Monday, September 09, 2013

Belajar memandu kereta manual

Hell yeah!

Sungguh I tak pernah panik macam nie. The thing is I mula belajar memandu kereta sejak umur 15 tahun. Belajar dengan papa. By the time umur I 17 tahun dan disuruh masuk kelas memandu selama 10 jam (kalau tak silap), I boleh dikatakan telah pro. Kelas on road hanya belajar selama 4 jam sebab instructor kata I dah pandai. Exam on paper, I hanya salah satu soalan daripada 40 soalan (kot). Exam on road, patutnya boleh dapat full mark tapi pegawai kata dia terpaksa kurangkan 2 markah kerana taknak nampak I terlalu perfect.

It was so easy for me.

4 years ago, hubby decided to vote for auto. Hahaha. Katanya, kat KL ni wajib pakai kereta auto agar kaki tak penat. Now, I regret his decision and my decision to follow his decision. Skill bawa kereta manual telah hilang selama 4 tahun ni. Bila tiba-tiba kereta masuk workshop dan pinjam kereta papa, I panik!

It's a manual car. I hanya ada 2 hari untuk ingat balik macam mana nak bawa kereta manual. Hubby kata I gelabah tak bertempat. Mesti la gelabah kot. Dah lama giler tak bawa kereta manual. Lebih-lebih lagi bila tak pernah sentuh Satria tu.

Sunday morning, I bergenang air mata sebab kereta taknak jalan. Dengan ada 2 biji kereta kat belakang kereta kami. Dengan hubby kat sebelah perasan jadi instructor tak bertauliah.

"Cuba ingat balik dulu macam mana belajar bawak kereta"
"Rileks la"
"Tarik handbrake tu"

"Eiiiiii, Liza dulu dah terus pandai la. Nak ingat apa. Memang dah pandai!!!"

I ended up terus pergi kat seat belakang. Suruh dia bawak kereta!

I was in misery! T_T

Sunday afternoon, I beranikan diri bawa lagi. Terfikir juga. Apa la nak gelabah sangat. Papa pun boleh bawak kereta tu. Takkan aku tak boleh? Sila ingat balik saat-saat kegemilangan memandu kereta manual dulu. Ingat balik perasaan main tukar-tukar gear kat highway. Macam mana adik ko kagum tengok ko bawak kereta.

Bluekkk... nak muntah! Tu zaman kegemilangan dahulu kala. Siapa la yang cipta kereta auto ni? Menyusahkan orang je. Uhukkks... Sebenarnya, I ok je bawak kereta manual tu. Tapi klac kereta tu macam "panjang" sikit. So I masih cuba dapatkan feel dia agar kereta tak mati bila masuk gear satu. Korang faham tak apa yang I cuba sampaikan nie? I hanya ada masalah kat klac dan gear 1.

So I bawak 2-3 rounds pusing-pusing kat kawasan perumahan. Kemudian, ke jalan utama. Menyusuri Jalan Cheras sampai ke Bandar Tun Razak dan patah balik. Alhamdulillah....

Cuma enjin mati masa kat guard house depan rumah.

"Panik sangat! Bila enjin mati, jangan la panik" sambil buat adegan tangan I kelam kabut sentuh semua benda.

Oh, pandai buat lawak! Nasib baik dia instructor tak berbayar!

Pukul 1 nanti I kena bawa kereta sorang-sorang. Nak hantar Tisya ke tadika. Wish me luck :)

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.