Thursday, November 07, 2013

Jangan percayakan sangat cikgu di taska

Tengah kecoh tentang kisah anak kena pukul di sebuah taska di Taman Melati. Sekarang ni, owner taska menyembunyikan diri dan taska telah pun ditutup. Pihak berkuasa sedang cuba mengesan owner tersebut untuk membantu siasatan. 2 orang pengasuh juga telah ditahan untuk tujuan yang sama.

Ada seorang ibu yang pernah menghantar anak di taska yang sama telah berkongsi cerita di blog nya. Sorry, I tak ingat blog apa sebab I main click je kat FB tu. Dah tak jumpa pulak siapa yang berkongsi link tu. Bila I baca coretan si ibu tu, I faham.

Faham bila dia merasakan anak dia "manja sangat" sampai menangis taknak pergi taska. Faham bila dia anggap anak dia hanya "buat cerita" pengasuh pukul budak. Faham sangat kenapa pada mulanya kita tak faham kenapa kita tak sedar anak cuba memberi signal bahawa sesuatu yang tidak baik sedang berlaku di taska.

Cuma kita perlu ingat setakat mana kita perlu "tak sedar" akan semua tu. I was in that situation before. Taska Tisya yang selama ni okay menjadi tidak okay semenjak seorang pengasuh berhenti. Cikgu tu dah menjaga Tisya sejak usianya 1 bulan 3 minggu. Cikgu tu berhenti masa CNY yang lalu.

At first, Tisya nampak okay. Lepas seminggu, I noticed dia dah macam tak seronok pergi sana. Sepatah tanya, sepatah jawab. Maybe sebab cikgu dia dah takde. So I buat derk je.

Selepas beberapa bulan, seorang lagi cikgu berhenti. Masa ni I tengok keadaaan taska seperti tak terurus. Cikgu pun tak cukup. Tahap kebersihan kurang memuaskan. Tisya bersih tapi kawasan sekitar dah kurang bersih. Kami called owner taska beberapa kali. Bila nampak tak berapa nak jalan, kami ugut. Ye, kami ugut. Tak pernah terlintas di hati nak mengugut dia tapi kami taknak perkara tu memudaratkan kanak-kanak kat sana.

Baru nampak improvement.

Tapi tu je la. Tisya masih macam tu. Dia bukan meronta taknak pergi taska tapi dia dah tak nampak ceria. Muram je. Bila kami pergi, dia nak menangis. Pernah sekali barang dia tertinggal dalam kereta. So I turun balik nak pergi hantar kat dia. I tengok dia dah menangis teresak-esak kat sana. Sedih sangat.

Tapi nak buat macam mana. Dah kena kerja! Dilema seorang ibu bekerja.

Tiap-tiap pagi kami bekalkan roti bun kat Tisya sebab dia suka makan. Dulu tiap-tiap hari memang habis. Tapi sekarang, kadang-kadang tak usik. Kadang-kadang dia makan. Bila tanya, dia jawab "Cikgu XX ada. Tak boleh makan. Cikgu XX tak bagi. Kalau Cikgu YY takpe. Dia bagi Tisya makan".

Sebagai mak, ko rasa apa bila anak ko cakap camtu? Apa hak cikgu tu nak halang anak I makan roti?

Pernah 2 kali I ambil Tisya kat taska waktu tengah hari. Tiap-tiap hari ambil waktu tengah hari tapi ada 2 hari tu, I dengar baby atau toddler kot melalak kat tingkat atas. Kuat sangat. Dalam masa yang sama, I dengar cikgu-cikgu berborak kat atas juga. Macam tak ambil kisah nak tenangkan budak tu. Tu okay lagi. Yang lagi sekali tu, I siap dengar seorang cikgu menengking budak yang menangis tu disusuli dengan bunyi dia memukul sesuatu. Berderau darah I sebab dengar makin kuat budak tu menangis. Masa tu I cepat-cepat tekan loceng banyak kali. Tiba-tiba, budak tu terus senyap.

Damn! I risau giler masa tu. I tanya Tisya sapa nama budak yang menangis tu. Tisya beritahu tapi I tak kenal mak budak tu. Rasa nak beritahu je.

Baru-baru ni masuk 2 orang cikgu baru. Lemah lembut dan baik orangnya. Boleh nampak! Tisya pun dah okay. Setiap kali I ambil dia, dia senyum dan mulut pot pet. Alhamdulillah sebab cikgu baru tu ditugaskan jaga anak I. Harapnya cikgu ni lama la kerja kat situ.

Adakah I biarkan je semua yang I tau tu? Tidak. I rasa bertanggungjawab sebab I tau dan dengar apa yang berlaku. I taknak rasa bersalah bila one day sesuatu yang buruk berlaku kat anak orang lain. Therefore I decided to inform the owner yesterday. Sms je sebab taknak identiti dikenalpasti.

Masa I ambil Tisya semalam, I nampak owner tu kat sana... sedang bercakap dengan cikgu yang suka menengking budak. Bukan senang nak jadi pengasuh. Kena jaga ramai budak yang mempunyai pelbagai ragam. Kalau tak cukup sabar, janganlah jadi pengasuh.

Kepada ibu bapa yang hantar anak ke taska, alert bila anak mula berubah kelakuan. Dengar bila anak mengadu cikgu buat perkara yang tak patut. Kanak-kanak kecil tak pandai menipu. Kalau dia cakap tu, cuba siasat. Kalau betul, ambil tindakan dengan membuat aduan kepada owner taska. Bukan apa, owner bukannya tau sikap pengasuh kat situ. Kalau dah mengadu kat owner tapi tak juga jalan, mengadulah kepada orang yang lebih berkuasa.

Kalau nak tukarkan anak ke taska lain pun, tak salah. Lagi bagus. Dah kalau anak tak gembira kat situ, kenapa nak biarkan? Betul tak?

4 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

mmg kena sentiasa peka terhadap perkembangan anak semasa ke semasa, terutama bila melibatkan orang yang menjaganya seharian. Kita bukan nak jadi ibu yang cerewet tapi ibu yang peka :)

Liz said...

kak ayu> betul kak.

Farah said...

Kire u baikla jugak sms je...afif pernah buat perangai suke cerita pasal hantu tak habis2 kat rumah..i terus jumpe pengetua on the next day..rupe2nya memang ada cikgu kat situ yang suke takut2kan budak dengan hantu..pastu afif dah tak sebut dah pasal hantu.Masa bulan puasa lagila cikgu die ingat afif puasa sebab 5 tahun..balik anak aku kebulur ..pelik jugak.bila tanya rupanya tak makan kat sekolah.esok jugak i sound teacher kata afif tak puasa sila bagi makan.hahaha i sound direct je cikgu2 ni.

Liz said...

farah> u know what happened? cikgu tu bagi warning kat anak I agar jgn suka mengadu. hangin aku dibuatnya. sudahnya i suruh hubby sound cikgu tu. lps tu i pun sound thru sms. i tak boleh jumpa dia. takut i marah-marah pulak nanti

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.