Friday, August 23, 2013

Jom DIY your feature wall

Dah hampir dua tahun duduk kat rumah ni. Tak banyak perubahan pun. Setakat nak kena repair sikit-sikit tu ok lagi sebab masih di bawah developer. Dah nak tamat tempoh pun hujung bulan nie. Cat pun masih cantik tapi mata I dah mula bosan dengan dinding rumah. Terasa nak mula projek mengecat.

I suka mengecat sendiri. Masa duduk kat Seremban pun, kami cat rumah tu sendiri. Setakat turun naik tangga tinggi tu, boleh lagi la. Takde hal. Rumah sewa kat Hulu Langat dulu pun kami cat sendiri. Kepuasan tu lebih terasa.

Bulan Ramadhan baru-baru ni, I rasa nak buat feature wall. I tak cakap dengan hubby. Perancangan sendiri je ni. Mula-mula sibuk fikirkan nak warna apa. Puas belek majalah, katalog, website. Masa tengah layan Internet tu, ternampak design yang tengah hot.

STRIPED WALL.

Photo source from here

Menarik kan? Ala-ala wallpaper pun ada.

Lepas tu I googled tips untuk buat striped wall. Berlambak tips yang bloggers lain share di blog masing-masing. Korang pilih je nak ikut yang mana. Sebenarnya tips tu lebih kurang je. I suka baca tips dari Unskinny Boppy : The Lazy Girl's Timesaving Tips for Painting Wall Stripes.

Lazy sangat la kan? Hahaha... Believe me, these tips are not for a lazy girl. Nak buatnya tak susah tapi tak la senang juga. Yang penting, sabar. Kebetulan I nakkan warna stripes macam dia. Tu yang suka tengok gambar dia. Ala-ala boleh dapat gambaran macam mana hasilnya nanti.

Jadi pada satu hari, I tag beberapa gambar striped walls kepada hubby. Lepas tu paksa dia tengok. Hahaha... Paksa dia baca tips tu. Tau-tau je dia setuju. Yeay! Petang tu juga terus pergi beli cat. Semangat giler. Esoknya tu hari Sabtu. Pagi-pagi dah kejutkan semua orang bangun sebab agak makan masa juga nak cat dinding tu.

Jom tengok proses mengecat striped wall.

1. SEDIAKAN PERALATAN UNTUK MENGECAT DAN BELI CAT

Memandangkan dah biasa mengecat sendiri, kami hanya perlu beli new roller sleeves, masking tape (painting tape is better) dan cat. We decided to buy a new paints. Taknak guna existing paint color as a base color.

Majestic Pearl Silk : Savannah dan Seashell

Kenapa I cakap painting tape is better? Nanti I beritahu kenapa ye. Cuma kalau korang nak beli, sila berkeras nak guna painting tape. Masa kat hardware shop, I argued dengan penjual cat dan hubby. Mereka kata selama ni orang guna masking tape, ok je. I pulak cakap I nak juga painting tape. 2 lawan 1, yang satu (perempuan pulak tu) kalah! Takpe, kita bagi dia chance.


2. PASTIKAN DINDING YANG NAK DICAT TU BERSIH

Bersih dari segala habuk, kotoran dan paku. Of course semua benda yang digantung di dinding tu juga perlu diturunkan sementara.

Dinding yang membosankan. Langsir yang membosankan juga.
Hehehe... kita bagi tukar!

3. TAPE THE OUTSIDE BORDER. MULA MENGECAT

Untuk kami yang taknak guna warna dinding yang sedia ada, kena la cat dulu dinding tu. Kami tape outside border dulu agar nampak lebih kemas. Tak la cat tu terkeluar dari kawasan yang sepatutnya. Lepas tu mula cat keseluruhan dinding yang terlibat. Perlu diingatkan agar tidak mencampurkan air ke dalam cat lebih dari yang diarahkan. Kalau ikut betul-betul, campuran air hanyalah 5% dari cat. Lagi elok kalau tak campur langsung. Kalau tak, warna akan jadi berbelak-belak di kemudian hari. Nanti jangan disalahkan cat tu tak elok pulak (tapi kes berbelak-belak tu boleh jadi sebab dinding tak elok juga).



