Wednesday, September 18, 2013

Day 14 : Sweet Pavlova

Hari ni merupakan hari ke 14 dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. Sejak 2 minggu yang lalu, pelbagai informasi dan resipi berkaitan buah kiwi yang I telah kongsikan. Tiap-tiap hari I makan kiwifruit.. without fail! Di kala hubby dan anak terkena selesema dan batuk, I masih sihat-sihat saja (jangan kira I kena food poisoning baru-baru ni, tu kes lain... hehehe).  Mungkin sebab I terlebih rajin makan kiwifruit. Kiwifruit kan mengandungi kadar vitamin C yang tinggi. Insya Allah jika korang amalkan pengambilan kiwifruit setiap hari, kesihatan akan berada di tahap optimum.

Jangan lupa layari www.zespri.com.my untuk mendapatkan pelbagai informasi tentang Zespri® Kiwifruit. Ketahui teknologi yang digunakan dalam menghasilkan kiwifruit bermutu tinggi dan apa yang terkandung dalam Zespri® kiwifruit. Sebenarnya kita hanya tahu makan tapi tak tau apa yang terkandung di dalamnya. Bila I terima challenge ni, barulah I tahu kiwi mengandungi actinidin yang boleh mengurai protein dengan baik. Kerana tu buah kiwi tidak sesuai digunakan dalam resipi cheesecake. Oh, I tak cuba pun tapi I fikir logik saja :)

Di kesempatan ini, I ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Zespri® Malaysia dan team di Edelman Malaysia kerana sudi menjemput I untuk participate dalam cabaran ini. Pada mulanya I ingat I hanya perlu makan kiwifruit selama 2 minggu. Tapi apabila dicabar untuk mencuba dan menghasilkan resipi berkaitan kiwifruit, I benar-benar rasa teruja dan seronok. Bukan senang! Ia sememangnya pengalaman berharga buat kami sekeluarga.

Week 1

Week 2



Sebagai penutup challenge, I nak berkongsi satu resipi pencuci mulut yang I selalu buat. Bila buat, wajib guna Zespri® kiwifruit. Rasanya yang masam-masam manis tu sangat sesuai digandingkan dengan pencuci mulut yang terkenal dengan kemanisannya ini.

SWEET PAVLOVA


Ingredients:

4 biji putih telur
Satu cawan gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu besar tepung jagung
Non dairy whipping cream
Zespri® Green kiwifruit
Strawberries

Direction:
1. Panaskan oven dengan suhu 140 darjah.
2. Pukul putih telur dengan menggunakan low speed sehingga menjadi soft peak.
3. Masukkan gula sesudu demi sesudu dan pukul dengan high speed hingga menjadi thick and glossy.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
5. Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
6. Tuangkan ke atas parchment paper dan bentukkan pavlova.
7. Turunkan suhu ke 130 darjah dan bakar pavlova selama sejam (bergantung kepada oven masing-masing)

Apabila siap, bahagian luar pavlova akan sedikit gelap dan rapuh apabila disentuh. Hiaskan bahagian atas dengan non dairy whipping cream yang telah diputar kaku bersama buah-buahan.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer
Day 10 : Superb  Zespri® Kiwifruit Cake
Day 11 :  Fizzy Zespri® Lemonade
Day 12 : Yoghurt Muffin with Zespri® SunGold
Day 13 :  Zespri® Kiwifruit Sauce

4 scribble(s):

Maria Menado~ said...

Wah. Kiwi. Sedap! Hehehe... Kiwi mahal sikitla nk beli mkn hari2, tapi memang berkhasiat.. Hehe. =)

Liz said...

Maria Menado > Aah, mahal sikit la. Saya beli bila ada offer. Hehe

cik laili said...

tahniah sebab berjaya dalam cabaran ni.

salam perkenalan dari ciklaili.com

Liz said...

Cik Laili> Thanks cik laili.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.