Tuesday, November 12, 2013

AXA 110 Cancer Care

Salah satu penyakit yang I takut sangat ialah kanser. Alhamdulillah, keluarga I tidak mempunyai sejarah kanser tapi kami ada punya kenalan yang menghidap kanser. I takut sebab kanser bukan satu penyakit yang mudah disembuhkan. Ia memerlukan proses yang panjang, ketahanan badan untuk menerima kemoterapi dan mental pesakit itu sendiri.



Kebanyakan dari kita ada mengambil insurance policy tapi terdapat sesetengah insurance tak cover penyakit kanser. Kos rawatan pula agak mahal dan kadang kala, pesakit tidak mampu untuk meneruskan rawatan. Dengan badan yang semakin lemah, terpaksa menjalani kemoterapi atau pembedahan, kos rawatan merupakan salah satu beban yang terpaksa ditanggung oleh pesakit.

Untuk mereka yang sedang mencari insurance policy yang menawarkan perlindungan kos rawatan penyakit kanser, AXA 110 Cancer Care policy merupakan jawapan untuk anda. Melalui polisi ini, pesakit yang didiagnos dengan penyakit kanser akan terus diberi bantuan kewangan untuk menerima rawatan kanser agar mereka boleh terus fokus untuk melawan penyakit yang boleh membawa maut ini.

Untuk keterangan lanjut, layari 110 Cancer Care policy.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.