Monday, July 08, 2013

Little Caliphs Shapes & Colours Sports Day

"Tisya masuk sukan apa?"
"Tisya buat ladybird" katanya yakin.

Tapi jawapan dia tu buat I tak yakin pulak. Buat ladybird? Sukan apa tu?Rupanya sukan mereka tidak macam sukan di tempat lain.. lari dalam guni, bawa telur guna sudu, tiup belon.. itu semua tiada.

Welcome to Sports Day 2013.

Baju sukan. Eventhough I tak suka warna hijau tapi warna
hijau yang ni lawa la juga.

Muka fresh tanpa peluh. 

Tema : Shapes and Colour

Sukan pun ada tema? Haaa, itu yang I tak tau. Walaupun kanak-kanak ni masih berlari, sukan yang mereka participate tu agak lain sikit. Contoh :

-Acara 1-
Station 1 : Ada bekas berisi pelbagai warna bunga yang dicucuk di atas span.
Station 2 : Span kosong berwarna ikut warna kumpulan masing-masing.
Cara permainan : Student akan berlari ke Station 1 dan pilih bunga yang berwarna ikut warna rumah sukan masing-masing. Kemudian berlari ke Station 2 dan cucuk bunga tu di atas span.
Markah : Hanya bunga dengan warna yang betul sahaja akan dikira.

-Acara 2-
Station 1 : Ada bekas berisi pelbagai styrofoam pelbagai bentuk dan pelbagai warna.
Halangan 1 : Ada cone di mana student kena buat pusingan sebanyak sekali.
Station 2 : Bekas kosong
Cara permainan : Student akan berlari ke Station 1. Dengan menggunakan penapis, student kena pilih bentuk bulat yang diwarnakan dengan warna rumah sukan mereka sahaja. Kemudian berlari dan buat pusing di cone. Akhirnya berlari ke Station 2 dan masukkan bentuk bulat tu ke dalam bekas.

Boleh imagine tak? Hehehe...

Kena la mendaftar dulu. Yang bertudung tu ialah Pricipal Su. Sporting!

Sebelum mulakan sukan, students menyanyikan 5 buah lagu iaitu Negaraku, Little Khalifah Going to the Zoo, Doa Solat Dhuha dan Aku Anak Islam. Eh, kata 5 lagu. Adoi, memang tak ingat tajuk lagu lagi satu tu.


Ada 3 rumah sukan iaitu purple, merah dan hijau. Setiap rumah sukan ada ketua tapi ketua rumah sukan hijau paling comel sebab pakai costume rabbit.

Tisya, Dini dan Azwa.
Yang lain taknak join bergambar sebab malu kot.

Tak dapat nak share gambar tengah bersukan sebab kami ambil video. Memang kecoh dengan sorakan parents.

Ini bukan hadiah Tisya. Sebaliknya ni hadiah mak-mak rumah hijau yang menang dalam acara Inovasi di mana kami menggubah bunga menggunakan bahan-bahan terpakai yang disediakan. Hubby boleh cakap, "Ingatkan korang dapat no 3". Ciss... dia tu yang dapat No. 2 dalam acara bapak-bapak.

Hingga sekarang, Tisya tak jemu-jemu menonton video sukan dia. Kitorang pulak yang naik boring. Tapi takpe la, bukan selalu. Ye tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.