Friday, September 06, 2013

Akhirnya, masuk workshop esok

Hahaha, sampai ke hari ni kereta belum masuk workshop! Syabasssss!!!

Bukan taknak hantar tapi workshop tu penuh. Wah, banyak sangat ke kereta yang accident di bulan Syawal? Isk, nak repair kereta pun kena ada appointment eh? Jadi, kereta kami hanya boleh masuk workshop hari esok. Siapnya mungkin dalam 7-10 hari.

So nak pakai kereta apa?

Apa lagi, calling-calling parents kat kampung. Kampung sangat lah kan padahal kat Seremban je. Tak perlu sesi ayat-mengayat dan berbalas pantun, papa bagi pinjam Satria kuning ituuu. Terima kasih bagi pinjam secara percuma. PERCUMA tu yang penting.

Jadinya..... petang-petang nanti kami tiga beranak nak naik komuter sampai ke Sg. Gadut. Isk, punya tak sedap nama stesen tu. Wah, macam mencabar je naik komuter hari nie. Dah la hari Jumaat. Orang mesti berpusu-pusu nak balik cepat.

Maka hari ni I tidak memakai baju kurung agar senang nak melangkah! Yeah, I memang suka berfikir ke hadapan. Sebab tu bila malam tadi I dok terfikir-fikir nak pakai baju apa, hubby buat muka pelik dan menyampah. Dia macam hairan sangat kenapa la I susah sangat nak pilih baju. Bila I cakap yang I nak pakai seluar agar senang naik komuter, lagi la dia buat muka pelik.

Arghhh, orang lelaki memang tak faham :p

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.