Wednesday, June 19, 2013

Tips untuk wanita yang bergelar isteri yang bekerjaya

Siapa itu Shamsuddin Kadir? Tak kenal pun tapi statusnya sedang di "share" di FB sekarang nie. I copy paste di bawah.

Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang bekerjaya. 

Sediakan Payung Sebelum Hujan. 

Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan. 

1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi. 

2. Jangan ambil pinjaman peribadi untuk diberi kepada suami bagi memulakan bisnes sendiri ataupun perlaburan 

3. Jangan ambil pinjaman kereta melebih dari 5 tahun dalam jumlah yang kita mampu bayar sendiri dengan wang gaji kita sebagai isteri. 

4. Jangan ada hutang kad kredit. Kepada yang takut, lebih baik tiada kad kredit. 

5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri. 

6. Jangan belanja lebih dari 60% wang gaji untuk ansuran dan kos sara hidup. 

Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang paling derita adalah saya. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat 'Luahan kasih' kerana saya terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa. 

Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang. 

Saya pernah terbaca kata-kata di bawah ini. 

Masa mula berkahwin, suami berkata "You jump I jump" 

Selepas berkahwin, suami berkata "I run, you kena tanggung hutang I" 

Perkataan suami itu bukannya mewakili semua lelaki. 

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Sejauh mana seorang isteri sedar akan hakikat ini? Bagi isteri yang bekerja, sekurang-kurangnya masih boleh menyimpan duit. Walaupun sesak, takpe.. kita simpan. Kalau dah terdesak, kita boleh keluarkan duit tu. Sekali fikir, macam no point je la kan. Simpan dan keluarkan semula. Tapi sebenarnya ia penting untuk menyemai tabiat menyimpan duit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Masa bercinta, kita pun tak pernah nak tengok bank statement boyfriend. Semuanya nampak ok. Lepas kahwin, baru tau suami hutang keliling pinggang. Masa pun tak boleh diundur  walaupun kepala macam dah nak pecah memikirkan masalah tu. Kita hanya boleh teruskan hidup dan buat perubahan. Kalau nampak macam tak jalan, boleh la buat back up plan. Jangan paksa diri mengikut cara hidup orang lain. Orang lain mungkin wallet mereka tebal, wallet kamu pula nipis. Orang nak handbag baru, kamu pun nak. Orang pergi bercuti, kamu pun nak. Apa guna buat semua tu dalam keadaan berhutang? Buat saja apa yang kita mampu walaupun orang lain tak suka. I always believe that at the end of the day, hanya kita yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri.

I bukan hanya bercakap tentang suami yang banyak berhutang. Boleh juga consider untuk suami yang kaki perempuan, suami yang berpoligami walaupun tak mampu, suami yang macam Chipsmore. Kalau suami kamu baik-baik saja pun, tak salah untuk buat back up plan sebab bila-bila masa sahaja Allah akan menjemputnya pergi.

Note : Peace no war. Kalau ada yang terasa, ini hanya peringatan untuk diri sendiri yang tak berapa nak kaya ni.

3 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Betul tu.

maisy said...

Kalo ikutkan byk lagi ni..cth: kene pandai bwk kete...make sure byk amik tau procedure bank ke etc..jgn terlampau rely on husband..

at least wanita kerjaya byk tau mcm2..kalo jenis yg tak kerja...pastu rely on husband 100%..kesian nya lah...

Liz said...

Fiza> Kalau betul, mari sama2 buat back up plan.

Maisya> Betul. Bukan dari segi kewangan je. Kalau boleh, biar serba serbi ambil tahu. Tu la, kalau jenis tak kerja, maybe boleh cari side income tapi tang lain tu.. memang kena ada inisiatif sendiri la kot. Kalau tak, memang kesian.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.