Tuesday, November 26, 2013

The best at 1 Utama Wonder Food Adventure

Hello peeps! Whoever follow me on Facebook and Instagram must already know about my food adventure on 16th November at 1 Utama Food Street. Thank to The Butterfly Project and 1 Utama for giving me this opportunity. Basically, ia seperti jalan-jalan cari makan di mana bloggers yang terlibat perlu cover sekurang-kurangnya 5 outlets. Terdapat 15 restoran dan gerai yang kami boleh kunjungi pada hari tersebut.


It is like a food feast but this activity is mainly about promoting the wide variety of chic eateries offered at 1 Utama Food Street. Tak perlu lagi nak ke Penang, Melaka atau Korea untuk merasa makanan dari sana.

Anyway, did you know that 1 Utama is the World’s 4th Largest Mall? Wow, tak sangka sebab I memang tak tau pun fakta menarik ini. Jom kita lihat antara outlets yang kita boleh dapati di 1 Utama Food Street.

LG Promenade 
1. SS2 Goreng Pisang
2. Ninja Joe
3. Seaweed Club
4. I Love Yoo
5. Eat and Happy Yong Tau Foo
6. Oyster King
7. Bisou
8. Mr Cendol
9. Pao Xiang Bak Kut The
10. Ko Hyang Korean Country Delights

LG Highstreet 
1. Lammeeya
2. BBQ Chicken
3.Food Box
4. Viva American Pizza and Panini
5. Molten Lava

As you can see, some of the outlets are non halal but I didn’t face any problem on that day because I don’t have to eat if I don’t want to. I met Edazz during registration and thought that maybe we can go cover each restaurant together. But guess what? She already had another 3 awesome bloggers with her : CP, Shiv and Claudine. They were kind enough to start the food journey with a halal restaurant first. Lets go!

No 1 : BBQ CHICKEN 


Our first pit stop. Yeah, I feel like in The Amazing Race – Food Edition here. Hahaha. BBQ Chicken bukanlah sesuatu yang baru bagi I. Ia merupakan salah satu restoran pilihan setiap kali I terasa nak makan ayam yang dimasak dengan cara yang lebih menyihatkan.

It all started in year 1995. BBQ Chicken ni dah terkenal di Korea dan mempunyai lebih 1000 outlets di sana. Kalau korang nak tau, BBQ Chicken hanya menggunakan EVOO (Extra Virgin Olive Oil) dalam masakan mereka. BBQ Chicken is not under fast food chain restaurant because all the dishes are cook upon order and they only use fresh ingredients. No compromise! Malah, mereka mencipta sendiri sos rahsia yang digunakan dalam pemerapan ayam dan ayam akan diperap dalam 12 jam untuk memastikan ramuan itu benar-benar diserap ke dalam ayam. Patutlah sedap!

 
This outlet is big and spacey. Setiap meja tidak disusun terlalu rapat. BBQ Chicken memilih merah dan hijau sebagai warna utama untuk outlet mereka. Kami disambut oleh Ms. Josephine Koh selaku assistant Manager di HQ . Beliau memberi sedikit penerangan tentang sejarah BBQ Chicken, apa yang membuatkan mereka berbeza dari restoran yang lain dan memperkenalkan their signature dishes : Jerk Chicken, Korean Charboil dan Golden Olive Chicken. I am a big fan of Jerk Chicken.


Memang sedap. Setiap kali ke BBQ Chicken, mesti nak order yang ni je. Yummy! Since all of us can tolerate spicy food, Ms Josephine had asked the kitchen to prepare Hot Hot Drum for our table.


Wah, nama pun dah kedengaran pedas. Tidak terlalu pedas untuk lidah I. It’s spicy but you will keep on eating it because it’s delicious. Will definitely try it again next time.

Group photo

BBQ = Best of the Best Quality

No. 2 : LAMMEYA



This is non halal restaurant. Eventhough it is non halal, my fellow members decided not to eat there. They help me to ask a few questions to the waiter. According to the waiter, Lammeya signature dish is “Lam Mee”. You can see the big photo on the wall.


No 3 : MOLTEN LAVA


Molten Lava merupakan sebuah kedai kecil yang menjual delicacies seperti kek, cupcakes, Lava Thick Toast, Roti Paratha dan macam-macam lagi. Outlet ni kecil sahaja. Ada kerusi dan meja di bahagian dalam dan ada juga yang disediakan di bahagian luar. According to the waiter, their signature dish is Kiddy Churros.


