labelkan eh. Hubby sendiri yang labelkan. Anakku yang seorang ni pun peminat besar Anuar Zain tapi sebab tak cukup umur, tak dapat nak bawa. Setakat lagu Ajari Aku tu, I tak boleh menyanyi depan dia. Nanti dia marah. Katanya, dia seorang sahaja yang boleh nyanyi lagu tu. Diva ko nak oii!

Cuba tutup mata dan dengar alunan suara dia betul-betul. Confirm sedap. Tapi hubby taknak buat. Mungkin dia takut dia akan mengiyakan apa yang I cakap :p

Terima kasih abangku!!

Tuesday, January 15, 2013

Tonight we end this war as old as the land itself…

Ramai juga peminat Merlin yang menantikan final episode drama ni. Batrisyia pun excited bila tengok iklan Merlin last week. Tapi minah tu tertidur masa layan Merlin malam tadi.


Rata-rata dah tau apa akan jadi dalam final episode tapi kita tetap nak tengok sebab kita nak tau reaksi Arthur bila dapat tahu Merlin is a great wizard. Merlin mengalirkan air mata masa confess yang dia sebenarnya wizard. Sedih pula tengok Arthur mati di pangkuan Merlin dan sempat ucapkan terima kasih kepadanya. Ye la, selama ni Arthur suka buli Merlin. It was fun bila tengok dia asyik kenakan Merlin dan Merlin sabar je. Episod yang agak emosional di penghujungnya.

 Leon, Gwaine, Lancelot, Arthur, Elyan, Percival.
Knights of Camelot.


From left : Morgana, Gwen, Gaius, Merlin, Arthur & Uther

I'm gonna miss you guys!

Monday, January 14, 2013

Krisis air

Teruk juga krisis air di kawasan Ampang kali ni. Rumah I tak terlibat tapi tadika Batrisyia dan my office terkena tempiasnya. Dah la tadika tu ada sesi pagi dan petang. Air memang tak cukup eventhough tangki penuh. A week after sesi bermula, principal sudah mula gusar. Katanya, tadika mungkin akan ditutup sementara kalau bekalan air tidak sampai kepada mereka.

Tapi principal ambil jalan dengan cara membeli sebuah lagi tangki air. Kemudian, kami ibu bapa ramai-ramai membantu dengan cara membawa air dari rumah. Yang ada bekas, bawa air berbekas-bekas. Yang tiada bekas, beli 1-2 cartons air mineral untuk dihantar ke tadika. Bila ibu bapa datang membawa air, jiran sebelah memandang. Memang teruk betul sebab air berhari-hari tiada di kawasan tu. Alhamdulillah kawasan rumah kami tak kena.

Dengar cerita bekalan akan pulih selepas CNY. Betul ke? Janganlah sampai begitu. Lama sangat rasanya. Menyusahkan orang. But I yakin pihak terlibat dengan cuba sedaya upaya untuk memulihkan bekalan air seperti sediakala. Tidak ada gunanya menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain. Benda pun dah jadi. Daripada bertelagah, baik sama-sama buat kerja.

Friday, January 11, 2013

A week after...

Alhamdulillah, Batrisyia sukakan tadika dia.

Day 1 - Seperti yang diceritakan sebelum ni. Rujuk entry tersebut
Day 2 - Masa hantar, dia suruh I tunggu. I cakap, I tunggu dalam kereta sebab kat luar tu panas. Dia berdiri je kat laman tadika dan tengok I kat dalam kereta. Macam takut I lari. Bila teacher ajak dia masuk, I cabut. Hehehe.  Petang tu, dia kata dia menangis sebab teacher kata I dah pergi kerja. Huhuhu.
Day 3 - Masih suruh I tunggu dan dia suruh I bagitau teacher yang I tak pergi kerja. Bila jemput dia petang tu, nampak muka sedih dan ada air mata jatuh. Ingatkan apa. Rupa-rupanya, kawan dia tolak dan dia jatuh tangga.
Day 4 - Tidak tahu apa yang berlaku sebab abi dia yang baik hati hantarkan dia ke tadika. Balik petang tu, muka rileks je.
Day 5 - I hantarkan. Dalam kereta lagi dia dah cakap, "Umi tak payah tunggu. Umi pergi la kerja. Tisya tak kesah".
Day 6 - I hantarkan. Salam I, salam teacher. Terus menonong masuk tadika. Dah tak menoleh lagi. Macam dia kata kat I hari sebelum tu, " Tisya suka sangat sangat pergi tadika".

Yang best nya kan, minah ni dah tidur awal! Kalau dulu pukul 10.30 malam baru nak tidur. Sekarang tak payah susah-susah paksa dia tidur. Selalunya masa on the way balik ke rumah, dia dah tertidur dalam kereta. Lepas mandikan dia, dia makan dan tidur. Hari Rabu lepas lagi best. Tak tidur dalam kereta. Tapi dah tertidur kat sofa rumah dari jam 8 malam. Masa kami hantar ke nursery keesokan harinya (jam 7 pagi), dia masih nyenyak tidur.

