Wednesday, July 31, 2013

Dumex Interactive Website for Malaysian Mothers

Menjadi seorang ibu baru kadang-kala boleh membuatkan seseorang itu excited dan runsing dalam masa yang sama. Apabila telah disahkan mengandung, automatically seorang bakal ibu tu akan mula membuat persiapan untuk menyambut anaknya. Bukan hanya barang kelengkapan bayi yang akan disediakan, si ibu juga akan menjaga kesihatan kandungan dengan sebaik mungkin.

Masa tu, mulalah membelek majalah bercorak keibubapaan. Pelbagai informasi tentang cara menjaga kandungan mula dicari dan dipraktikkan setiap hari. It sounds easy but you will start to feel confuse on day one.

"Jangan minum air soya tiap-tiap hari. Nanti kulit anak sensitif"
"Perempuan mengandung tak boleh makan ulam-ulaman. Bukan ke semua makanan perlu dimasak?"

Siapa yang pernah terkena macam nie? Boleh jadi runsing dibuatnya, betul tak? Masa tu kita akan mula tanya pendapat kawan, ibu dan saudara. Tapi mereka pun tak sentiasa ada masa untuk kita.

Di sinilah perlunya sebuat komuniti yang boleh memberi sokongan dari segi pengetahuan dan emosi kepada ibu-ibu. Mengetahui betapa pentingnya perkara ni, Danone Dumex® (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan sebuah laman interaktif khas untuk ibu-ibu.



Minggu lepas, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran "Dumex® Interactive Website for Malaysian Mothers". Bertempat di Aloft KL Sentral Hotel, majlis dipenuhi oleh ibu-ibu mengandung. Heheh, kami bloggers ni pulak yang rasa awakward. Macam dah tersalah majlis. I sengaja pakai jeans sebab taknak disalah erti sedang mengandung :)

Janet and Rubini from IN.Deed Communications

Bapa-bapa dan anak-anak dibawa ke tingkat atas
untuk aktiviti khas untuk mereka

Di majlis itu, kami diperkenalkan dengan laman interaktif ini. Menariknya, ia merupakan satu platform lengkap di mana setiap ibu boleh berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman sesama sendiri.


Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan Ketika Hamil ('Pregnancy Weight Tracker') dan Kalendar Kehamilan ('Pregnancy Calendar').Lebih menarik lagi, korang boleh dapatkan nasihat dari Penasihat Careline Dumex dan profesional kesihatan yang sudi membantu melalui laman itu. It's a live chat. You ask and you will get an answer right away!

As a mom yang dah banyak join komuniti di luar sana, I berpendapat website ni agak lengkap. Bukan hanya ibu-ibu yang berkongsi pendapat, mereka yang profesional juga boleh memberi ulasan lanjut. Jadi, tiada istilah salah informasi di situ.

Pada hari tersebut, Dumex menjemput 3 orang wanita dan ibu yang berpengalaman untuk berkongsi tips. Mereka bukan calang-calang orang. Semuanya mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing.

Celebrity mum; Azizah Ariffin, 
Consultant Dietician; Indra Balaratnam
and Careline Advisor; Preeta Letchuman

Selesai talk, peserta dikehendaki menyiapkan kolaj dalam masa yang singkat. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. It was fun dan hasilnya memang mengagumkan!



Hasil kolaj setiap meja yang telah digabungkan

Majlis dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada kami yang beragama Islam untuk berbuka puasa. Menu kat sana sangat sedap. Sementara semua orang menjamu selera, 2 orang chefs didatangkan untuk membuat demo cara menyediakan smoothies menggunakan buah-buahan dan susu Dumil Mama. Cara dia sangat senang : 2 cawan air, 10 sudu besar susu Dumil Mama, buah-buahan dan ais kube. Blend. Siap untuk diminum. Memang sedap! Smoothies ni bukan hanya boleh diminum oleh ibu tetapi bapa dan anak juga boleh minum (walaupun ia menggunakan Dumil Mama).


Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ini, daftarlah sebagai ahli Dumex® Mama Club di www.dumex.com.my dan mula berhubung dengan ibu-ibu lain di seluruh negara dalam laman web baru ini!

2 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

meriahkan :)

Liz said...

kak ayu> mmg meriah!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.