Rupa macam finger food. Sedap sebab makan panas-panas dan ada bau cinnamon.

No 4 : FOOD BOX


Ia terletak di sebelah Lava. It’s a non halal outlet. Choy Peng dan Claudine ada cuba makanan di situ. Menu is simple. Pelbagai lauk bergoreng boleh didapati di sini. Oleh kerana ia terletak di hujung, ruang makan sedikit luas berbanding outlet berhampirannya.

No 5 : PAO XIANG BAK KUT TEH


Again, non halal outlet. Jadi tak dapat nak describe banyak dari segi makanan. Outlet ni sangat luas. Penggunaan glass window yang besar di sekeliling membiaskan cahaya semulajadi dari luar. Siling yang tinggi membuatkan kita tak rasa kawasan tu menyesakkan. Bagi yang bukan penganut agama Islam, bolehlah mencuba restoran ni.

No. 6 : BISOU


Everybody's favourite! Semuanya excited bila nak ke Bisou. Ia terletak bersebelahan Seaweed Club. Bisou menjual pelbagai cupcakes dan cakes yang semestinya manis dan sedap. Rambang mata tengok cupcakes kat sana.


Kami sempat membawa pulang Chocolush Cupcake. It’s a chocolate cake with chocolate cream cheese frosting. Cupcake ni sedap dan tak rasa muak. The texture is not dense and the cream is not too sweat. Recommended. Kalau nak makan kat situ pun boleh kerana ada kerusi dan meja disediakan di bahagian hadapan.

No 7 : SEAWEED CLUB


Sekali pandang menu yang dipaparkan di TV, I ingatkan outlet ni jual sushi. I was wrong. Seaweed Club menawarkan kelainan dalam popiah yang mereka jual kerana popiah tu dibalut dengan seaweed dan dipotong seperti sushi. It looks so good! The menu selection is simple. Ada 4 pilihan yang boleh dicuba : Original, Tuna, Spicy dan Wasabi.


Unlike other popiah, you won’t get chilli sauce here. No.. no. It will be weird. I rasa chilli sauce dan seaweed bukanlah kombinasi yang menarik. Surprisingly, popiah ni sangat sedap sebab sayur-sayuran (fresh cucumber, crunchy carrot, juicy yam bean) yang digunakan sebagai isi popiah sangat rangup. I tak boleh berhenti makan sebab rangup dan sedap.


Tau-tau je dah habis. Recommended!

No 8 : MR CENDOL


We were so thirsty so we decided to try cendol at Mr. Cendol. Outlet ni berdekatan Bisou. Sejarah Mr. Cendol ini bermula seawal tahun 1952 di Sitiawan, Perak. Selain cendol, ia juga ada menjual laksa, rojak, mee rebus dan pelbagai minuman yang lain. Untuk mereka yang lapar, boleh la cuba makan di sana. Dah datang kat Mr. Cendol, mestilah kena cuba cendol! I rasa cendol tu sedikit masin. My group member pun cakap macam tu. We ended up put more palm sugar to cover up the saltiness.

No.  9 : OYSTER KING


O-Chien or Fried Oyster is once made popular by hawkers and coffee shops. Oyster dan lala dalam setiap menu mereka.


Mereka ada beberapa jenis oyster dan lala. So pilih je mana yang korang nak cuba. Kami cuba Fried Oyster yang disebut-sebut oleh orang.


I tak tau macam mana dia masak tapi rasanya macam ada campur telur sikit. Sedap dimakan panas-panas. Bagi yang sukakan pedas, boleh makan hidangan ni dengan kuah cili yang disediakan.

No 10 : SS2 GORENG PISANG


Kalau dah pergi Oyster King, SS2 Goreng Pisang ni sebelah dia je. Ini gerai goreng pisang moden. Dekorasi dia menarik! SS2 Goreng Pisang bukan saja menjual goreng pisang tapi korang juga boleh beli keledek goreng, keladi dan ubi kayu.


Kami mencuba Sweet Glutinous Rice Cake Layer with Yam and Sweet Potato. Tak pernah makan. Rasanya memang unik.

No 11 : NINJA JOE


This is a non halal burger outlet. For a non muslim who wants to try pork burger, this is a place you should go. I didn’t enter this place but I took a photo to give a general view about this restaurant.

