Monday, September 09, 2013

Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding

Kalau sebut Vitamin C, ramai yang akan mengaitkannya dengan buah oren. Sebenarnya, banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan. Badan tidak boleh menghasilkan Vitamin C jadi kita perlu mendapatkan Vitamin C setiap hari melalui pemakanan.

Eventhough buah oren selalu dikaitkan dengan Vitamin C,  Zespri® Kiwifruit mengandungi lebih vitamin C berbanding betik dan oren.

Source from here

Ada yang kata, susah nak kupas buah kiwi. Kulitnya nipis. Jika salah kupas, banyak isi kiwi yang terbuang, sayang rasanya. Sebenarnya tak susah pun jika kita tahu caranya. Kalau rasa susah sangat, ada cara paling mudah untuk menikmati buah ini.

Mula-mula, basuh buah kiwi. Kemudian belah dua. Using a spoon, scoop out the flesh.





Memang senang sangat lebih-lebih lagi kalau kita nak cepat. Contohnya bila I nak buat Zespri Kiwifruit Pudding ni. Tak perlu susah-susah nak buang kulit. Keluarkan je isi buah tu dan terus masukkan ke dalam blender.


ZESPRI® KIWIFRUIT PUDDING 


Ingredients: 

5g agar-agar serbuk
2 ½ cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika nak manis)
½ tin susu cair
2 biji Zespri® Green Kiwifruit (blend dengan setengah cawan air)
Sedikit pewarna hijau

Directions: 
1. Masukkan air, gula dan agar-agar serbuk ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan kiwi yang telah di blend tadi. Masukkan pewarna hijau. Padam api.
3. Kacau sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
5. Apabila pudding telah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
6. Biarkan sejuk. Sedia untuk dipotong dan dinikmati.

After-thought : Pudding yang terhasil dari resipi ni manis-manis buah saja. Kalau nak lebih manis, tambahkan susu cair dan gula secukupnya.

My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.