Tuesday, August 27, 2013

Kejadian 16 August - Kereta dilanggar dua kali

Some of you dah tau kot yang I terlibat dalam kemalangan kecil pada 16 August yang lalu. In my neighbourhood, this story had traveled from mouth to mouth. Tau-tau je ada je orang tegur I dan nyatakan betapa berani nya I mengejar orang yang melanggar kereta I tu.

Berani? Hmm... kalaulah korang tau perasaan I time tu. I wasn't so brave. This is my story.

Hari Jumaat.. cuti sekolah pula tu. During lunch hour, I tergerak hati nak ke Jusco Maluri semata-mata nak beli conditioner. Hahaha, dah kat situ je kedai Himalaya yang paling dekat. So ke sana lah! Sempat window shopping. Orang masih bercuti so jalan tak sesak. Bajet keluar dari Jusco lambat-lambat pun takpe. Mesti sempat masuk office punyalah!

Keluar dari Jusco Maluri, I berhenti di satu traffic light (kat simpang 4 yang baru tu). Tiba-tiba terasa kereta beranjak. Eh, ada orang langgar aku ke. Tengok dari cermin, mmg ada satu kereta kat belakang. Agak dekat la juga. Nak turun untuk tengok keadaan kereta, memang tak boleh la. Tu jalan utama dan banyak kenderaan. So ingat nak berhenti kat depan sikit. I tengok driver tu macam buat tak tau je.

So bila lampu isyarat bertukar hijau, I bawa kereta perlahan-lahan as a signal minta driver tu berhenti. Siapa yang biasa lalu jalan tu mesti tau.. mmg susah nak berhenti kat situ. So jalan dan jalan sampai la kat depan kolej. Kat situ ada simpang kat belah kiri. Ada seorang lady driver nak "menjulurkan" kereta dia, minta simpati untuk bagi dia chance keluar simpang. I berhentikan kereta dan bagi isyarat untuk dia keluar. Sejurus lady driver tu keluar, kereta I dihentam dengan kuat dari arah belakang.

It was the same driver yang langgar I tadi. Impak tu sangat kuat sampai badan I tersentak ke hadapan. Budak-budak kolej yang ada di tepi jalan pun berkerumun. Ada yang nak ke arah I. I tak tau berapa teruk hentaman tu. I tengok driver kat belakang. Dia mengerling kat I sambil marah-marah, like it was my mistake! Lepas tu dia cabut.

Sh*t! Cuba nak lari ke? I tak panik sebaliknya terus kejar kereta tu. I tekad nak kejar sebab I yakin kereta I teruk dilanggarnya. Silaplah sebab jumpa driver macam I. I memang pantang kalau sesiapa memperlekehkan lady driver.

Kat depan tu ada lagi satu traffic light. Dia cuba nak menyelit, nak melarikan diri.. tapi tak dapat. I memang tak keluar dari kereta sebab takut tiba-tiba lampu bertukar hijau. Tak pasal-pasal tak sempat kejar dia. Masa berhenti tu, I cuba call hubby. Dah la handphone ada password. My hands were so shaky.. rasanya mau 10 kali masukkan password. Semuanya jadi "wrong password". Kelam kabut rasanya time tu.

Lepas tu lampu bertukar ke hijau. I ikut belakang kereta tu. Tiba-tiba dia speed up. I pun terus kejar. Tanpa I sedar, rupanya driver tu masuk ke jalan sehala. I kena hon dengan kereta dari arah bertentangan. Ada aku kisah? Kejar juga. Dia masuk ke taman perumahan. Bersimpang siur dia bawak. Entah jalan-jalan mana dia lalu. Mungkin dia ingat I akan berhenti mengejar dia. Nope, I kejar juga. Sambil tu I bunyikan hon berulang kali. Tujuan utama agar dia takut dan agar orang sekeliling notice apa yang berlaku.

Akhirnya dia masuk ke jalan utama berhadapan Sri Garden School. Masa ni I hon lagi tapi I biarkan bunyi tu panjang. Mungkin dia takut orang sekeliling perasan. Akhirnya dia berhenti.

Dia keluar dari kereta. The first thing yang I buat ialah cuba call hubby. Wrong password again. Hahahaha, tu la. Sape suruh create password panjang sangat. I takut nak keluar sebab takut driver tu samseng. Dia gemuk dan berperut buncit T_T.

Lama-lama dia cuba nak masuk balik ke kereta dia. Masa tu I beranikan diri keluar dari kereta setelah I perhatikan dan agak-agak dia tak bawa pistol. Huhuhu.

