Friday, September 13, 2013

Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as a Meat Tenderizer

Salah satu kebaikan yang boleh didapati dalam sebiji kiwi ialah  enzyme yang dipanggil actinidin. Ia berupaya untuk membantu dalam pencernaan protein dalam makanan yang kita ambil.

Sebab itu ia sesuai untuk dijadikan sebagai meat tenderizer. Tak percaya? Kena cuba dulu baru tau. I pun macam tak percaya je. Selama ni mesti nak kena tunggu lama untuk bagi daging empuk bila dimasak. I suka makan daging. Sambal daging, daging masak lemak cili api, daging rendang, kerutup daging… you name it. Tapi nak masak daging memang jarang sangat sebab tak sempat nak masak. Kalau masak pun, tunggu balik kampung.

Semalam I beli daging lembu fresh kat pasar malam. Apa lagi, mari kita buat eksperimen.

Mula-mula potong daging nipis-nipis tapi janganlah terlalu nipis pulak. Yang sedang-sedang saja ye. Lepas tu scoop out the flesh of  Zespri® Green Kiwifruit. Kemudian, hancur-hancurkan ia sedikit. Lumurkan buah kiwi tu ke seluruh permukaan daging.



Perap selama sejam. Dah cukup sejam.. apa lagi, kita masak! Ni cara I masak sambal daging. Rasanya tak sama macam korang masak tapi inilah resipi kesukaanku. Ni resipi campak-campak :)

SAMBAL DAGING



Ingredients :
Daging yang telap diperap dengan Zespri® Green Kiwifruit
Cili boh
Bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Directions:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili boh dan garam. Tumis cili boh hingga garing.
2. Masukkan bawang besar dan gula. Tumis hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutupi daging (tapi jangan banyak sangat pulak)
5. Kacau sesekali dan masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Korang ada apa-apa resipi menggunakan kiwi yang korang dah cuba? Share la dengan I. Boleh I cuba pulak. Untuk dapatkan resipi dari chef terkenal, layari www.zespri.com.my My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.