Thursday, December 12, 2013

Kinohimitsu Luau Party bersama Kinohimitsu

Do you remember my post about Kinohimitsu Luau Party? Didn't expected to get the invite. But yes, I made it! Thanks to The Butterfly Project. I went to Kinohimitsu Luau Party on 20th November. Tapi baru sekarang sempat update.

Bertempat di Vila Manja Spa, tema pada malam itu ialah Hawaiian Tropical. Rata-rata bersemangat dressing ikut tema. Yang Muslim pula bersemangat hias tudung dan tangan dengan bunga-bunga. Semangat beb!


Oh, Vila Manja Spa ni terletak di Jalan Damai. Petang tu, I pergi dengan Sabby, Sab dan Innanie. Dah pergi waktu petang.. apa lagi, jalan sesak sangatlah. Sabby la jadi penghibur kat dalam kereta :)

Kami antara yang terawal sampai. Lepas register, kami dapat bunga kalung dan games card. Ada 4 game stations yang kami mesti cuba. Kumpulkan stamp dan kemudian boleh redeem goodies bag.

Innanie

 Baru lepas hujan. Jalan masuk dihiasi rose petals.

More rose petals

Party bermula lepas maghrib. So lepak dengan bloggers yang lain dulu. Masing-masing pun dah kenal. Yang best, kami dapat complimentary shoulder massage. Ambik, sedap betul tukang urut tu mengurut. Katanya, badan I keras keras gitu. Ahahahah...

For a start, party dimulakan dengan games! Kami diminta membuat kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Terus je pilih orang kiri kanan.  I satu group dengan Sabby, Cik Lily Putih, Inannie dan Leya. Game simple je. Tapi boleh menang pulak tu. Basah pun tak kesah. Janji menang.

Illy dan Tammy sebagai MC's of the night

Dramatik! Hahaha

Tujuan utama kami menghadiri Kinohimitsu Luau Party ni ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan produk terbaru Kinohimitsu iaitu Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster. Sedikit berlainan dengan J'Pan beauty drinks yang lain, Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster ini dalam bentuk serbuk. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh dijadikan minuman.



Tapi apa tu Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster? Ia merupakan gabungan simbiotik organik yang membantu usus kita menyerap semua nutrient dalam makanan dengan lebih daripada 2 kali. Korang pun tau betapa pentingnya usus kita ni. Ia bukan setakat memproses makanan menjadi partikel yang lebih kecil, tetapi ia juga perlu memilih apa yang perlu diserap dan apa yang perlu dibuang. Tapi jika kesihatan usus kita berada di tahap yang kurang baik, maka proses ini tidak akan menjalan lancar. Badan tidak dapat menyerap nutrient dengan maksimum. Malah, kesan buruk boleh berlaku apabila kita mengalami sembelit.

Pendek kata, Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster ni berupaya untuk "menyihatkan" usus kita. Sesuai sangat untuk mereka yang mengalami sembelit, cirit birit dan masalah usus yang tidak serius.

Selepas mendengar penerangan mendalam tentang Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster, kami dijamu dengan pelbagai makanan yang enak. Lepas makan, semua serbu game stations. I got lucky at Spin and Win station. Dapat extra Kinohimitsu Stem Cell Beauty Drinks!

From here

Malam tu, 123Cheese Photo Booth telah menjadi salah satu sponsor kami. Banyak betul gambar kami ambil. Pose, snap dan tunggu sekejap. Gambar terus siap. Awesome!




It was a fun night. Paling seronok bila berkumpul dengan bloggers yang lain. Semuanya peramah dan sporting belaka. Goodies bag penuh berisi produk Kinohimitsu.



Thanks to The Butterfly Project and Kinohimitsu Malaysia for this opportunity.

1 scribble(s):

Split Queen Box Springs said...

Good sharing, Collagen Peptide has shorter molecular structure and is almost similar to the structure of collagen in our skin, thus it is easily absorbed by the skin. Kinohimitsu J’pan Collagen Diamond 5300 Drink exclusive formula also contains silk protein that acts as a powerful moiusturising agent while the US patented Perilla Seed AExtract helps to protect skin cells against free radicals, and prolong the firming and hydrating effect within the skin, read more at:
http://kidbuxblog.com/the-one-and-only-beauty-drink-you-ever-need/

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.