Tuesday, July 23, 2013

Selamat Hari Lahir

Today is my hubby's birthday. Hi hubby!!!

He knows I won't forget his birthday. Untuk I yang sangat pentingkan ucapan hari lahir (birthday present is not necessary), mustahil la nak lupa, ye tak?

But pagi tadi I buat tak tau je. Masa sahur I senyap. Lepas salam cium tangan pun I senyap. Ingat nak la juga wish dia tapi... tak terucap. Hehehe..

Sebab I nak wish sama-sama dengan Tisya. Tisya sangat excited bila tahu bulan ni birthday abi dia. Beriya suruh I buat kek tapi sungguh la I penat dan malasssss. Penat la bulan puasa ni. Dah berapa hari tak cukup tidur gara-gara siapkan hamper. Dari ikat riben, bakar cookies, cari segala barang. Now nak kena buat hamper pulak. Hehe, rezeki tu tapi kena usaha dan berkorban masa tidur dan rehat. Takpe, lepas ni rehat puas-puas.

So tiada kek. Kalau ada pun, kita celebrate hujung minggu nanti ye.

Jadi, ambil Tisya tengah hari tadi. Terus paksa dia telefon abi dia dan nyanyikan lagu Happy Birthday. Boleh pulak budak ni tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu nak nyanyi. Apa kes? Sudahnya I pun kena join menyumbangkan suara.

Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur. Paling kurang pun, dapat tengok anak kahwin :p


We love you very much!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.