Thursday, November 28, 2013

The Hunger Games : Catching Fire movie review

What? No review about The Hunger Games : Catching Fire? Ehem, I bukan taknak buat review tapi I nak beri masa kepada diri sendiri untuk settle down. What will happen kalau balik je dari tengok wayang, I terus buat review? Mesti korang pun pitam baca I puji berbakul-bakul.

So mari kita review.



Catching Fire merupakan buku kedua dari The Hunger Games Trilogy. Sesapa yang dah tengok filem yang pertama, korang mesti tau bagaimana Katniss dan Peeta dinobatkan sebagai juara The Hunger Games yang ke 74. Sepatutnya hanya seorang juara dinobatkan dalam setiap game. Tetapi disebabkan trick yang digunakan oleh Katniss, The Head Gamemaker memberi laluan agar kedua-kedua mereka menjadi juara. Katniss ingatkan semuanya berakhir di situ saja. Tanpa disangka, perbuatan dia membuatkan President Snow naik berang kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa sesiapa saja dari district lain boleh melawan Capitol. Malah, beberapa district sudah mula melakukan pemberontakan.

President Snow yang suka pakai white rose di bajunya.
Ada sebab dia gemarkan white rose.
Mungkin ia akan dijawab dalam Mockingjay.. hehe.

Katniss diugut agar cuba meyakinkan semula penduduk Panem sewaktu perjalanan meraikan kemenangannya di setiap district. Malangnya, apa yang Katniss lakukan tidak cukup untuk membendung pemberontakan di Panem, sebaliknya lebih mendorong kepada penduduk Panem untuk memberontak. Akibat dari itu, Katniss dihukum.

On the seventy-fifth anniversary, as a reminder to the rebels that even the strongest among them cannot overcome the power of the capital, the male and female tributes will be reaped from their existing pool of victors

Kembalilah dia dan Peeta ke The Hunger Games, Cuma kali ini, hanya seorang juara akan dinobatkan. Katniss inginkan Peeta hidup dan Peeta pula sanggup bergadai nyawa untuk Katniss.


Peeta yang sentiasa memberi kejutan during tribute interview

Jadi siapa yang akan menjadi juara? Haa, kenalah tengok sendiri!!

Tak patut rasanya nak bandingkan buku dengan movie berdurasi 2 jam setengah. Cuma I lega kerana filem kedua ni lebih bagus dari filem pertama.

 - Camera movement lebih baik dan tidak memeningkan kepala. I faham bila pengarah dahulu buat ia kelihatan shaky sebab nak kita merasa sendiri perasaan berada dalam The Hunger Games. But seriously, pening kepala bila tengok kat skrin besar. Kalau tengok kat TV kat rumah tu, tahan la juga.

- Capitol diserlahkan dengan baik, seperti yang diceritakan di dalam buku. Jalan cerita tak nampak tergesa-gesa. Kita diberi peluang memahami cara hidup penduduk di Capitol, dapat tengok cara pemakaian mereka yang keterlaluan dan bagaimana Peeta dan Katniss setiap hari cuba melawan trauma dan kesan dari The Hunger Games ke atas mereka.

 - Ada la scenes yang diubah sikit-sikit yang I rasa takde pun takpe tapi bila dia ada, rasa mcm bagus. Salah satunya scene di mana Peeta keluar dari Training Room selepas melukis gambar Rue. Muka dia nampak bengang dan sedih dalam masa yang sama. I was like, “Good Peeta! Show it to them”.

 - Yes, I sedih sikit. Mula-mula sedih bila orang tua dari district 11 tu kena tembak. Memang la dah tau sebab dah baca buku tapi bila tengok dia kena heret tu, sedih giler la. Jahat betul Peacekeeper! Lepas tu sedih bila Effie macam nak menangis bila nak berpisah dengan Katniss dan Peeta. Ye la, dia pun tak sangka benda akan jadi macam tu. Sedih juga masa Cinna kena belasah. Tapi sekejap sangat pulak dia kena belasah. Huhuhu…

 -The Prep Team. At last, ada juga la diorang bercakap panjang sikit dari movie pertama tu. Kalau kat buku, prep team ni sangat la peramah dan menyeronokkan. I suka!

-Adegan yang mengejutkan. Haha... ni memang terbaik. Satu panggung terkejut. Orang sebelah I kaki dia sampai ternaik kat atas seat. Sabar je la.

Satu je yang I rasa kureng sikit. Kenapa The Arena tu tak berapa nak hijau? Ke sebab screen kat wayang tu? Bukan apa, I tengok trailers, hijau dan cantik. Tapi bila tengok wayang, kelam sungguh warnanya. Tak puas tengok. Nak tengok lagi!

"I wish I could freeze this moment, right here, right now and live in it forever."

1 scribble(s):

Ismail N said...

Memang tak rugi tengok crita ni. Next, Mockingjay 1 & 2 pulak! :D

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.