Wow, malam tanpa anak yang berjaga... memang boleh rileks! Bagus juga dia masuk sesi petang. Nasib baik TLC ni jenis yang tak bawa balik homework. Semua homework akan disiapkan di sekolah. Students hanya perlu buat revision di rumah (Iqra and reading).

Tuesday, January 08, 2013

JomFit!

Azam tahun baru kami ialah untuk menjadi lebih fit dan lebihkan bersenam setiap minggu. Tahun lepas, I tak aktif sebab nak pregnant punya pasal. Setelah setahun berlalu, I dah malas nak fikir bab pregnant ni. So mari kita aktifkan diri semula.

Start jog a week before 2013. Dah setahun, badan pun jadi manja. Tapi masalahnya asyik hujan je petang-petang. Bila hujan dan balik lewat, kami buat Zumba dan BodyCombat kat rumah. Malam-malam habiskan masa 30 minit hingga sejam untuk buat. Kadang-kadang rasa tak larat sebab dah penat satu hari. Hubby la gagah sikit. Hehehe.. Bangun pagi rasa sakit-sakit badan tapi takpe. No pain, no gain.

Last week, kami sempat ke JomFit anjuran Kevin Zahri. Kami booked untuk 3 sesi. Insya Allah akan terus join JomFit yang akan datang.

150 peserta tapi tak semua ada dalam gambar

Sesi JomFit yang berlangsung selama 3 jam ni berupaya membakar sekurang-kurangnya 1000kcal. Untuk 1st session, hubby berjaya bakar 1400kcal. Ada sorang perempuan tu berjaya bakar 1900kcal. Mereka antara peserta yang terlibat dalam Suunto Challenge di mana jumlah kalori yang dibakar akan dikira melalui pemakaian Suunto M-Series Heart Rate Monitor .

Masa ni dah masuk sesi Kickboxing... 764kcal terbakar

Yang baju kuning tu paling tinggi.. 1900kcal terbakar dengan jayanya

Hubby cakap, patutnya dia punya lebih sebab lepas Bokwa, Kevin tengok heat rate monitor tu tak di set dengan betul. So Kevin reset semula. Hehe, tak puas hati ke bang?

Exercise dalam setiap sesi tidak sama. Minggu lepas, sejam Bokwa, sejam Kickboxing dan sejam Sh’bam. Penat tapi memang best. Bak kata semua orang, “Yang penting kita enjoy!”. Sesi kedua pada 27 January ni pula kami akan buat setengah jam Abs Workout dan 2 jam setengah Zumba. Hehehe, Batrisyia suka la Zumba nie.
Bokwa by Tini. Comel je orangnya.

Kickboxing. Sorry, tak tau nama instructor sebab I bawa Batrisyia ke toilet.
Tapi memang best la dia buat rutin kickboxing tu.

I think her name is Gladys (Huh, bawa Batrisyia ke toilet lagi.)
Dia buat Sh'bam. 

Meriah! 

Budak kecik yang setia ikut. Disebabkan dia, I banyak kali berhenti

Kalau korang teringin nak join JomFit, boleh ke website Kevin Zahri untuk mendaftar. Jangan sibuk nak cuba slimming product je. Sebenarnya badan kena fit dan kena banyakkan exercise. Tu je keyword untuk kekal sihat. Insya Allah, berat pun boleh turun. Biar lambat asal selamat dan berkekalan. Tak kesah la kalau orang nak perli, nak senyum simpul ke… yang penting kita tau apa yang kita buat tu penting untuk diri kita sendiri.

Just do it! 

Note : Gambar-gambar diambil dari FB Kevin Zahri

Friday, January 04, 2013

Hari pertama persekolahan

Wajib update cerita ni. Anak sorang, mestilah kan! Nak cerita pasal sape lagi.So semalam  kami ambil cuti setengah hari. Batrisyia masuk sesi petang iaitu dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Ruang bawah merupakan hall untuk berkumpul / solat.
Classrooms kat tingkat atas.
Laman tadika pula untuk aktiviti luar.

Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Hanya dibenarkan hantar di luar, tunggu sekejap hingga jam 2 petang. Selepas tu, tiada ibu bapa dibenarkan untuk menunjukkan muka.. walaupun di depan pagar sekolah. Good, biar anak tu jadi berani sikit. Kalau ikut hati, I nak je balik lepas Batrisyia masuk ke kelas tapi tak sampai hati. Taknak la dia nangis.

Muka masih ceria masa on the way ke tadika

Sampai sana, dah ada ibu bapa kat laman tadika. Setiap pelajar disambut oleh teacher. Teacher akan beri salam. Kemudian, pelajar akan salam teacher. Teacher minta bukakan kasut/selipar dan letak di rak yang disediakan. Lepas tu pelajar terus masuk ke tadika.

Ada 2 teachers yang berpurdah tapi hanya berpurdah di hadapan ibu bapa.


