Friday, October 18, 2013

Tak faham dengan suamiku

Sementara tunggu hubby ambil I (he's late again... asal Jumaat je, memang dia lewat), meh la nak story sikit pasal dia ni. Ni sebab dah Jumaat. So hujung minggu I akan dihabiskan dengan ulang tengok Supernatural (tak habis-habis dan tak jemu-jemu).

Dia tu kan, selalu potong stim bila I tengah layan siri kegemaran. Mulalah keluar soalan-soalan yang I malas nak jawab. Contoh...

Revenge Season 2
"Cerita ni pasal apa? Kenapa asal tengok cerita ni je, mesti ada orang kena bunuh, orang gaduh, orang berdendam.. bla bla bla"

Erk, helloo..... Tajuk pun REVENGE kot. What do you expect? Hehehe. Ko bayangkan, dah season 2. Dia boleh tanya cerita ni pasal apa? Haruskah I bercerita semula dari Revenge Season 1?

Supernatural Season 7
"Bobby ni siapa?"
"Diorang ni takde mak bapak ke?"
"Sape adik? Sam ke Dean?"

Soalan berkisar tentang Season 1. Satu je I nak cakap. Sekarang dah masuk Supernatural Season 9!

Drama-drama bersiri TV3
Biasa la, petang-petang tu I sibuk memasak. Dia yang duduk depan TV, melayan sambil senyum-senyum. Bila I dah siap masak, I duduk kejap untuk hilangkan penat. Tengah tengok, tiba-tiba dia boleh tanya I soalan tentang drama tu.

Apakah? Sape yang tengok drama ni sebenarnya?

Oppsss... ada orang dah sampai. Chow!

6 scribble(s):

mummymer said...

so cute la u

ibuemir

Liz said...

kak mira> sometimes, saya rasa dia sengaja tanya soalan sebegitu sebab nak kacau saya. rasanya la.. dia saja nak tengok saya geram dengar soalan mcm tu

Ila said...

hehehe...mcm lakiku,klau dia tnya...aku jwb,susahlh nk citer...mesti awak xpaham...hehehe

Liz said...

Ila> Oh Ila, jawapan kita memang sama. hahahah

Anonymous said...

bila la revenge season 3 ni nk kuo...

-cinonet-

Liz said...

sue> sementara tu, jom ulang layan season 2

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.