Tuesday, July 09, 2013

Selamat Berpuasa everyone!

Malam ini bermulalah 1 Ramadhan.


Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dia. Semoga Ramadhan kali ni memberi ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan kita.

Batrisyia? Tak tau la dia puasa ke tak. Dia kata dia nak puasa tapi kami tak paksa. Kalau dia lapar, buka puasa la jawabnya. Lagipun, dia kecil lagi. I dulu, darjah 3 baru puasa penuh. Darjah 1 tak ingat apa, darjah 2 tak puas 2 hari sebab teguk air sebelum pergi sekolah. Heheh, ingat lagi tu.

 

Terpulanglah kepada korang. Bagi I, elok ajar anak puasa sejak kecil. Tapi janganlah sampai dimarah anak tu bila dia sibuk nak berbuka gara-gara lapar. Kalau dia dah besar, memang patut dimarah. Kalau dia kecil sangat, rasanya tidak ada masalah jika dia tak berpuasa penuh. Betul juga cakap Ustaz Hasan Din. Bab puasa, ibu bapa strict. Kalau anak tak solat, ada nak rotan anak tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.