No 12 : KO HYANG KOREAN COUNTRY DELIGHTS


Ok, should I write in korean language? Hehehe… korang pun tau I sukakan korean food. I suka sebab makanannya seimbang dan banyak sayur, tofu dan perisa semulajadi. No MSG added. We tried Bi Bim Bap dan Soon Du Bu Ji Gae with Seafood.

Didatangkan dengan nasi dan kimchi


Tengok buku menu, makanan yang dijual di sana boleh dikatakan merupakan makanan tradisi mereka. Malah, Bi Bim Bap tu satu masa dahulu hanya boleh dimakan oleh keluarga diraja. Tapi sekarang ia telah menjadi signature dish orang Korea kerana makanan ini cukup lengkap dan berwarna warni.

No 13 : I LOVE YOO


Felt thirsty again! This is the place that CP had been waiting for. Katanya, air soya kat situ sangat sedap. I Love Yoo memulakan perniagaan pada tahun 2007 dan ia membuka outlet pertama di Pavilion. Memang sedap! Yang bagusnya, gula tidak dimasukkan di dalam air. So lepas kita dapat air soya tu, kita boleh masukkan sendiri air gula yang ada disediakan di kaunter. Korang boleh pilih samada nak air gula putih atau hitam. Rasanya sangat menyegarkan.


I Love Yoo juga ada menjual taufu fa dan beberapa kuih kuih. Jadi bolehlan menjamu selera di sana.

No 14 : EAT AND HAPPY YONG TAU FOO


It’s hard not to notice this place. Satu-satunya outlet yang menjual yong tau foo, ia terletak berdekatan I Love Yoo. Seperti yong tau foo yang kita boleh dapat di luar, outlet ni menjual beraneka jenis homemade yong tau foo seperti fish ball, taufu, cili sumbat dan sayur-sayuran.


Oh my, tak sangka kami berjaya cover 14 outlets dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. It was a great experience. I met new people along the way; CP, Shiv, Claudine, Keryi and Kerchi. Met some familiar faces too. Most of all, now I know that 1 Utama Food Street offers so much variety of local favourite delights.




An unexpected goodies for all the bloggers.
Bath towel, RM50 shopping voucher, power bank and pillow.
(Pillow nya tiada dalam gambar sebab Tisya dah ambil).
Thank you!

Salah satunya ialah ONECARD Shopping Voucher. With this voucher, I can register for the 1 Utama’s Loyalty Card for free and get rewarded with endless privileges for shopping, dining, entertainment and parking around Bandar Utama with ONECARD.

-Earn 1 UPoint for every RM1 spent at ONECARD outlets.
-Redeem UPoint like cash to pay for purchases, meals, services and entertainment.
-Enjoy cheaper parking rates
-Exclusive entry to member-only parking at ONECARD Preferred Parking or Platinum Parking.
-Exclusive invitations to ONECARD sale previews, invitation-only events, members-only offers.

Don’t worry, you can still register for ONECARD by paying RM10 fees for one year application. For more information about 1 Utama and One Card, you can click the below links:

4 scribble(s):

Shivani Balraj said...

Nice!

How many places did you guys manage to hit?

The SS2 Goreng Pisang Place looks so quaint! :)

Liz said...

Shiv> 14! We didn't go to Viva. So sad.

-makcik anon..keh..keh...- said...

Liz...
Confirm ke seaweed, oyster ngan ko hyang tu halal? boleh makan?
Nak pegi lah pas ni.... especially yg seaweed tu... nampak yummieh....

Liz said...

makcik anon> aku tak was-was sebab :

Seaweed - aku tgk ingredients yang dia guna dan cara pekerja dia balut. pakai sarung tangan. sauce pun mayo je. so aku yakin.

Oyster - aku tanya pekerja tu. ingredients utk fried oyster tak meragukan. sebab tu aku cuba yg tu je. yang lain aku tak try.

ko hyang - yang ni aku makan soon du bu ji gae. resipi dia pun, tak guna barang yang tak meragukan. tapi ada jenis tofu stew tu guna chicken. so jgn ambil yang tu kalau tak sure. aku hanya makan yang vege saja. yg chicken/beef tu aku tak cuba :)

seaweed tu mmg sedap weih. minggu ni aku nak beli lagi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.