Thursday, August 15, 2013

Blog dan tuan punya blog sama-sama mandom di Hari Raya

Kisahnya......

Tahun ni rasa macam tak beraya sangat pun. Mood beraya tiba di awal Syawal je. Makan dan makan dan makan. Sedap!!! Kali ni mama siap buat 2 jenis rendang. Rendang ayam dan daging. Memang jarang la nak buat sekali 2 rendang tapi tahun ni, puas makan rendang. Masak lodeh pun satu periuk besar licin dalam masa sehari. Perut siapa la yang makan banyak tu agaknya.

Balik KL hari Ahad walaupun I bercuti sampai hari Selasa. Kenapa? Sebab hubby dah mula kerja. I membebel kat rumah. Hahaha... geram tau. Annual leave dia ada banyak lagi. Keje dengan HC, annual leave mengalahkan jumlah annual leave orang Malaysia tapi punya la rajin nak kerja. Katanya, orang besar nak datang so semua orang sibuk bekerja.

I perli balik. "Orang sambut Deepavali pun cuti seminggu tau!". Hehehe.. opps, tiada unsur perkauman di sini ye. Jangan putar belit ayat I. Cuma ye la, orang tu cuti seminggu, boleh je dia tolong cover kan kerja. Apa bila dia cuti lama, HC tu tutup ke? T_T

Sebab orang besar nak datang, dia dah sibuk sekarang ni. Hujung minggu ni pun kena kerja. Nasib belum ada OT tiap-tiap hari. Tunggu la minggu depan. Mesti ada OT. Lepas tu boleh pulak officer kata diorang kena stay kat Putrajaya pada hujung minggu hadapan bagi memastikan kerja berjalan lancar. Raya kot nie... kami ditinggalkan sendirian. Huwaaa.... raya kan? Nampaknya Hari Raya kami telah berakhir pada hari Ahad yang lalu.

Kecewa punya pasal, paksa dia pergi Hulu Langat untuk cari lemang sebatang. Makan bercicahkan rendang daging. Sedap... rasaya 2/3 batang tu I makan sorang-sorang. Sudahnya malam tadi macam angin je, nak muntah rasanya. Suruh dia tepuk belakang (macam nak sendawakan baby). Sudahnya muntah.

Ingat nak balik Seremban minggu depan. Nak pergi beraya ke rumah sedara area Senawang tu.  Tak puas nak beraya tahun ni.

Oh ye, seperti Syawal-Syawal yang lepas, kami buat potong kek sempena hari jadi Batrisyia pada 2 Syawal. Dah jadi tradisi pulak sambut hari jadi dia masa bulan Syawal.


Kebetulan, adik buat barbeque kat rumah dia. First time ok I terjah ke rumah dia. Ye la, orang baru kahwin. Orang lain dah selamat sampai, I baru nak jenguk. Heheh.. alang-alang berasap, adik no. 4 belikan Black Forest Chocolate Cake untuk Batrisyia.  Plan last minute... nasib orang sponsor cake. I pesan, jangan beli yang mahal dan jangan besar sangat dan tak perlu yang penuh krim warna warni. Choc cake sudah. Alhamdulillah. Sedap kek nie.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.