Monday, August 05, 2013

Baru sibuk nak buat persiapan raya

Dengar lagu raya berkumandang pagi ni, baru terasa macam nak raya. Maybe sebab tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Jadi mood tu dah tiba. Bila dah dewasa, mood raya tu tak serupa macam masa kita kecil-kecil dulu kan?

Kalau dulu, malam sebelum raya tu dah sibuk susun kasut raya kat ruang tamu. Siap letak stokin baru kat dalam. Lepas mandi pagi je, cepat-cepat sarungkan baju raya dan pakai kasut. Kasut tu dibawa berjalan dari ruang tamu sampai la ke dapur. Kasut baru la katakan. Bukannya tapak kotor pun.

Cuba buat camtu bila dah besar panjang macam ni. Mau kena kutuk. Hehehe...

Cakap pasal kasut, I tak dapat carikan pumps untuk Batrisyia. Minah ni lasak la. Elok kasut yang terus sarung je. Dia pilih kasut sarung ala-ala wedges. Kahkahkah, takde rupa kasut raya langsung. Takpe la. Yang penting dia suka, selesa pakai.

Hujung minggu lepas dihabiskan dengan mengemas rumah. Maklumlah, rumah dah macam tongkang pecah sejak awal Ramadhan tu. Barulah terhegeh-hegeh pergi shopping apa yang patut. Untuk tahun ni, kami buat keputusan untuk mengecat feature wall.

Ok, bukan kami yang buat keputusan. I tag beberapa gambar kat hubby dan kata nak cat camtu. Nasib baik dia setuju. Dah lama teringin nak buat. Kita share gambar lepas raya la ye.


Seperti berjanji-janji pulak, hari Sabtu lepas merupakan hari mencuci tingkap di kawasan kejiranan rumah I. Mungkin sebab cuaca pun mendung. Bapak-bapak ambil kesempatan untuk cuci tingkap. Takde la berpeluh dek mentari.


Siang mengemas rumah. Malam je Jalan TAR pulak. Ramai giler orang, macam la tak biasa.. ye tak? Kalau ikutkan hati, taknak redah Jalan TAR tu. Tapi sebab nak cari kuih raya untuk 3 rumah, kita gagahkan diri juga la. Tak banyak choice pun tapi dapat la jumpa 2 jenis kuih. Alhamdulillah.

Semalam cuaca panas terik pula. Apa lagi, terus basuh semua baju raya. By 4pm, semua baju dan kering dan garing. Ahaks, bagus!

Bila korang start cuti raya? Apa.. dah mula cuti? Bestnya!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.