Wednesday, November 20, 2013

"Give Me 5" untuk kanak-kanak Malaysia

"Tak nak!" pendek saja jawapan Tisya bila I ajak dia makan malam. I agak bernasib baik sebab dia hanya cakap "tak nak" sekali sekala sahaja. Lagipun, dia kuat makan di sekolah. Mungkin sebab ada ramai kawan, jadi dia rasa seronok nak makan.

Masih ingat lagi masa dia masih bayi. I said "No" to instant porridge a.k.a nestum. Gigih buat homemade puree. Setiap minggu, ada je resipi dan kombinasi baru yang I cuba. Semuanya untuk pastikan makanan yang dia makan mengandungi zat yang secukupnya.

Menurut hasil kajian diet 2012, ramai kanak-kanak Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya. Sesetengah daripada mereka juga kekurangan vitamin A, D dan Kalsium, sebaliknya kanak-kanak ini mengambil terlalu banyak protein dan lemak. Prihatin dengan masalah ini, Danone Dumex komited untuk meningkatkan kesedaran tentang nutrisi seimbang bagi semua kanak-kanak di Malaysia. Dengan itu, Danone Domex telah melancarkan kempen "Give Me 5".


Bukan senang nak ajar kanak-kanak untuk makan makanan berkhasiat, betul tak? They love all the sugary stuff and fast food. For them, green is yucky and milk is for babies. Yes? No? Untuk kempen ini, pihak Danone Dumex telah bekerjasama dengan kumpulan muzikal kanak-kanak dari Australia; Hi-5 untuk mengajak dan mengajar kanak-kanak tentang betapa pentingnya mengambil makanan yang seimbang dari 5 Food Groups : Dairy, Carbohydrates, Fats and Oil, Fruit and Vegetables, and Protein.


Program petang itu dimulakan dengan persembahan pendek dari Hi-5 yang menyanyikan lagu "5 Food Groups". Sungguh bertenaga!


Kemudian, kami diberi penerangan oleh Mr.Christiaan Uittenbosch, Marketing Manager of Danone Dumex Malaysia.


Beliau mencerita serba sedikit tentang kempen "Give Me 5" dan mengapa Danone Dumex memilih Hi-5 sebagai duta bagi kempen ini.


I think this is a good collaboration. Siapa tak kenal Hi-5. Kanak-kanak memang suka sangat dengan Hi-5 ni. Melalui persembahan yang hebat dan kandungan pendidikan yang menghiburkan, I pasti mereka boleh mendekati seramai mungkin kanak-kanak dan ibu bapa, dalam masa yang sama dapat menyampaikan mesej tentang pemakanan yang seimbang.

Sementara sesi soal jawab, anak-anak kami menghadiri dance workshop di kawasan berdekatan. 10 minit kemudian, mereka excited tunjukkan kami apa yang mereka dah belajar.



Untuk mereka yang meminati Hi-5, apa kata korang cuba menang tiket ke persembahan pembukaan ekslusif konsert "Hi-5 House Party" pada bulan December nanti. Apa yang korang perlu buat ialah beli mana-mana pek Dumex Mamil All 'n One 500g atau 900g dan jawab soalan mudah melalui sms. Cepat!!! Peraduan tamat pada 24 November ni.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dumex Mamil All 'n One and aktiviti Hi-5, klik aplikasi "Give Me 5" di laman Facebook Dumex Mamil atau hubungi Talian Pelanggan Danone Dumex di 1800 38 1038.

Note : All photos courtesy of the official photographer. Gambar lain kita update kemudian ye.

5 scribble(s):

Ezna said...

Event yg sangat best!

sarah said...

hmmm cam bagus jer susu ni..cam nak try ja bg kat anak..

zety said...

nice meeting u! yup, Maryam balik tu trus mntk vege..heheh

Liz said...

kak Ezna> sememangnya best!

sarah > tak pasti tapi kalau nak cuba, cubalah.

zety> nice meeting you too. maryam dah kena penangan kena dukung dengan stevie

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.