Thursday, September 12, 2013

Day 8 : Pomfret Sweet Sour with Zespri® SunGold

Ada pelbagai kebaikan yang terkandung di dalam sebiji buah kiwi. Salah satunya ialah buah kiwi kaya dengan fiber. Fiber ni selalunya dikaitkan dengan sayur-sayuran. Masa kita kecil-kecil dulu, mak-mak kita sibuk suruh kita makan sayur. Bila kita dah jadi mak ni, kita pulak sibuk suruh anak-anak kita makan sayur. Penting sangat ke makan sayur?

Kita memang perlu makan sayur kerana ia merupakan sumber fiber yang semulajadi. Fiber penting untuk memastikan system pencernaan kita dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar. Berikut merupakan Average USDA Recommended Daily Intake (RDI) of Fibre:

Children = 22g/day
Male = 35g/day
Female = 24g/day
Pregnant Women = 28g/day
Lactating women = 29g/day

Jika system pencernaan kita terganggu, kita akan mengalami sembelit. Kalau masalah sembelit ni berlarutan, ia akan memberi kesan buruk kepada kita seperti pening kepala, bau mulut dan bau badan yang busuk dan masalah kulit. Sebab tu amat penting untuk badan kita mendapat jumlah fiber yang mencukupi. Lebih-lebih lagi kanak-kanak. Sangat kesian jika mereka mengalami sembelit. Ahaks, dari semalam I bercakap tentang fiber! Tapi memang susah nak suruh anak makan sayur, kan?

Macam Batrisyia, dia hanya suka makan carrot, kobis dan bayam. Sayur-sayuran yang lain, kena tengok mood dia pulak. Sometimes, I have to be sneaky. Kena “sorokkan” sayur di dalam makanan agar dia tak tau apa yang dia sedang makan tu ialah sayur. But she has no problem with fruits. Mungkin kerana warnanya pelbagai dan manis, dia boleh menerima buah-buahan dengan mudah. Jadi kalau anak kita susah nak makan sayur, apa kata gantikan ia dengan buah-buahan yang mengandungi fiber seperti buah kiwi.

For the past 7 days, I dah cuba pelbagai resipi menggunakan kiwi. Selalunya orang gunakan buah kiwi dalam masakan berasaskan pencuci mulut. Tapi hari ni I bagi kelainan sikit. Hubby ada beli ikan bawal hitam. Teringin pulak nak buat masak sweet sour tapi I takde buah tomato dalam peti ais pulak.

Takde masalah. Gantikan saja buah tomato dengan buah kiwi :)

POMFRET SWEET SOUR WITH ZESPRI® SUNGOLD



Ingredients: 
3 ekor bawal hitam (dilumur dengan garam dan kunyit)
5 biji bawang merah – dimayang
3 biji bawang putih – dimayang
½ inci halia – dimayang
3 sudu besar sos cili
½ cawan sos tomato
2 biji Zespri® SunGold Kiwifruits – dibelah mengikut kesukaan
½ cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Directions: 
1. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sedikit, tumis bawang-bawang dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan Zespri® SunGold Kiwifruits. Masukkan ikan dan kacau rata.
5. Tutup api dan angkat. Siap untuk dihidang.



After-thought: Seeloknya jangan gunakan Zespri® SunGold Kiwifruits yang telah ranum kerana buah yang ranum akan terasa manis. Untuk resipi ni, I tambah cili api sebab nak bagi pedas sikit.

Layari www.zespri.com.my untuk resipi yang menarik.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask

2 scribble(s):

Ainul Mustafa said...

sedapnyer... kena cuba ni :)

Liz said...

Ainul> Silalah cuba!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.