Monday, November 18, 2013

MasterChef Australia : 4th MasterClass of the season

Korang pun tau I merupakan peminat besar MasterChef. Asal ada kelapangan, I akan tonton Masterchef US. Kemudian, muncul pula MasterChef Australia. I lebih suka MasterChef Australia. Mungkin kerana Australia dan Malaysia boleh dikatakan 'jiran jauh'. Jadi menu yang diketengahkan dalam MasterChef Australia sudah cukup dikenali oleh kita. Sekarang MasterChef Australia telah pun memasuki ke musim ke-5.



Served from its brand new home in Australia’s culinary capital of Melbourne, MasterChef Australia Season 5 promises a delicious new chapter in the life of the world’s most loved cooking show. 

For the first time in MasterChef Australia history, the competition jumps straight into the Top 22 stage, with some of the best amateur cooks from across the country mixing it up in a high-pressure test of know-how and nerve. 

MasterChef’s veteran trio will be joined by a host of cooking luminaries, with guests such as Antonio Carluccio, Stephanie Alexander, Curtis Stone, Shannon Bennett, Maggie Beer and Guillaume Brahimi pushing the contestants to elevate their game and hit food heights they never imagined. 

video



Sedikit pembaharuan telah dibuat untuk MasterChef Season 5 di mana MasterClass telah dibuka kepada orang awam agar orang seperti kita juga berpeluang untuk belajar dengan juri tetap iaitu Gary, George dan Matt. Sesekali, mereka akan membawa tetamu undangan yang terkenal dalam bidang kulinari untuk berkongsi tips masakan dengan kita.



Cooking challenge yang telah disediakan setiap minggu memang best. Dari situ kita boleh tengok sejauh mana kepakaran setiap peserta. Tapi I paling suka tengok episod MasterClass sebab kita boleh dapat pelbagai tips memasak daripada juri chef dan chef undangan. Siapa kata orang biasa tidak boleh memasak seperti chef. Yang penting, kita tau nak guna pelbagai tips dan shorcuts untuk menghasilkan sesuatu hidangan.

Paling terbaru, I menonton MasterClass yang keempat dalam season 5 ini. Ia ditayangkan pada 1 November yang lepas. It's Italian Week. Semestinya I terpacak depan TV sebab I sangat sukakan Italian Food. Lebih-lebih lagi pasta. Untuk MasterClass pada hari itu, chef-chef berkongsi beberapa resipi pasta dan pizza. Paling menarik, MasterChef Australia telah menjemput chef Antonio Carluccio sebagai tetamu undangan mereka. He's like the Godfather of Italian Food. Pada episod tersebut, beliau telah mengajar kita cara-cara untuk menyediakan Hankerchief Pasta with Ligurian Pesto.



What I like : This is new because you don't have to cook the sauce. It is a pesto so everything go into the mortar. Tumbuk-tumbuk sampai lumat. Add in the olive oil. Hanya perlu masak pasta dan gaulkan ia dengan pesto. Less is more!

Siapa sukakan pizza? Rasanya ramai peminat pizza kat sini. Korang mesti suka masa Chef Gary tunjukkan macam mana nak buat Pizza Bianca. Macam mana nak dapatkan base yang nipis dan rangup. Oh, I suka sangat dengan ketuhar kayu dia. I saw it once in one cooking show. Rasanya penggemar pizza memang dah tahu yang untuk dapatkan rasa pizza yang asli, kita perlu membakar pizza dalam ketuhar yang menggunakan kayu api.



What I like : Kalau nak makan pizza, kita selalu order di luar. Tapi sebenarnya homemade pizza sangat mudah disediakan. Malah, ia lebih menjimatkan. I suka tips yang chef ajarnya : Topping pizza hanya perlu terdiri dari 3-4 bahan sahaja.

Next, I belajar resipi baru iaitu Risoni with Chicken Polpete daripada Chef George. Actually it's a chicken meatballs with pasta. Tak pernah rasa masakan ni. Jadi I memang tak berapa pasti rasanya macam mana.


Chef Matt pula ajar kita masak Cheeze Risotto. I tak pernah makan risotto tapi yang I tau, nak masak risotto memerlukan tenaga dan kesabaran sebab kita perlu sentiasa mengacau risotto tu. Kalau terleka sikit, tak menjadi la risotto tu. Tapi yang kagumnya, chef siapkan risotto tu dengan cara yang ringkas. Yang penting, sedap!

Chef Gary tunjukkan cara membuat Perfect Carbonara. Ni yang I paling suka. Oh my, I memang suka Carbonara. Dah banyak kali juga buat kat rumah. I know the recipe by heart. Hehehe.... Nothing new sebab I dah tau. Tapi tengok Carbonara tu dah cukup membuatkan I terliur dan rasa nak buat Carbonara malam tu juga.

Dah dapat inspirasi dari MasterChef Australia? Kalau korang ada tips masakan yang ingin dikongsi, apa kata kongsikan ia di Lifetime Malaysia Facebook. Just upload gambar, berikan sedikit penerangan dan paling penting, jangan lupa gunakan tag #MCATipOff. This Cooking Tip-Off challenge is also open to every Malaysian who is a fan of MasterChef Australia. Tips yang terpilih akan dipaparkan di Lifetime Malaysia Facebook.

Di sini I nak kongsikan satu tips untuk penggemar pasta.


Nak tau bahan rahsia bagi dapatkan sos pasta yang lebih sedap? THE COOKING WATER. Yups, that's right. Simpan secawan air rebusan pasta sebelum kita toskan pasta tersebut. Masukkan air rebusan itu ke dalam sos pasta, sedikit demi sedikit mengikut kepekatan sos yang kita inginkan. Kanji yang terkandung di dalam air rebusan tersebut akan menghasilkan sos yang lebih berkrim dan berperisa.

Bagi korang yang nak mengikuti MasterChef Australia Season 5, bolehlah menontonnya di Lifetime, Astro Channel 709, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pada 7 malam dan 11 malam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan berkenalan dengan peserta-peserta MasterChef Australia Season 5, bolehlah layari http://www.lifetimeasia.com/show/masterchef-australia-s5

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.