Monday, October 07, 2013

Hadiah sempena hari lahirnya yang ke-5

She's a "tiba-tiba" person. Tiba-tiba berhenti menyusu, tiba-tiba diaperless.. jadi bila sampai bab pisahkan tempat tidur, I tak memaksa sangat sebab I rasa ia akan jadi "tiba-tiba" juga. Sebolehnya I nak dia belajar tidur di bilik sendiri ketika usia 5 tahun. Ye la, orang dah besar, dah sekolah... so idea tidur di bilik sendiri tu mungkin boleh diterima oleh dia.

Tapi dia kata, "Tisya nak tunggu 6 years... baru nak tidur sendiri". Takpe la... setahun je lagi.

Untuk sambut birthday dia baru-baru ni, hubby came with a great idea. Instead of buying a nice present, dia nak hias bilik Tisya cantik-cantik dan hadiahkan bilik tu kat Tisya. Great idea tapi dia beritahu idea tu dalam 2-3 hari sebelum tarikh lahir Tisya. No time to make preparation.

Kalau ikutkan hati, kami nak buat senyap-senyap tanpa pengetahuan Tisya. But then, I remember a few tips from Nanny 911. Kalau kita nak anak suka tidur di bilik dia sendiri, kita kena libatkan dia dalam proses menyiapkan bilik tu. Memandangkan bilik tu akan jadi hadiah kami, kami hanya minta Tisya pilihkan set cadar dia. She choosed Hello Kitty set. Beli hari Sabtu, birthday dia hari Rabu. Lama minah tu tunggu. Mungkin sebab tu dia tiba-tiba jadi excited nak pasang cadar tu.

Sehari selepas birthday dia, kami kemas bilik paling kecil dalam rumah tu. Mula-mula nak jadikan bilik kedua terbesar sebagai bilik dia tapi fikir-fikir balik, tak jadi la. Nanti tetamu nak tidur mana pulak. So ambil bilik paling kecil. Kira ngam la untuk budak kecil. Selama ni bilik tu jadi tempat simpanan baju dia, tempat orang solat dan tempat I gosok kain. Malam tu kami keluarkan semua barang yang tak patut, hubby vacuum dan mop lantai. Bilik tu memang ada sebuah katil single tanpa headboard. Jadi pakai je katil tu.

Tisya? Masa tu dia pun sibuk nak tolong. Bagi la dia tolong sikit-sikit. Tapi bila dah mula nak pasang cadar, kami suruh dia pergi kat ruang tamu. Tu pun dia nak datang jenguk. I suruh hubby pergi jaga Tisya. Dah kata surprise kan? Mana boleh tengok. Hehehe...

Sebenarnya takde apa pun yang nak buat sebab memang tak plan betul-betul. Pasang cadar, susunkan bantal dan patung kesayangan dia. Cuma ada satu hadiah rahsia dari kami yang Tisya memang tak tau kami dah belikan untuk dia. To tell you the truth, I nak tengok sangat reaksi dia bila nampak benda tu.

Meanwhile, Tisya dengan hubby tengah "bergaduh manja" kat luar. Sorang nak tengok bilik dia, sorang lagi kejar tak bagi tengok.

Bila dah siap, kami tutup mata Tisya dengan kain. Dia tergelak-gelak, tak sabar nak tengok. I letakkan bangku Ikea kat tengah-tengah bilik. Kami dirikan dia atas tu. Hubby bukakan penutup mata, I bersedia dengan kamera.

She was crying happily. Ok, agak kelakar! I thought dia akan gelak-gelak lagi. Dia pandang katil dia. Lepas tu dia pandang keliling dan mata dia tertangkap hadiah rahsia dari kami. Ok, budak kecik pun pandai rasa terharu ke? Dia nak nangis, dia tutup mata dan cuba lari keluar bilik. Tapi hubby sempat tangkap dia. Rasa macam kesian pulak sebab minah ni nak nangis. So cepat-cepat baringkan dia atas katil dia dan buat dia gelak balik.

"Abi penipu ehhh. Bila abi beli?". Agak-agak apa hadiah kami ye? :)

Ala-... murah je. Memang dah lama nak beli. Malah masa ke tempat tu baru-baru ni, Tisya cuma benda tu banyak kali tapi kami tak belikan pun. Ok, tak belikan depan mata dia. Kami sorokkan dalam beg besar. Dia memang tak perasan.

Wah, bercerita panjang. Jom tengok gambar.

Hello Kitty Single Set with quilt cover.
Quilt beli di Ikea. RM20 sahaja.


Bantal-bantal dan anak patung wajib ada masa dia tidur.
Kalau masa berkongsi katil dengan kami, penuh satu katil!



Bilik kecil, barang kena minimum. Tempat simpanan baju tu akan ditukar dengan STUVA storage system. Hehehe, dah tengok kat Ikea. Sesuai la dengan ketinggian Tisya. Children's tent tu la hadiah rahsia kami. Memang berhajat nak beli sejak tengok dia seronok bermain dalam tent dengan anak kawan hubby. Tak dapat yang girlish macam tent kawan dia tapi dia tengok yang ni pun dia dah seronok. Berulang kali masuk tent tu masa kat Ikea. Kitorang geleng kepala kata taknak beli sedangkan sebenarnya tent tu dah ada dalam beg besar yang I sandang di bahu. Hihihi.


Poster yang ditempah dan dibingkai masa dia berumur beberapa bulan tu masih cantik. Tak rugi kami menempahnya. Frame dan Powerpuff Girls ni dah dipasang sejak kami berpindah ke sini. Punya la lama diorang tunggu Tisya pindah masuk ke bilik ni.


Ok, ini reaksi dia lepas nampak tent tu. 
Hahaha.... Hi, Spongebob!


Tak payah tunggu 6 tahun, malam tu juga dia tidur kat bilik tu. 
Good girl!

Malam tadi dah masuk kali ke 4 dia tidur di bilik sendiri. Alhamdulillah, proses berpisah katil menjadi sangat lancar. Tak sangka ia menjadi salah satu perkara "tiba-tiba" juga.  I ingat sangat, malam tu I terjaga 5 kali. Setiap kali terjaga, terus bangun dan tengok dia kat bilik baru. Hubby? Dia tidur lena. Tak risau langsung. Katil tu takde pagar tepi tapi kami letak bantal besar kat situ. Setakat ni dia tak jatuh katil lagi. For extra precaution, I letak bantal-bantal besar kat lantai bawah tu.

That room is far from perfect. Belum siap lagi. Plan seterusnya mungkin nak cat dinding, letak almari, meja study, small storage dan rug. I rasa nanti tent tu terpaksa dipindahkan keluar sebab bilik tu memang kecil. Apa-apa pun, memang happy bila dapat buat dia gembira.

1 scribble(s):

cik hani said...

so touching baca entry ni.
bukan nilai ringgit yang anak ingat, tapi nilai kenangan ni dia akan ingat sepanjang hidup dia..
semoga menjadi anak soleh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.