Monday, July 29, 2013

10

10 hari lagi nak raya. Isk, kejap je kan? Mood raya telah "sampai" kat rumah kami. Minggu lepas masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan shopping baju raya untuk ketua rumah. Baju dia memang tak beli lagi. Kalau tahun sebelum ni dia suka baju berjalur, tahun ni mata dia dok pandang baju kotak-kotak pulak. I pulak yang hairan. Kalau setakat 1-2 helai baju kotak, boleh layan lagi. Kalau semua nak corak kotak, amboiiii.... tak boleh jadi. So I rembat juga kemeja plain untuk dia.


Kali ni, I ajak hubby cari baju di Pavilion. I suka pergi Parkson Pavilion sebab design baju yang ada kat sana tak sama macam kat Parkson di tempat lain. Banyak yang cantik-cantik. Harga sama juga. Batrisyia pun apa lagi. Ambil peluang untuk mencuba baju. Dia memang suka ikut orang masuk fitting room. Nasib fitting room kat sana agak besar. Nak baring pun boleh kan? So seronok dia melaram. Ni baju Amin Jauhari. Pandai-pandai dia pergi pilih saiz dan ambil bawa masuk fitting room. Sabar je la budak nie. Tapi layankan aje. Posing sikit-sikit.. dah, pergi letak balik! :p

Tisya la paling banyak baju raya. Terima kasih kat wan yang sayangkan cucu-cucunya. Semua cucu dapat baju raya dari wan. Kasut raya dia pun dah beli. Tapi tu macam sandal sarung. Ingat nak cari lagi satu kasut raya untuk dia.

I pula agak bersederhana. Baju hanya dua pasang sebab tahun ni dah buat 3 pasang baju masa adik kahwin aritu. Malas pulak nak tempah lagi. Kasut pun pakai kasut yang sama sejak 3 tahun lepas. Bukan lokek tapi kasut tu mmg cantik lagi. Elok dijaga dan pakai masa nak ke event sahaja. So sayang!

Tahun ni nak lebihkan rumah. Rumah pun nak beraya juga kan?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.