Wednesday, September 11, 2013

Anak mak vs anak bapak

Dalam program Safiyya minggu lepas, mereka ada membicakan soal "Anak mak dan anak bapak". Seronok dengar cerita mereka. Anak mak tu camni camni camni. Anak bapak tu camtu camtu camtu.

Kalau Tisya pulak, I terus labelkan dia as "anak bapak". Nak kata manja kat abi dia sorang, tak juga. Tapi I labelkan dia anak bapak sebab dia akan tercari-cari abi dia bila abi tak balik rumah beberapa hari. Korang pun tau apa jadi bila abi dia outstation kan?

Cuma I tak pandang Tisya sebagai "anak mak" kerana I pun tak tau apa effect ke atas dia bila I takde. I tak pernah tinggalkan dia sampai tak tidur sama satu malam. Kalau setakat tinggal 3-4 jam tu, ada la. Tapi tiap-tiap hari dia akan tetap nampak muka I.

Hubby tak pernah rasa macam mana pujuk anak pukul 3 pagi sebab umi dia takde.
Hubby tak pernah rasa ditanya bertubi-tubi oleh Tisya tentang ke mana umi dia pergi.
Hubby tak pernah rasa macam mana anak merajuk taknak makan sebab tak jumpa umi dia.

I cakap dengan hubby, bagi la I pergi bercuti sorang-sorang 3D2N kat mana-mana. Kita tengok apa jadi.

Dia cakap, "Tak payah la". Cis!

Jangan gaduh-gaduh. Tisya anak umi dan abi.

Anak pun seorang je. Kalaulah ditakdirkan dia masuk ke sekolah berasrama di usia 13 tahun, maknanya masa hanya berbaki 8 tahun sebelum dia meninggalkan rumah. Sedih la pulak :(

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.