Wednesday, September 18, 2013

Keracunan makanan?

Kalau korang perasan la, cuti ni memang banyak entry berderet tentang buah kiwi. So sorry... hehehe. I memang takde mood nak update blog sebab I benar-benar tak sihat.

Ingatkan cuti ni boleh la berehat puas-puas tapi nampaknya nasib tak menyebelahi I. Meh la I story sikit eventhough korang mungkin taknak ambil tahu pun kan :p

Jumaat, I bangun pagi pada pagi tu  dengan rasa macam, eh malam tadi aku ada bangun nak muntah ke? Ke aku mimpi je? Bila gosok gigi, rasa mual. Opps, jangan teka macam-macam eh. Sebelum masuk kereta pagi tu, I minta hubby tepuk-tepuk belakang I sebab rasa nak muntah sangat. Masa tu dah standby bawa plastik. Kot-kot la termuntah dalam kereta. Nasib baik bawa sebab elok je sampai taska, terus muntah. Selang 5 minit, muntah lagi. Tau-tau je dah 3 kali muntah kat taska. Habis keluar semua makanan yang I makan malam sebelum tu.

Alang-alang dah keluar, masuk office juga la. Tapi dah cakap dalam hati, ni kalau aku muntah lagi, nak gi clinic. Makan pagi tu pun tak lalu sangat. Tak habis pun. Selang sejam, muntah lagi.

Jumpa doktor dalam keadaan lembik. Doktor checked dan dia kata, badan I lemah dan perut banyak angin. Dia kata maybe keracunan makanan. Walaupun hubby dan I makan lauk yang sama, mungkin masa tu perut I sensitif sikit. Dia bagi ubat muntah dan charcoal. I lapar tapi takut nak makan. Doktor kata, makan sikit-sikit untuk mengelakkan daripada muntah teruk. Terus dapat MC.

I bought biskut Tiger dan mineral water. Makan sekeping biskut. Minum seteguk air. Makan ubat muntah. Terus rehat. Tak boleh balik lagi sebab nak tunggu hubby balik pukul 1 petang. Tapi memang I tak buat kerja langsung kat office. Selang 2 jam lepas makan ubat muntah, I makan 2 biji charcoal tablets pulak. Tak sampai seminit, I dah rasa nak muntah. Bayangkan masa tu I tengah jumpa boss. I boleh minta dia stop bercakap dan terus berlari ke toilet. Air mineral, biskut tiger, charcoal tablets... semuanya dimuntahkan semula :(

It was disgusting and I was so weak. Satu hari I makan biskut Tiger dan satu hari tu juga I muntahkan semuanya balik. Menjelang 11 malam, I dah muntah 8 kali dan kali terakhir tu la paling sakit sebab takde apa lagi yang perut boleh muntahkan.

Sabtu, kami dijadualkan pergi picnic kat PD. Pukul 5 pagi dah bangun sebab nak siapkan bekalan. Masa ni dah tak muntah lagi. I pun dah mula makan sikit-sikit. Tapi benda lain pulak yang berlaku. I cirit birit. Ya Allah, lepas satu-satu. Kat PD tu, orang lain sibuk mandi laut, bakar ayam... I boleh baring dalam tent. Tak larat. Tapi rendamkan badan juga kat dalam laut. Nanti menyesal pulak. Tapi masih takde selera makan. Balik rumah pun takde selera nak makan. Sampai ke pukul 2 pagi I cirit birit. Malam tu mama buatkan teh o pekat.

Ahad, apa yang I ingat hanyalah toilet... tidur... toilet... tidur...

I tak tau la macam mana boleh kena keracunan makanan. Takkan sebab perut sensitif, sampai 3 hari I teruk macam tu. Selera nak makan tu hanya datang kembali masa I dah balik KL. 3 hari lebih tak makan elok-elok :(

Sekarang ni masih takut-takut nak makan juga.

3 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

Saya pun baru kena seminggu sebelum u kena ni ... :(
Sangat horror especially bila sampai muntah hijau sbb dah takde apa nak dikuarkan.... 3 kali jugak muntah hijau ni keluar...sgt seksa.. mmg rasa flat...
esoknya baru cirit macam u jugak.. tapi sikit je alhamdulillah..sekali je.. lps tu x de la cirit birit..cuma mcm soft stool je..
Ptg dah ok sket... makan la jugak skit skit after muntah tu dah stop..makan bubur dulu... semangkuk bubur kfc tu makan sikit sikit sampai ke malam...

-makcik anon..keh..keh...- said...

Lupa nak tambah...
husband kena jugak dua tiga hari before saya kena..
doktor cakap viral infection...
simptom sama.. muntah muntah dulu pastu cirit birit...lembik..flat...

Liz said...

makcik anon> seksa kan? yg masa muntah tak keluar apa tu, tekak sakit.. perut sakit.. huwaaa. mengalir air mata sebab dah tak larat sangat. ooo..viral infection eh? saya ni tak tau la sebab apa sebab saya sorang je yg kena

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.