Kalau dinding yang sedia ada tu warna gelap dan korang dan guna cat baru yang berwarna tak berapa nak gelap, kena la cat dulu dinding tu dengan warna putih.

Have some fun. Suruh anak tolong sekali. Kalau tak suruh pun, dia akan sibuk nak tolong. Daripada pening kepala nak menjaga dia agar tak usik cat, bagi je la dia tolong. Kami pilih cat yang mudah dicuci dan tiada bau. Jadi tak risau sangat bila Batrisyia tolong sama.

Siap tulis nama dia tu! She was in happy mood until....

Abi mula mengecat di bahagian dia. Mengamuk minah tu.
"Kan abi dah cat sana. Abi cat sana la. Ni tempat Tisya!"

Lepas tu, tunggu la cat tu kering. Dalam 2 jam tu, boleh la pergi memasak ke, tengok TV ke, buat je apa-apa.

4. UKUR DINDING DAN BAHAGI KEPADA 7 BAHAGIAN

Tips ni memang I tiru bulat-bulat dari Unskinny Boppy. Memang jimat masa mengecat. Apa yang kami buat ialah mula-mula ambil ukuran dinding. Lepas tu bahagikan kepada 7 bahagian (round off all the excess to the bottom stripe). Bila dah dapat ukuran untuk setiap stripe, mulakan proses mengukur, menanda dan men 'tape' setiap bahagian.

Kami gunakan apa yang ada : pencil, masking tape, measurement tape and level. Kami buat segment by segment. Buat dari kanan dulu. Tanda sikit-sikit dari bawah sampai ke atas. Lepas tu pergi 3-4 langkah ke kiri. Tanda semula dari bawah ke atas. (Atau apa-apa cara yang korang rasa lebih baik).  Bila dah siap, gunakan masking tape dan tape kat tanda yang dibuat tadi.



Part ni bunyi senang tapi kalau tak kena cara, senget benget la jawabnya. Hahaha.Tak perlu pening kepala. Kalau senget tu, buat balik. Takpe, nama pun amatur.

Part tape border tu, I nak kena explain sikit. Untuk memudahkan korang juga. Lepas bahagikan kepada 7 bahagian tu, korang tandakan bahagian mana yang tak perlu dicat dengan masking tape. Untuk menjimatkan masa, biarkan bahagian paling atas dan paling bawah tu. So maknanya kalau dari atas, korang perlu cat bahagian no 2, 4 dan 6. Macam I buat nie.



Kemudian, tape sempadan stripe yang tak perlu dicat tu. Make sure tape di bahagian dalam stripe. Tape elok-elok agar tidak berlaku color bleeding ketika proses mengecat. Sebab hal ni la I kata lagi elok guna painting tape kerana ia dibuat khas untuk mengecat. (Tapi orang lain taknak dengar pendapat dari seorang perempuan... hmmmmm).

Ok, dah puas hati? Line tak sengat? Dah betul-betul tanda? Jom pergi ke next step.

5. TERUSKAN MENGECAT DAN TERUS CABUT PAINTING TAPE

Cat stripe yang perlu sahaja. Hehe, jangan dicat semuanya melainkan korang nak design macam tu. Oh, base tadi kami buat double coats. Yang ni pun kami buat double coats sebab nak bagi warna tu betul-betul naik. Lepas 1st coat, buat 2nd coat dan lepas tu terus cabut painting tape. Jangan tunggu cat kering. Nanti susah pulak nak cabut tape tu. Jangan juga cabut terlalu awal. Lepas mengecat tu, check dulu kalau-kalau ada tempat yang tak kena nak perlu touch up.



