Monday, July 15, 2013

Shopping baju raya, besday boy, udang saiz XXL dan kimchi halal Jakim

Setiap tahun, wajib berbuka puasa di kampung halaman. Kiranya dalam 4 minggu puasa, ada 2 hari dapat berbuka puasa dan bersahur di Seremban. Lepas tu tunggu la Hari Raya. Hehe.. Tahun ni best sebab dapat berbuka puasa bersama pada minggu pertama. Dah minggu tu je yang takde program. Bulan Ramadhan kali ni memang agak sibuk.

I tidak menjaga makan sepanjang 2 hari tu. Bukan selalu dapt berkumpul macam nie. Makanan tidaklah banyak mana. Cuma bila berkumpul ramai-ramai, semua orang seronok makan. Penat di siang hari pun terus dilupakan.

Mengambil iktibar dari tahun-tahun sudah, kali ni I terus tolong mama kemas rumah dan lap perabot. Gigih ok panjat sorang-sorang mengelap window grills. Eventhough raya lambat lagi, lantak lah. Kiranya nak raya nanti, tinggal touch up je.

Jumaat malam tu dah gerak balik sebab Sabtu pagi nak kena keluar. Hajatnya nak terpacak dengan The Store (baru), tunggu shutter dibuka. Tapi ada orang tu cakap, "Eh, tak tau pun nak kena ada kat sana pukul 10 pagi", maka dia melambatkan jadual. Anyway, sampai sana pun nak kena pukul 10.45 kot.

Kat Seremban, ada 2 The Store. Kami panggil The Store Lama dan The Store Baru. The Store Lama terletak berdekatan Terminal One. The Store Baru pulak terletak di jalan menghala ke pasar nun tu. Masa kecil-kecil dulu, memang kat situ je la kami ber shopping raya. Jenama baju yang sinonim dengan kami 5 beradik ialah CUTE MARIE. Haaa, sape pakai baju ni juga?

Tradisi diteruskan kepada anak-anak. I dulu rajin beli Baby Kiko untuk Batrisyia. Kat KL tak jumpa pun Cute Marie. Cuma sejak tahun lepas, baju raya memang dari Cute Marie.


Kat The Store ni, pakai bakul camni je kalau nak beli baju. Troli agak menyesakkan laluan je sebab tempat ni tak besar mana pun. 2 jam setengah kat sana. Tu pun budak dua orang ni dah kepenatan.

Tisya : Umi, Tisya taknak try baju lagi dah. Tisya lapar. Tisya tak sahur (padahal dia memang tak puasa. Pagi tu dah makan mee sepinggan).
Umi : Kejap! Belum habis beli lagi.
Tisya : Ish Umi ni. Tisya nak air. Haus la.
Umi : Nanti kita beli.
Tisya : Kita beli Pizza Hut ye. Danissshhhh, Danish lapar tak? Nanti kita pergi makan Pizza Hut.

Memandai-mandai je T_T

Lepas siap, diorang beli air yogurt dan 5 roti bun Gardenia kat ground floor. Orang tengah puasa, kirim salam la nak gi Pizza Hut, ye tak? Hehehe...

Malam tu, buat potong kek besday Darwisy. Dia nak kek Bola Kampung dari King's. Pak Teh nye baik hati belikan. Malam tu riuh dengan gelagat Darwisy. Budak ni jarang bercakap. Kalau cakap pun, bahasa dia lah. Tapi sejak masuk 4 y.o ni, tiba-tiba rajin bercakap pulak. Penat nak layan. Tiada gambar kerana semuanya dalam video format.

The next day, pagi-pagi juga kami dah ke Tesco untuk beli barang dapur. Udang murah wooo. Berebut-rebut orang "menangkap udang". RM19 sekilo. Saiz XXL pulak tu. Tak dapat der harga tu selalu. Kat sana, I jumpa ini.





Ada tanda Halal Jakim! Pergh, terus rembat. Tapi mahal sikit la. Nak dekat RM15. Kalau buat sendiri, boleh dapat banyak. Tapi sebab malas dah, maka beli je la. Katanya resipi turun temurun sejak 50 tahun yang lalu. Sedap!

Berbuka semalam dengan popia basah, popia goreng, udang masak sambal, kerang masak sambal, sayur kangkung goreng dan ratah kimchi. Yummy yummy. I tak letak gambar makanan sebab confirm korang akan terliur. Korang mesti terfikir, kenapa ada banyak lauk sambal. Ni nafsu mak-mak pergi Tesco, lepas tu nampak banyak seafood murah, lalu semuanya dijadikan sambal. Tu nasib baik jiran takde kat rumah. Kalau tak, dah selamat petik mangga muda kat rumah dia dan dijadikan kerabu mangga.

1 scribble(s):

Anonymous said...

Selalu kan kimchi tuh kat belah mana ye? Sy cari tak jumpa la kat tesco.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.