Friday, October 11, 2013

Tips untuk memisahkan tempat tidur anak

Tak sangka transition untuk pisahkan tempat tidur tu berjalan dengan lancar. Sungguh ni. I membayangkan Tisya akan mengamuk atau mengigau malam-malam buta. Hikhikhik. It was a breeze... alhamdulillah.

Hanya malam pertama I bangun tidur sampai 5 kali. Memang risau. Takut dia menangis, takut dia jatuh katil.. macam-macam I fikir. Masuk malam kedua, dia terjaga 2 kali dan menangis panggil I. Malam ketiga, dia bangun sekali sahaja dan panggil I. Malam ketujuh, dia terjaga dan berjalan ke ruang tamu. Hahaha... Nasib baik hubby perasan masa tu. Lawak giler bila fikir balik. Tisya berjalan ke arah ruang tamu. Abi dia ikut dari belakang. Agaknya bila Tisya tengok ruang tamu dah gelap, dia nak pusing balik kot. Pusing je, dia menjerit... terkejut nampak abi dia.

Tapi bila I tanya tentang kejadian tu kat dia keesokan hari ni, dia takde memori langsung tentang apa yang berlaku malam tu. Adoi!

I rasa pisahkan tempat tidur tidak membawa banyak masalah apabila mempunyai lebih dari seorang anak. 2 beradik boleh tidur dalam bilik yang sama. Jadi mungkin takde rasa takut. Tapi bila anak seorang, tu yang akan ada masalah sikit. Yang penting, jangan paksa.

Ini beberapa tips yang I dapat dari pembacaan. Tapi I paling suka bila tengok Nanny 911 dulu. Memang berguna dan menjadi tips yang diberikan tu.

1. Libatkan anak dalam proses menyiapkan bilik tidur dia. Minta dia pilihkan cadar, warna cat bilik, lampu tidur, pyjama... pendek kata, minta dia pilih apa yang dia nak. Tapi kita pun kena tengoklah samada sesuai ke tak :)

2. A few days before dia kena tidur kat bilik sendiri tu, selalu beritahu dia yang dia akan tidur kat bilik sendiri pada sekian sekian hari. So dia tau yang dia kena tidur kat bilik sendiri. Bukan tiba-tiba je korang suruh dia tidur kat bilik tu sorang-sorang. Bagi dia prepare dari segi mental dan emosi. Ewahh....

3. Katakan kepada ia bahawa tidur seorang di bilik sendiri itu "sangat cool"! Kaitkan dengan sesiapa yang dia kenal. Tak pun, kaitkan dengan watak kartun yang dia selalu tengok seperti Upin dan Ipin atau Princess Sofia (hehehe... fave Tisya). Barulah dia rasa semangat sikit.


4. Kali pertama tu, tidur sekali dengan dia tapi janganlah tidur sampai pagi pulak. Baring sebelah dia dan tidurkan dia. Katakan kepada anak yang korang takkan tutup pintu bilik dia dan korang pun takkan tutup pintu bilik korang. So kalau tiba-tiba anak bangun tengah malam, anak boleh panggil korang atau dia boleh bangun dan pergi ke bilik korang.

5. Ini penting. Let say dia menangis tengah malam dan berkeras nak tidur kat bilik korang, buat derk je. Hehehe... baring semula sebelah dia dan tidurkan di bilik dia sendiri. Jangan beri signal bahawa anak boleh tidur semula bersama anda bila-bila dia rasa takut. Dia kena belajar lawan rasa takut dia.

6. Apabila dia bangun pagi, beri pujian dan kata semangat kepada anak kerana telah berjaya tidur di bilik sendiri. Bagi dia rasa "kembang semangkuk'. Takpe. Yang penting, dia rasa seronok sebab berjaya.

7. Buat dia rasa bahawa bilik tu dia yang punya. Apa-apa pun, buat kat bilik tu. Nak tukar baju pun, tukar kat bilik dia sendiri. Dia akan rasa okay, this is my room.


Setakat ini, tu je tips yang I amalkan. I masih hantar dia masuk bilik tiap-tiap malam. Tapi dia dah jarang panggil I tengah malam. Memang boleh tidur dengan lena. Seronok pulak bila tengok dia tidur sorang-sorang :)

3 scribble(s):

hazlina azmi said...

best jugak tips kat ats tu ye......Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Tempat Tidur Anak said...

maksih atas tipsnya

Nur Darina said...

thanks for your informations
Furniture Kamar Tidur

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.