Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Umi : Tisya, bangun. Nak puasa tak? Kalau nak puasa kena sahur

Dia buka mata. Lepas tu tutup balik.

Tisya : Kejap, Tisya nak tidur 5 minit je.
Umi : Ok, nanti bangun ye. Nak air milo?
Tisya : Umi pergi buat air milo dulu. Taknak panas. Lepas tu kejutkan Tisya.
Jangan cepat-cepat. 5 minit je..

Buat deal dengan mata separuh tertutup. Alhamdulillah, dia berjaya sahur pagi tadi. Lepas tu ikut abi dia solat subuh kat surau. Tak tau la dia larat nak puasa sampai Maghrib ke tak. Kita tunggu....


Aik, kata 5 minit je. Takde makna. Bangun dari tempat tidur, dia pergi sambung lagi seminit kat sofa.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.