Thursday, December 19, 2013

Apalah nasib... semua benda naik naik harga

Semua orang bercakap tentang kenaikan kadar tol pada tahun hadapan. It's a slap on your face. Petrol naik, kadar elektrik naik, ni tol pulak? Belum lagi ambil kira orang yang banyak pakai gula (seperti peniaga) di mana mereka tak suka bila subsidi gula diturunkan.

This is not easy. Untuk mereka yang berpendapatan tinggi, kenaikan ni tidak memberi kesan kepada mereka. Tak heran pun. Tapi yang berpendapatan rendah dan sederhana, mereka sudah mula garu kepala dan cuba adjust kos hidup. Nak adjust macam mana? Memang ada sesetengah yang suka berbelanja melebihi kemampuan tapi lagi ramai yang pandai uruskan duit mereka. Kenaikan petrol, elektrik dan tol ni sudah cukup menekan.

They said harga barang takkan naik walaupun harga petrol dah naik. Siapa cakap? Mereka hanya boleh cakap tapi cuba tengok sekeliling, harga barang dah mula naik. Suppliers pun cepat-cepat keluarkan price list baru. We cannot blame the suppliers because the price hike affects their business too.

They said nak kurangkan kadar tol dalam masa 5 tahun tapi dah ada ura-ura nak naikkan kadar tol. Guna jalan biasa kalau taknak bayar tol? Cakap senang la. Orang yang cakap tu mungkin tak perlu menempuh kesesakan jalan di waktu pagi. Di kala orang lain risau kalau lambat masuk kerja (dan terpaksa gunakan jalan tol untuk cepat sampai), dia mungkin tak perlu bangun awal pagi.. kereta pun ada orang pandu, silap-silap ada police escort.

Kenapa susah untuk orang atas pandang orang bawah? Jangan keluarkan statement, "Kalau tak suka, pergi duduk luar negara". This country doesn't belong to you. It belongs to all of us.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.