6. DON'T FREAK OUT

Amat perlu untuk bersabar dan have fun dalam proses mengecat ni. Kalau semuanya korang buat sorang-sorang, mungkin kurang 'pertengkaran manja' antara pasangan. Muahahaha. Sebab kami sama-sama pandai mengecat, maka memang ada je yang nak argue :p

Wife : Tak boleh guna masking tape. Kena cari panting tape (sambil belek susunan tape kat hardware shop)
Hubby : Boleh la. Selama abang mengecat, abang guna masking tape nie la.
Bangla kat kedai : Betul la kak. Saya pun guna ini masking tape juga. Saya pun cat belang juga. Ok saja! (Eh, sibuk je tawwwwwww)
Wife : Masking tape ni nipis la. Nanti bleed. Haa, suka hati la. Kalau color tu serap, jangan salahkan Liza.


Hubby : Tambah sikit air kat cat tu.
Wife : Eh, jangan. Biar je la. Cukup je cat ni. Biar color tu cantik sikit.
Hubby : Ala, tambah sikit je.
Wife : Setakat tambah 5% air tu, tak payah la susah-susah nak tambah. Kang terlebih tambah, color jadi berbelak-belak, lagi tak cantik. Pot pet pot pet, bla bla bla
Hubby : Yer la.. yer laaa....


Alhamdulillah, hasil tidak mengecewakan. Berlaku sedikit color bleeding tapi bila dah letak perabot, dah tak nampak pun.


Ada 7 stripes kesemuanya

Lepas letak perabot

Nampak serba tak kena kan? Hihihi. Perabot lama la katakan. Kalau dengan wall kat rumah lama, memang masuk sangat lah. Bila match dengan wall kat rumah baru, dah "lari" sikit. Sebenarnya, I mempunyai perancangan kecil untuk ruang tamu kecil ni. Nak ganti sofa, TV console dan beli karpet kecil yang sesuai untuk ruangan tu. Selagi tak ganti sofa, selagi tu semuanya kita hold dulu. Nanti tak ngam pula dengan warna keseluruhan ruang tamu.

Leather sofa tu dah lama sangat. Bayangkan kami dah pakai sofa tu sebelum Batrisyia mula berjalan lagi! Tua dah kamu. Patutlah nampak kusam saja. Ada sesapa nak sofa nie? Elok lagi nie. Paling best, senang dijaga. Tumpah la kuah spaghetti sekalipun, tinggal lap saja! Sesekali, polish la sikit.

Rak buku tu memang kesayanganku. Nak letak kat dalam bilik, tak sampai hati rasanya. I suka kalau dibiarkan di situ. Bila boring, boleh ambil buku dan duduk kat one seater sofa tu. Sebelah tingkap, boleh dapat cahaya semulajadi di siang hari.

TV console tu pun sayang sebab memang kayu mahal. Senang dijaga. Ruangan hadapan boleh dibuka dan ditutup. So bila ada kanak-kanak kecil datang, kami tutup bahagian hadapan. Jadi mereka tak dapat usik wayar yang berselirat tu. Sayang nak let go tapi I rasa meja tu besar. Tak sesuai untuk ruang kecil tu.

Kena start survey dan menabung :)

7 scribble(s):

CIK NANA said...

Cantiknya Liz. Anda rajinnya u. Nana memang takde bakat tambah malas. So memang takde ubat. :)

ICAZIESYIRA said...

thank you for the idea! i love it so much. will do this for our new house :)

Liz said...

nana> hehe, tak rajin la nana. tapi gigihkan diri juga. alang2 takde keje tu kan.

Icaziesyira> you're welcome.nanti boleh share hasilnya

mazlen johar said...

kagum dgn kesabaran korang buat cat mcm tu... nice!!!

Liz said...

mazlen> hehe.. kena sabarrr....

Sheila Mutalib said...

Cantik.. sy tgh plan nak mengecat rumah sewa ni. Blh tiru? :)

alice_stefany said...

bestnya,tapi takde cat

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.