Thursday, August 15, 2013

Anugerah Syawal

Lagu raya lama tetap di hati. Lagu baru banyak yang tak best. Tahun ni lagi bersepah lagu raya baru. Apa kes lagu rap tukar lirik ke lagu raya? Tipah tertipu sudah! Eh, tu lagu raya tahun berapa?

Paling tak boleh terima lagu raya Yuna. Sorry la ye peminat Yuna. Tu lagu raya atau lagu cinta? Teruja tunggu pagi raya sebab nak jumpa lelaki yang diminati? Not loike! Sedap lagi kak Aisyah nyanyi Ku menungguuuu mu di pagi raya.... Ahaks.

Tapi ada satu lagu yang ok.. not bad untuk I eventhough ada yang mempersoalkan lirik, mempersoalkan genre rock nya... sekurang-kurangnya lirik tu menyentuh tentang Ramadhan dan Syawal.

Anugerah Syawal from Bunkface.

Versi rock comel-comel (ni untuk Media Prima)



Versi acoustic yang sedap (untuk background music rancangan kat TV).

Acoustic ni lagi sedap. Batrisyia suka menyanyi part chorus. Siap awal-awal dah kata, dia jadi lead singer, I nyanyi part back up singer saja. Sabar je la budak nie.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.