Dia cuba negotiate dengan I. Dia nak bagi RM500. What the heck. I buat tak tau je. I tengok kereta I, boleh tahan kemek juga la. I masih ingat kata-kata hubby. Lady driver takkan mampu mengagak jumlah kerosakan kereta. So jangan pandai-pandai terima duit orang yang langgar kita. Hahaha..

Dia cakap cincai-cincai dengan I. Sampai satu masa, I felt like he was looking down at me. Ye la, pakai baju kurung, macam perempuan lembut saja kan? Masa tu I teringat taktik yang I selalu guna pakai untuk lawan orang macam nie.

Terpaksa la speaking London. Hahaha...I membebel kat dia,  terus dia tu senyap. Dan-dan tu speaking London dengan aku juga! Terus up from RM500 to RM1,000. Adoi! Kebetulan ada budak tow truck yang ikut kami. Dia kata kat I, jangan ambil duit tu kurang dari RM1,000.

Ko bagi aku 1k pun aku taknak. Talk to my husband, kataku. Dengar cakap camtu, terus up lagi ke RM1,500. Huhuhu...Sorry la. I rasa dia mabuk. Jalan tu punya lengang, ko boleh langgar aku sampai macam tu. Pemandu mabuk kita tak boleh lepaskan. So I buat tak tau je. Bertikam lidahlah kami di tepi jalan tu.

Ada la dalam 15 minit kot, hubby sampai. Hubby terus tanya, "You mabuk ke?". Terus driver tu minta maaf. Kitorang buat tak reti je. Nak bawak dia pergi balai. Dia taknak. Masa tu kami memang dah ada plat no kereta tu. Masa tengah berbincang tu, ada seorang perempuan Cina keluar dari kereta dia. Memang asal dari China. Tapi nasib tau cakap bahasa Inggeris. Sementara hubby deal dengan driver tu, I saja tanya kat perempuan tu beberapa soalan. Dari situ mmg sah driver tu mabuk. Perempuan tu berkali-kali minta maaf kat I. Dia kata dia student kat satu kolej di Shamelin Perkasa. Biar betul. Pakaian seksi, make up tebal. I don't think so.

Wah, penat menaip. Dipendekkan cerita, akhirnya dari RM1,500.. driver tu beri RM2,200. Tu pun dia terus masuk dalam kereta dan cabut. Kitorang malas dah nak cakap banyak. Terus buat report. Polis checked plat no tu. Ternyata itu plat no palsu. Kereta yang langgar I tu jenis Sentra tapi plat no kepunyaan BMW. Patutlah dia takut nak pergi balai.Kalau korang nak tau, driver tu ada cash money yang sangat banyak kat dalam poket dia. Semuanya dalam note RM50.

Nak kata I seorang yang berani, tidak la juga. I tak kesah nak kejar tapi apa yang jadi lepas tu, memang agak tak berani la juga. I takut dia bawa pistol ke hape. Tak pasal-pasal mati akibat kejar dia.

Inilah rupa kereta yang dah kemek.




Nasib baik dia langgar Saga. Kalau dia langgar Honda? Menangis je la :p

5 scribble(s):

FiraHamzah said...

Hi babe!
pergghhhh..teruk gak keta ko kena hentam..memang wajar la ko dapat kejar dia & minta ganti rugi..if tak pakai insurance memang nangis oooo..hampeh punyer pelanggar! nak bagi Rm500 jek awal2..mmg dia cari pasal betul!
Anyway, u take care..nasib baik u takder pape..huhu

-makcik anon..keh..keh...- said...

Cukup ke RM2200 tu? nampak teruk sangat tue......
Bravo [Clap] [Clap] ... :)

Liz said...

FIra> Hi! Nasib baik dia ada bawa cash yang byk kan? Kalau tak, terpaksa pakai insurance sendiri. Nanges!

makcik anon> tak tau la sbb aku belum anta gi workshop. hubby ku outstation. hari ni baru balik. maybe masuk workshop hujung minggu ni kot. tapi dah tanya dah. anggaran dalam 1.8k to 2k tak lari la.

semut-terbersin said...

mak oiii teruknye dia langgar sampai kemek gitu..ishh
tp salute lah liz berani kejar dia and lawan dia bertekak! kalu saya, dah laa tgh cuak kene langgar, pastuh nak kene bertekak plak ngan org mabuk tu, mmg nangis laa kat situ! uhuhu

Liz said...

Ila> Sekali pandang, macam tak teruk. Tapi masa kat balai polis tu, dua kali pandang mmg nampak teruk jugalah.

Perempuan kalau tengah marah, memang sanggup buat apa saja. Hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.