Monday, November 11, 2013

Truth or Dare with Bubble Gum Wax : The Waxing Expert

Tak pernah terlintas di fikiran yang one day I akan cuba buat brazillian wax. Oh my, nama pun dah "seram". Hehehe... ye la. Selalunya bila sebut pasal waxing, dah terbayang betapa sakitnya proses tu. Even kat dalam movie pun, kita dah selalu tengok scene orang buat waxing. Mesti ada ORANG menjerit. Even orang yang dah biasa buat waxing pun ada yang cakap dia taknak buat brazillian wax sebab sakit.

But what is life without challenge? Kerana itu, I berani menyahut cabaran dari The Butterfly Project untuk Truth or Dare Project. Untuk project bulan October, kami dicabar untuk buat brazillian wax di Bubble Gum Wax yang terletak di Plaza Damas, Mont Kiara.


Wax it all off! You know what I mean :)

Jadi pada 20 Oktober yang lepas, seramai 30 bloggers telah ke Bubble Gum Wax. Kami dibahagikan kepada 2 sesi. I dapat ke sesi pagi. Tema pada hari itu ialah Pink and Black.

Nervous!

Jesslyn said, "We can see panic faces around".
Hahaha... nervous la!
Photo courtesy of Laura  G Ashley

Sweet refreshment for the day


Cookies.. anyone?
Photo courtesy of Laura  G Ashley

Black noodles. First time cuba. Sedap la juga.
Photo courtesy of Laura  G Ashley

Bubble Gum Wax merupakan sebuah waxing salon. Ia menawarkan 3 jenis waxing iaitu soft wax, hard wax dan IPL (Intense Pulse Light). Soft wax and hard wax boleh membuang bulu dan ia akan tumbuh semula dalam masa 5 ke 6 minggu. Despite the name, sebenarnya soft wax lebih sakit berbanding hard wax. Soft wax digunakan untuk membuang bulu yang halus seperti di muka, tangan dan kaki. Basically ia seperti normal waxing yang kita nampak kat TV tu. They will strip off the wax using a piece of paper. Berbeza dengan hard waxing kerana hard waxing digunakan untuk bulu yang lebih kasar. Therapist akan apply wax dan selepas beberapa saat, dia akan tarik wax tu. Tarik wax tau, tak guna kertas pun. Bunyi macam sakit je kan? :)

IPL pula merupakan satu kaedah dan service yang digunakan untuk membuang bulu secara kekal. Ia perlu dilakukan beberapa kali. It is a bit pricey tapi kalau mampu, apa salahnya.

Walaupun hanya mempunyai sebuah salon di KL, Bubble Gum Wax sudah mula mendapat tempat di hati pelanggan wanita. Tak percaya? Cuba buat appointment di hujung minggu. Silap-silap, kena tunggu minggu seterusnya akibat sesi yang telah penuh.

Salon ini mempunyai 3 bilik yang sejajar. Terdapat sedikit bukaan antara bilik. Jadi, make sure korang tak menjerit kuat sangat. Nanti orang sebelah dengar pulak jeritan korang :p


Tools for soft wax and hard wax

Sebelum bermula, kami telah diberi sedikit penerangan oleh Jesslyn tentang Brazillian waxing. Untuk pengetahuan, waktu yang sesuai untuk buat waxing ialah selepas 5 hari selepas period kita habis hinggalah 5 hari sebelum our next period. Kalau buat terlalu awal, ia mungkin sedikit menyakitkan kerana kulit kita masih sensitif. Kepanjangan bulu juga diambil kira kerana jika bulu terlalu pendek, hair removal tidak dapat dilakukan sepenuhnya dan akar rambut akan tertinggal di dalam kulit. So kena make sure panjang bulu tu dalam 6mm.

Sementara tunggu turn untuk buat waxing, bloggers yang lain join DIY session dulu. Kami kena hias kotak kasut cantik-cantik menggunakan bahan yang mereka beri. Kemudian susun the essential kit yang kami bakal bawa pulang di dalam box tersebut. Don't play play. 3 bloggers yang pandai hiaskan kotak mereka telah membawa pulang baucer untuk sesi waxing yang seterusnya.

Photo courtesy of Laura  G Ashley

With mamasan Tammy and Reiko.
Laura minta buat muka nervous. 
Tapi kenapa muka semua orang tak nampak nervous?
Photo courtesy of Laura  G Ashley

They had to send me back and book for a next session 2 weeks after. Baru semalam I pergi buat waxing. Was it painful? Yes. But it's not like oh-my-I-feel-like-dying. It's painful but bearable. Don't worry. The therapist is good enough and she will know how to divert your attention to something else. You will feel the hot wax that she applied on your skin and then a few seconds later... ZAP!! You will go like "Ouch!" and that's it!

The first "zap" is new to me. Mungkin sebab tu I rasa sakit. Yang lepas-lepas tu dah tak rasa apa dah. It was funny when Joyce said, "Ok, only 3 strips to go and then we're done". I felt relax and then guess what? 3 strips tu adalah di kawasan kulit yang paling sensitif. She's good kan? Kalau awal-awal dia buat kat situ, mesti I dah lari keluar bilik. Hahaha, just kidding :p

Penjagaan selepas buat waxing juga penting kerana kulit akan sedikit kering selepas waxing. Jadi seeloknya apply cream untuk mengekalkan kelembapan. Do not take hot shower, do not wear panty liners for a few days and wear a loose pants.

A goodies for the bloggers : Essential kit, vouchers and mug.
Thank you.

Group photo for morning session's bloggers
Photo courtesy of Laura  G Ashley

Untuk yang berminat untuk cuba service di Bubble Gum Wax, boleh refer kepada harga di bawah. They provide waxing service for men as well. Cuma I tak tau la men boleh tahan dengan rasa sakit tu atau tak. You can see that the price for IPL is more expensive since it is for a permanent hair removal.

Click for a larger view

They have promotion for first timer now. So go grab your chance to try!


For more information, you can go to their FB. To book a session, just give them a call to make sure there's available session for you.

-FB-

-Address-
House of Wax Sdn Bhd
F-1-7, Block F, Plaza Damas,
No. 60, Jalan Sri Hartamas 1,
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Tel : 03-6211 5038/39

-Business Hour-
Monday - Friday : 11.00 a.m. - 7.00 p.m.
Saturday - Sunday : 11.00 a.m. - 6.00 p.m.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.