Friday, August 30, 2013

Hanya doa yang kami mampu panjatkan

Walaupun Mesir tu jauh dari Malaysia, kesedihan tu terasa hingga ke sini. Sesiapa yang Likes "Mesir Kini" di FB, pasti tau perkembangan di Mesir. Nyawa sudah tidak bernilai di sana. Kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan.

Mengucap panjang bila menonton video serangan bom kimia di sana. Sangat tidak berperikemanusiaan apabila bom kimia dijatuhkan di padang permainan kanak-kanak. Kanak-kanak terbabit akhirnya meninggal dunia. Apa dosa kanak-kanak terbabit kepada pemerintah Mesir yang kini? Yang pasti, I rasa mereka menyasarkan kanak-kanak agar ibu bapa kanak-kanak terbabit merasa lemah dan putus asa :(

Mengalir air mata setiap kali menonton video seorang bapa menangis apabila kehilangan dua anaknya dalam serangan bom kimia. Sesiapa yang menjadi kawan I di FB, boleh check video yang I share atau boleh saja ke FB Wardina Safiyyah. Beliau juga akan berkongsi video yang sama. I yakin setiap ibu bapa yang menonton video tu akan berasa sangat sedih. Mungkin kerana anak-anaknya kelihatan "sama besar" dengan Batrisyia, I jadi sedih. Sampai hati kau bunuh kanak-kanak tu tanpa belas kasihan! Kadang-kadang terfikir juga, bilalah bala dan azab dari Allah tu nak turun ke atas mereka yang jahat ni. 

Sama-samalah kita berdoa agar Mesir beroleh ketenangan kembali. Semoga kanak-kanak yang meninggal dunia itu ditempatkan di syurga. Amin.


1 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Tak sanggup nak tgk video tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.