Thursday, July 04, 2013

Zikir pembuka rezeki

Petang ni I nak berkongsi satu zikir pembuka rezeki.. insya Allah.


I tak ingat blogger mana yang kongsikan ayat ni tapi sejak I baca tu, I selalu amalkan. Cuma belum sampai 100x setiap hari. I suka zikir ni kerana ia mudah diingat. Batrisyia pun boleh baca. Kita dah terbiasa dengar ayat ni tapi kita mungkin tak tau maksudnya. Betul?

Bila berzikir, hati kena ikhlas. Jangan paksa Allah bagi kita rezeki sebab kita dah baca ayat ni banyak kali. Tak boleh la macam tu kan? Allah je yang tau saat yang sesuai untuk turunkan rezeki kepada kita.

I nak berkongsi "kejutan" yang I dapat. Mungkin sebab baca ayat ni kot. Tak tahu la. I suka baca ayat ni semasa memandu.  Pernah sekali, selang sehari kot.. masuk order 12 biji kek karamel. Tu kejutan pertama yang I dapat. Pernah juga tiba-tiba menang contest. Ada beberapa siri kejutan luar dugaan yang berlaku. Yang paling terbaru, my aunty buat tempahan 20 hamper raya. Masa tu terkejut sangat sebab I tak pernah pun cakap nak buat hamper raya. Tiba-tiba aunty hantar sms, tanya samada I boleh buat hamper raya atau tak. Lepas tu I termenung sekejap. Teringat dalam 10 minit sebelum tu, I baca ayat ni berulang kali. Tak tau la korang macam mana tapi masa tu I rasa sangat terkejut/tergamam/happy/bersyukur dan paling terasa, rasa macam Ya Allah, betul ke nie? I bercerita ni bukan nak bangga ye. Jangan salah anggap pulak. I cuma nak berkongsi keajaiban tersebut.

Jadi korang boleh cuba amalkan. Dengan izin Allah, insya Allah rezeki akan hadir.

3 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

Thanks!

Selamat Berpuasa!

Fiza Rahman said...

Memang dah lama hafal liz. Tak tau plak ni antara doa pembuka rejeki. Zikir yg slalu aku nyanyikan masa nak tidokan anak2 ☺☺

Liz said...

makcik anon> selamat berpuasa!!

Fiza> Tu la. Kita dah biasa amalkan kan? Cuma x tau.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.