Saturday, September 14, 2013

Day 10 : Superb Zespri® Kiwifruit Cake

Wow, dah hari ke-10. I dan buah kiwi telah menjadi rakan karib. Setiap hari mesti nak kena “jumpa”. Dari hari pertama, pelbagai informasi dan ilmu yang I dah dapat dari buah kiwi.

Korang tau tak apa beza Zespri® Green dan SunGold Kiwifruit? Selama ni I tak sedar pun. Ye la, dulu makan sekali sekala. Bila dah “jumpa” tiap-tiap hari, baru la dapat kenal sikit. Selain daripada warna isinya, kita boleh mengecam jenis buah kiwi hanya dari luaran.

Untuk Zespri® Green Kiwifruit, kulit luarnya berwarna gelap dan berbulu halus. Batrisyia memang tak pegang buah ni sebab dia kata geli. Kulit Zespri® SunGold Kiwifruit pula berwarna kuning kecoklatan dan licin tanpa bulu.

Berbulu...

dan tidak berbulu... hahaha


Macam mana pula kita nak tau samada buah kiwi tu dah masak atau tidak? Kalau kita pergi kat pasaraya, kita selalu nampak orang picit-picit buah tu. Sudahnya buah tu pun jadi “lebam”. Sebenarnya untuk mengetahui samada buah tu dah masak atau tidak, kita hanya perlu memicit buah kiwi seperti dalam gambar di bawah.



Picit pun bukan kuat-kuat. Picit manja sahaja. Kalau keras, maknanya belum masak. Kalau belum masak, korang boleh peram buah tu. Caranya ialah simpan buah kiwi dan buah apple/pisang dalam plastic bag. Kemudian biarkan dalam suhu bilik selama beberapa hari. Asid yang dikeluarkan oleh buah apple/pisang akan meranumkan buah kiwi tu. Mudah kan?



Setelah mengamalkan memakan buah kiwi selama 10 hari berturut-turut, memang terasa perbezaannya. Paling mudah dilihat ialah kesan yang diberi kepada sistem pencernaan. Lagi satu, boleh nampak kulit muka menjadi lebih cantik... ewahhh!

Hari ni I nak cuba resipi yang diberikan oleh Zespri®

SUPERB ZESPRI® KIWIFRUIT CAKE



Ingredients:
4 Zespri® Green Kiwifruit
125g butter, softened
1 cup sugar
2 large eggs
1 cup flour
1 teaspoon baking powder
1 tablespoon sugar, extra 1 tablespoon icing sugar

Directions:
1. Grease a 8 inch baking pan and lightly dust with flour. Preheat the oven to 180 degrees.
2. Cream the butter and sugar with electric beater for 3 minutes. Add the eggs and beat well. Sift in the flour and baking powder, stir to combine them. Beat on high speed for 2 minutes or until well combined.
3. Spread the butter into the prepared baking pan. Peel and quarter the Zespri Green Kiwifruit. Cut each quarter in half and dot evenly over the batter. Sprinkle the fruit with extra tablespoon of sugar.
4. Bake for about 50 minutes, untik skewer inserted in the centre comes out clean. Cool for 10 minutes before removing from the pan.
5. Serve dusted with icing sugar and cut in wedges.

After-thought : Kek ni agak manis untuk I. Next time kena kurangkan gula.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.