Wednesday, October 30, 2013

Bersyukur dengan apa yang anak anda mampu buat

Kejadian ni berlaku semasa kami temankan hubby buat fisio kat hospital. Sehari selepas Hari Raya Aidiladha kot. Sementara tunggu dia siapkan 3 jenis fisio tu, I duduk di ruang legar klinik fisio. Tak ramai orang pun. Tisya pulak jenis tak reti duduk diam. Tapi pagi tu dia sibuk nak bergambar je. So layan.

Dah lama-lama dia boring. I pun boring. Lama nak tunggu. So pergi tengok majalah apa yang ada di rak. Erk, majalah hiburan je yang banyak. Takde apa nak bagi Tisya baca. Tapi ada satu majalah Rapi. Tu pun edisi lama. Takpe la.

Tisya dah boleh membaca tapi kadang-kadang nampak dia malas dan cepat bosan. Nak push dia sangat pun tak boleh sebab I taknak dia benci membaca. So sikit-sikit I tunjukkan perkataan, minta dia sebutkan.

Tak lama lepas tu, ada seorang perempuan duduk kat area tu. Ada anak perempuan dia juga. Dia pandang je Tisya. I pulak rasa semacam. Maybe lama kelamaan, dia sedar yang I perasan kot. Dia senyum dan tanya umur Tisya. Lepas tu tanya sekolah mana. Sekolah berbayar ke?

Bila jumpa orang yang tenung anak kita lama-lama dan lepas tu bertanyakan banyak soalan, I rasa tak selesa. Huhu... masa tu la. Macam pelik pun ada juga. She gave Oreo cookies to Tisya. I saja tanya, "Akak kat sini hantar siapa?"

Katanya, dia hantar anak dia. Sebaya Tisya tapi tak boleh bercakap. Tak kenal huruf. I terdiam. Muka dia sedih. I pulak tak reti nak cakap apa. Tu la, sape suruh mulut gatal sangat nak tanya. Hati emak-emak, mesti terusik bila tengok anak orang dah boleh membaca tapi anak sendiri jauh ketinggalan.

Tak lama lepas tu, ada doktor duduk sebelah dia. Di sampingnya, ada dua orang kanak-kanak lelaki kembar. Kembar! Patutlah akak tu ralit sangat menengok Tisya. Sebab kami duduk sebelah akak tu, I pun terdengar sekali apa yang doktor tu cakap. Katanya, anak dia dah boleh mengenal beberapa huruf tapi tak semua. Salah seorang anak dia dah mula bercakap sedikit manakala lagi sorang tu masih tak bercakap. Akak tu angguk angguk sahaja.

I pandang Tisya. Selama ni I strict juga dengan dia. Dah tau membaca tapi malas, kadang-kala I jadi geram. Sepatutnya bersyukur sebab dia mampu membaca. Anak akak tu, tak mampu nak kenal semua huruf.Semoga terapi pertuturan tu berjaya untuk anak-anaknya. Amin..

2 scribble(s):

maisy said...

kesian kan...aku pon strict ngan dina...suh buat math sampai angka puluh2..suh hafal sifir...

Tp kalo tak suruh sume tu..kang sibuk main tepon je plak...

From my experience,kalo anak enjoy...kita boleh suruh lagi..kalo dah thp bosan amat..biarla anak dgn activity mereka...

Aku push bila nak exam je..tu pon 30 min pon tak sampai bace buku :)

Liz said...

Maisya> Betul, as long dia suka dan willing nak buat, biar dia buat. Kalau dah nampak dia boring, kita bagi la masa untuk berehat sekejap dari semua tu. Kdg2 aku rasa aku ni strict la juga sampai dia kata aku garang.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.