"Assalamualaikum", teacher ajar pelajar untuk ucapkan salam kepada ibu bapa sebelum melangkah masuk ke dalam tadika.

Batrisyia? Masuk je terus duduk depan sliding door. Tak nangis tapi muka cuak. Takut kitorang balik. Puas suruh dia masuk ke dalam sikit tapi dia taknak. Bila dah ramai pelajar kat sliding door, teacher suruh masuk dan tutup sliding door tu.


Ok lagi. Kemudian, datang seorang pelajar perempuan. Dia menangis dan taknak masuk ke tadika. Berjurai-jurai air mata. Sudah, kalau dia masuk kelas, confirm kawan-kawan dia yang lain pun turut serta menangis. Mak pelajar tu paksa anak dia masuk. Seperti dijangka, tangisan tu "merebak" ke pelajar lain.

Batrisyia pun menangis. Adoiiii, I senyum je. Kalau dia dah nangis, macam mana I nak balik? Kitorang pun tunggu je la. Lagipun belum pukul 2 petang. Nampak principal dukung Batrisyia dan lekakan dia dengan mainan. Terus kitorang balik. Hehehe...

Dalam pukul 4 petang, principal WhatsApp gambar-gambar Batrisyia. Disebabkan bekalan air tiada di kawasan Ampang, teachers gunakan kesempatan tu untuk ajar pelajar cara bertayammum sebelum solat Asar. Lega hati sebab nampak Batrisyia senyum dan buat peace sign dalam gambar. Dah ok la tu kot.

Masa ambil dia pukul 6 petang, dah takde riak sedih lagi. Dia rasa seronok je. Kalau masa hantar tak dengar langsung suara dia bila teacher tanya, masa balik becok mulut dia berkata-kata. Dah tak takut dah. Alhamdulillah.

Thursday, January 03, 2013

Terlanjur Cinta


Itu dia. Satu lagi drama dari Eirma Fatima. Hehehe... Bagi yang tak pernah tengok, minta maaf. Rasanya drama ni dah nak habis kot. Bersiaran di TV9 setiap Isnin dan Selasa pada jam 8.30 malam.

Jalan cerita agak sama macam drama melayu arahannya. Kena kahwin paksa, pastu perempuan jadi sangat tabah, ada perempuan jahat, ada lelaki yang sangat baik walaupun cintanya tak berbalas. I taknak buat synopsis la. Korang boleh cuba tengok drama ni.

Yang buat kami melekat kat TV ialah watak Nia ni. Kenapalah ko tabah? Tabah sangat sampai tak boleh berfikir dengan waras. Dah kena pukul banyak kali pun masih boleh hidup dalam rumah tu. Tak pergi kursus kahwin ke? Eh, dia kena kahwin paksa. Mungkin tak ambil kursus kahwin. I pantang sikit kalau watak perempuan tu jadi terlalu naif sampai macam ni. Sampai kena pijak-pijak.

Ok la, kalau korang baru nak layan minggu depan, dah takde adegan pukul-pukul dah. Nia pun dah kena halau dari rumah walaupun dah pregnant (secara paksa). Tapi sekarang sibuk nak jaga suami dia yang dah lumpuh akibat kemalangan (walaupun suami dia dah kahwin lain).Emo tengok drama ni sebab geram dengan watak Nia. Cuba jadi kuat sikit boleh tak?

Syabas pada Aqasha yang berjaya bawa watak suami yang suka memukul isteri. I tengok pun rasa seriau. Giler.. macam betul ganas mamat ni pukul isteri. Raja Ema pun boleh tahan juga jadi mak mertua bermulut jahat. Kelas ko Raja Ema! Tapi sekarang dah tak celupar sangat sebab Fareth (Aqasha) pun dah selamat kahwin dengan Amanda (Marsha). Marsha pulak, maybe sebab dah selalu bawa watak perempuan macam tu, I takde feel tengok lakonan dia. Nazim.. Nazim... selalu dapat watak lelaki baik. Muka ikhlas tolong perempuan. Hehehe...

Wednesday, January 02, 2013

Sampai seru

Sebagai penutup tirai tahun 2012...

Ahaks, akhirnya buat juga Durian Crepe. Tu pun sebab mama nak rasa. Tak buat banyak sebab tak ramai yang suka durian. Buat 10 biji (besar) untuk 5 orang makan.

Elok je dah masuk Lekas Highway, I teringat yang I tak bawa mixer. Damn, camne pulak nak kerjakan whipping cream? Ingatkan nak cancel je buat durian crepe. Kemudian, dapat idea untuk pinjam mixer jiran sebelah rumah. Makcik tu suka buat kek juga. Mesti dia ada mixer.

Bila dah pinjam, kena la beri sikit kan? Dia ada anak sorang je. So I bagi 4 biji DC. Ok la tu sebab I buat besar sikit. Buat sendiri memang puas hati sebab dapat lebihkan isi Mosang King.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.