Thursday, September 05, 2013

Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge

Beberapa tahun lepas, I menonton tentang Zespri® Kiwifruit di Majalah 3. Apa yang dipertontonkan itu berjaya membuka mata I. Sejak dari itu jika I ingin makan kiwi, I hanya membeli Zespri® Kiwifruit. Walaupun ia sedikit mahal tapi sangat berbaloi.

Mungkin ada yang rasa pelik, apa bezanya antara kiwi di luar sana dan Zespri® Kiwifruit? Kalau nak tau, Zespri® merupakan pengeluar utama buah kiwi di dunia dan mereka mempunyai pengalaman selama 100 tahun dalam menghasilkan kiwi yang bermutu tinggi! Kajian yang berterusan membuatkan kiwi yang dihasilkan dari ladang mereka lebih berkualiti dan lebih bagus berbanding kiwi yang lain kerana ia ditanam dalam persekitaran yang mesra alam.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, I diberi peluang untuk sama-sama menyahut cabaran dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. Kalau dah peminat setia Zespri® Kiwifruit, peluang macam ni memang perlu diambil. Betul tak?


Mulai hari ini, I akan berkongsi pengalaman, resipi, fakta dan kesan pengambilan buah kiwi dalam masa 14 hari. Teruja? Sangat teruja!

Ada 30 biji buah kiwi untuk dihabiskan dalam masa seminggu. Wow, that's a lot! Tak sabar nak cuba perkenalkan resipi yang menggunakan kiwi.

Zespri® Green Kiwifruit tidak asing lagi bagi penggemar buah kiwi. Kulitnya mempunyai bulu halus dan rasanya sedikit masam dan buahnya sedikit keras berbanding Zespri® SunGold Kiwifruit. For me, ia sangat sesuai digunakan dalam resipi kek dan muffin. I pula suka gunakan ia sebagai topping dalam menghasilkan pavlova. Kiwi yang sedikit masam sangat sesuai digandingkan dengan pavlova yang manis. Yummy!


Zespri® SunGold Kiwifruit pula merupakan produk yang mula diperkenalkan oleh Zespri®. Seperti namanya, Zespri® SunGold Kiwifruit mempunyai isi berwarna kuning keemasan dan rasanya manis. Sangat sesuai jika ingin dijadikan smoothies atau dimasukkan ke dalam pencuci mulut.

Hari ni merupakan hari pertama cabaran Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. So wish me luck. Jangan lupa ikuti pengalaman I melalui cabaran ini di :

Facebook (https://www.facebook.com/estli82)
Twitter (https://twitter.com/lizrohaizat)
Instagram ( instagram.com/lizrohaizat)

Untuk maklumat lanjut mengenai , layari www.zespri.com.my

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.