Tuesday, July 09, 2013

Total relaxation at Amante

Sebagai seorang wanita bekerjaya, kadang-kala kita tiada masa untuk diri sendiri. Penat bekerja di pejabat, kemudian teruskan siapkan kerja rumah tangga pula. Ia berterusan hingga saat kita melelapkan mata untuk tidur. No wonder sesetengah wanita berasa penat dan tertekan. Bila badan letih, mood pun lari.

Apa kata sesekali korang “melarikan diri” seketika ke Amante.


Last Saturday, I dijemput untuk menghadiri Massage Party yang dianjurkan oleh The Butterfly Project and Amante. Massage Party kali ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Memandangkan Tisya ada Sports Day waktu pagi, I pilih untuk ke sana di waktu petang. Alang-alang penat bersorak untuk anak, bagi chance kat Umi untuk rileks kat sana sebentar.


Kami disambut oleh Ms. Maggie; The Spa Manager dan terus dibawa berjumpa Butterflies yang lain. Berbual seketika dengan mereka. Ada yang I dah pernah jumpa sebelum ni (Anis, Farisha dan Sabby). Ada yang baru pertama kali jumpa (Mieza, Tracy, Lucinda, Ami). Seronok dapat tambah kawan baru.

With Lucinda and Ami

Ruangan rehat di bahagian hadapan sangat cozy. Dengan alunan muzik berentak perlahan dan bau wangi semerbak yang bertebaran, memang korang rasa taknak pergi mana-mana dah. Lebih-lebih lagi bila dijamu dengan English High Tea dari Teaffani High Tea. I love their sandwich. I memang penggemar sandwich.

Untuk Massage Party kali ni, kami diberi peluang untuk mencuba Hot Stone Massage dan Aromatherapy Body Massage. Sementara tunggu slot kosong, kita pergi nail spa dulu. As a Muslim, I hanya minta mereka buff my nails sahaja. I tengok kuku Butterflies yang warnakan kuku, cantik-cantik juga warna yang ada tu.

Pretty colors!

Akhirnya tibalah masa yang I nantikan. I dibawa naik ke tingkat atas untuk diurut. Sebenarnya kami diminta untuk memilih salah satu antara Hot Stone Massage dan Aromatherapy Body Massage. Kalau ada available slot di kemudian waktu, barulah buat massage yang kedua. Tetapi tukang urut tu baik hati terus buatkan 2-2 untuk I. Wahhhhh. Macam tau-tau je yang I sangat perlukan massage.

Memang best! Untuk Hot Stone Massage tu, badan kita akan diurut dengan hot stone. Takut panas? Tidak, ia tak panas membakar. Macam panas batu tungku je. Memang best! Hot Stone Massage ni sesuai untuk membuang angin di dalam badan.

Untuk Aromatherapy Body Massage pula, badan kita akan diurut dengan menggunakan lemongrass oil. Sedap baunya dan tak panas. Yang paling I suka, terasa badan tu kena urut. Urutannya tidak terlalu lembut dan tak terlalu keras. I really like it! Aromatheraphy Massage pula sesuai untuk betulkan urat saraf dan juga jika kita rasa badan kita letih dan perlukan masa untuk berehat. Rasa nak tertidur!

At the end of the session, I felt rejuvenated, had more energy. Badan terasa ringan. Taknak balik pleaseee….

Berbual dengan rakan bloggers yang lain. Kebanyakan dari mereka lebih menyukai Hot Stone Massage kerana mereka tak tahan kena urut kuat-kuat masa Aromatherapy Body Massage. Kalau I, I lagi suka Aromatherapy Massage. Nampak sangat dah emak-emak. Hahaha…. Ye la, rata-rata yang datang berumur awal 20-an. I rasa tua la pulak. Tapi terima kasih juga pada Mieza kerana dia ingat I budak U dan berumur awal 20-an. Siap minta tips awet muda. Akak takde tips la dik. Exercise je la kot. Hihihi.

Untuk korang yang nak cuba merias kuku atau mengurut badan di Amante, ada berita baik untuk korang semua. Pada 19 hingga 21 Julai ini, Amante akan mengadakan Open House di semua cawangannya. Ia bermula pada 10 pagi hingga 8 malam. Kalau teringin nak cuba, jangan lupa telefon mereka dahulu untuk set your appointment (boleh tengok phone no setiap outlet di website mereka).

Date : 19th July to 21st July 2013
Time : 10am to 8pm
You can choose one of these treatments:

Aromatherapy Massage
Hot Stone Massage
Manicure
Lymphatic Detoxification Treatments


Pada hari yang sama, korang boleh dapatkan "Buy Now-Use Later" promotion di mana terdapat 3 treatments yang boleh dibeli dengan penjimatan sebanyak 70%. I nak beli Aromatherapy Body Massage sekali lagi. It feels soooo goood!

Thanks to these two awesome ladies yang tak penat melayan kami semua dari pagi sampai ke petang.

With Tammy; the founder of The Butterflies Project.

With Ayna yang peramah

Thank you Amante for a nice treatments and a little treats for all the Butterflies who came.


Another 60 mins of Aromatherapy Body Massage? 
I wanna cry. Thank youu.....

9 scribble(s):

illy ariffin said...

On behalf of the butterfly project, we would like to say thank you so much for the support!!

glad that you able to enjoy 2 massage hehe :P

We hope to see you again during future events!

Liz said...

Illy> Thanks to Butterflies Project for the invite. Hope I'll be able to meet you on the next event!

Farisha Nadia said...

Hi Liz, seronok jumpe you hari tu, lupe nk tangkap gambar sorry huhu. I'm so surprised you know, I xtau pun you dah kawin and ada anak lg, I seriously thought you sebaye dgn I 20+ hehe

Fiza Rahman said...

Bestnya. Teringin juga nak join event.

Liz said...

Farisha> Tu kali kedua kita jumpa. 1st time masa Yadah tu tapi mmg tak bertegur sapa sebab segan. Hahaha, you and Mieza make me feel old and young at the same time. Takpe..takpe.. biar orang ingat I muda lagi. I lagi suka.

One thing je. Don't put "kakak" at my front name. Aritu Mieza nak panggil kakak. Just call me Liz, ok :)

Farisha Nadia said...

Oh Yadah haha... masih segan2 lagi masa tu kan hehe. xpe, rupa you pun bukan mcm akak pun haha ^^

Liz said...

Fiza> Jom la. Lain kali boleh join

Farisha> Good. Hehehe. Lepas ni tak segan lagi dah kot

mIZz *.* aYNa said...

Thank you so much for coming Liz, walaupun short notice, it's nice knowing u dear & hopefully we'll meet again in other events <3

Liz said...

Ayna> Short notice pun mesti nak kena pergi. Tak sabar nak redeem at Amante. Hope to see you again!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.