Tuesday, September 10, 2013

Kisah si X, si Y dan si Z

Nota : Minta maaf jika yang berkenaan membaca entry ni lantas berasa marah, geram, kecewa dan berdendam. Saya cuma mahu kamu berfikir sejenak.

I percaya bahawa kita tidak boleh mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Jika sesuatu yang kurang baik berlaku antara si X dan si Y, hanya mereka berdua sahaja yang boleh mensahihkan apa yang berlaku.

Bagaimana jika si X bercerita tentang kejadian tersebut kepada si Z? Perlukah si Z percaya cerita tu bulat-bulat? Rasanya lebih baik jika dia mendengar cerita dari pihak si Y pulak. Dari situ, dia boleh decide nak percaya kepada siapa atau lebih baik jika dia berdiri atas pagar.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Si Z bulat-bulat menerima cerita si X dan secara tiba-tiba si Z bersikap dingin terhadap si Y. Bermasam muka sedangkan si Y ni takde masalah pun dengan dia. Malah, si Y tetap bertegur sapa dengan si X dan si Z. Cuma sapaannya tidak bersambut dengan senyuman sebaliknya hanya muka masam yang diberikan oleh si X dan si Z, seolah-olah si Y telah menjadi kebencian mereka.

Mungkin si X ada hak nak masam muka (eventhough sikap tu tak sesuai kot dengan umur dia yang dah lanjut tu.. lebih-lebih lagi kalau dah tau dia tak ikut prosedur). Tapi si Z memang tak patut bersikap sebegitu rupa. Tanpa bertanya kepada si Y, dia terus menjatuhkan hukum.. seolah-olah si Y yang bersalah.

Kalaulah I boleh berdiri di hadapan mereka dan berkata... GROW UP! Cuma I bukan si Y. Kita tunggu si Y bersuara.


A good leader can engage in a debate frankly and thoroughly, knowing that at the end he and the other side must be closer, and thus emerge stronger. You don't have that idea when you are arrogant, superficial, and uninformed ~ Nelson Mandela

2 scribble(s):

Irfa said...

betul..kena dgr cerita dr kedua pihak
nak elak dr kes berpanjangan,elok semua duk semeja dan luahkan apa yg x puas hati

Liz said...

kak Irfa> hehehe, duduk semeja tu akan berlaku dalam masa terdekat. mmg si Y nak meluahkan segalanya sebab selama ni dia beralah dan berdiam diri je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.