Thursday, September 26, 2013

October is approaching

There's a man... dah 9 tahun I kenal dia... dah hampir 7 tahun hidup sebumbung tapi dia masih "belajar" tentang I. So far, dia masih belum graduate lagi. I pun belum graduate juga :p

October ialah bulan lahir Batrisyia. Bulan lahir Batrisyia, bulan lahir I juga. This year, I taknak cakap apa-apa. Serik dah. I nak tumpukan pada Batrisyia je. We're going goodies hunting this weekend. Yeay!

3 malam yang lepas kot, hubby tanya I nak hadiah apa. Samada nak dia belanja makan atau nak dia belikan baju. I senyap sebab 2-2 I taknak. Hahahah.... sorry abang. You have to be creative.I want something personal... something yang bila dia hadiahkan, dia boleh cakap.. " I know you will like this because bla bla bla". Reason tu mesti boleh relate dengan I. Too complicated huh? I saja cakap, "Beli hadiah tu tak penting, yang pentingnya abang ingat ke tarikh lahir Liza?" Jeng jeng jeng.... dia gelak-gelak saja. Gelak sebab tak tau atau sebab dia tahu?

"Kalau abang dapat jawab, tak jadi bagi hadiah. Abang bagi hadiah cempedak goreng je!". So not romantic kan? Ada ke nak bagi cempedak? Kalau tukar nak bagi Cornetto Vanilla, sedap la sikit telinga ni dengar. Macam tahun lepas, I saja disable event reminder kat handphone dia. Tu yang dia tak ingat my birthday. *Kantoi*

Pendekkan cerita, dia berjaya jawab soalan I. So I cakap, "Tak payah susah-susah nak fikir. Apa yang Liza nak, Liza dah tulis kat blog. Abang tinggal cari entry tu je". Sometimes, I drop a few hints through this blog. Apa yang I suka.. apa yang I tak suka... orang yang kenal I, mesti dapat pick up.

I am not material girl. I tak minat branded stuff. For me, ia membazir duit. Baju-baju I pun bawah RM100 sehelai. Kasut je I akan beli yang mahal sikit tapi I akan pastikan ia boleh pakai bertahun-tahun. Kasut raya I pun dah 3 tahun pakai kasut yang sama sebab masih elok. I don't really mind.

I lebih minat habiskan duit ke arah benda yang boleh dipakai lama dan boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri. Nah abang, that is another hint. Alamak.... takkan tak tau lagi apa yang Liza suka?

2 scribble(s):

mummymer said...

Liz.. u same macam i.. husband pun jenis yang ingat gitu2 je birthday i hehe.. :D

kalau i, i nak baking stuff please :D

ibuemir

Liz said...

Ibu Emir> hehehe, baking stuff best juga kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat KitchenAid sebijik

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.