Tuesday, June 04, 2013

Saya terjebak dengan drama Melayu

Belum terlewat rasanya nak ajak korang layan beberapa drama bersiri ni. Kali ni I bawakan drama Melayu. I susah nak terikat dengan drama Melayu sebab takde yang se best Supernatural ke… NCIS ke… Criminal Minds ke…

Tapi sekarang ada 3 drama Melayu yang I layan. Hubby dan anak pun dah sama-sama terjebak dengan drama tersebut so boleh layan secara berjemaah.

First, kita ikut susunan hari la ye. Setiap Jumaat, pukul 9 malam di TV3… SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA. Cerita ni I tak layan cari episode pertama sebab mula-mula tu muak dengan adegan gejala social yang ditunjukkan. Macam takde jalan cerita lain. Tapi sedikit-sedikit jalan cerita berkembang dan jadi makin kelakar. Sesuai la nak buat gelak-gelak. Mungkin mereka sengaja buat banyak adegan comel sebab nak buat ala-ala drama korea. Lagipun, rambut hero pun ala-ala Korean actor.
Izzue dan Tiz Zakyah... kamu berdua comellah!

Sabtu dan Ahad pulak kita beralih ke drama CINTA JANGAN PERGI. Ni drama serious sikit. Lebih melibatkan emosi. I yang tengok pun jadi beremosi. Awal-awal tu memang menyampah tengok Kalil (Remy Ishak) sebab lembik. Lembik sebab tak cuba dapatkan kembali Lia Soraya (Tiz). Kalau suka, sila fight for it, boleh tak? Orang tu belum kahwin. Jangan jadi lembik! Tapi sekarang jalan cerita agak mendatar. Macam bosan sikit.

Poster yang boleh tahan juga la. Simple dan misteri gitu

Yang terbaru, menjadi kesukaan Tisya… TEDUHAN KASIH. Dia suka tengok sebab ada baby comel nama Adam. Pastu “papa” nama Ehsan yang baik giler nak mamp*s! I baru layan sejak episode ke 8. Hubby layan dari episode pertama tapi dialah yang paling banyak soalan everytime layan drama nie. Tu la, sape suruh skips beberapa episodes. Bila dah tak tau, semuanya nak tanya kita.

Sorry, bagi I.. poster drama ni tidak menarik

Anyway, remember my post about Gentlemen’s Dignity? So siapa yang follow cerita nie? Sedih pulak episode malam tadi. Ditambah pulak dengan OST yang mendayu-dayu itu. Kesian pulak tengok Yi Soo. Kesian juga kat Do Jin sebab terpaksa buat keputusan macam tu. Sebenarnya nak tanya. Ada sesiapa tau tak title OST yang mendayu-dayu itu? Lagu tu selalunya dimainkan semasa adegan Yi Soo dan Do Jin. Lagu tu ada 2 version. Satu dinyanyikan oleh lelaki dan satu lagi dinyanyikan oleh wanita. Kedua-duanya best!

Walaupun sudah mula terjebak dengan drama Melayu, Supernatural dan NCIS tetap di hati! Oh yeah, malam ni boleh ulang layan Supernatural! Hanya peminat setia dari first season je yang faham kenapa Supernatural ni best. Kalau tanya hubby, gerenti dia jawab, "Tido lagi best!"

10 scribble(s):

:: Cik Viva :: said...

SSID & Teduhan kasih memang best. Walaupun boleh je baca novel tapi rasa better tgok drama kot..hehe. Baby Adam dalm teduhan kasih tu memang comel giler n baikk sangat. Anak sapa la tu agaknya..

Fiza Rahman said...

Aku layan ketiga2 drama nih ☺☺.

Liz said...

Cik Viva> Baby adam tu memang comel. Malam tadi saja tengok nama sebenar baby tu. Hamek ko... ARISSA NUR QAISARA. Baby girl rupanya!!!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Hi Liz, saya pun minat dgn drama SSID tu... actually sebelum ni penah tgk first episod, lepas tu tertinggal byk jgk episod. Ntah mcmana boleh tertengok semula (sanggup kejar dan tgk semula episod2 yg terlepas kat internet. Jln cerita menarik yg buat nak tgk tu...
Suka sgt watak Firash & Syaf tu...
comel la dorang.. (Izzue tu dah selamat kawin dah pun pd Ahad lepas)muda lagi, baru 24 thn.

Teduhan Kasih pun tgk jugak...tp ada jgk yg terlepas, sbb balik keja jln jem, payah nak sampai rumah on time hehe :D wah nama baby 'Adam' tu mcm nama my daughter pulak, tp anak saya, Nur Marissa Qaisara...
girl rupanya baby 'Adam' tu ye.. :)

animkechik said...

Mama yg x brape tgk cite mlyu pun dh t'jebak n sebenarnya sy isteri dia n cinta jgn pergi. Sbb hjng mggu aku tgk, mama dh minat gak. Hahaha..

Liz said...

Fiza> Best kan?

Erin> Hi Erin! Firash dengan Syaf mmg comel giler. Tu yang suka tengok sebab boleh senyum2 dan gelak2. Release tension!

Time slot Teduhan Kasih mmg tak sesuai kan? Saya time tu la sibuk nak masak, nak solat. Hubby lagi pandai. Awal-awal dah siap mandi dan terpacak depan TV. Tu la, baby girl rupanya si Adam tu. Comel!

Anim> Teduhan Kasih mama tak sempat tgk kot.

sitiaminah said...

we share the same drama...i love all the drama that you mentioned....at first i layan korean je...lately br terjebak dgn malay drama...i alsi love criminal minds...ncis...

Liz said...

sitiaminah > eh,sama la kita ni!!!

ctriko said...

hai, mama pun dah terjebak tgh SSID nih...sebenarnya mama nih jarang tgk drama tv... tak sume drama melayu yang mama tengok...bergantung jalan cerita jugak la kalu nak tengok pun...biasanya kalu mlm tv tu anak mama dah "chup" dulu tgk citer cartoon pastu "abahnya" pulak tgk bola...tapi ntah camne 1 malam tu tertekan channel tv3 pastu try tgk ep yg ke berapa ntah cam seronok la pulak bila tgk watak firash & syaf... rasa hilang masalah kat dlm kepala nih...lagi pong sbb penonton2x yg lain tu xde kat rumah masa tu...esoknya mama try tgk kat tonton...dah skrg nih tak leh "mis" dan yg paling kelakar sampai beli buku SSID tu sbb nak tau jln cerita smpi habis...he he he ...

Liz said...

ctriko> amboii, sampai beli novel. hehehe. aritu ada nampak novel tu kat bookstore. tebal juga

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.