Tuesday, June 25, 2013

Monster University atau Monster Inc lagi best?

Tengok Monster University secara percuma?

"Malaysians have dedicated a million minutes of bonding with Oreo. In return, Oreo brings together 6,500 families all over Malaysia for 1 million minutes of bonding this weekend through a cinema experience! Thank you, Malaysians, for your support."~ Oreo Facebook

I tau mengenai ni pun melalui newspaper masa balik Seremban. Kebetulan bangun awal pagi tu dan kebetulan juga I baca newspaper. Kira kebetulan sebab selalunya I lambat buka newspaper. Newspaper tu I belek 2 kali. Kali kedua baru perasan pengumuman dari Oreo. Punya semangat buka FB pagi tu. Registration buka pukul 9 pagi dan rasanya I merupakan antara yang terawal mendaftar.

Alang-alang free, mesti nak tengok 3D. Ye tak? Hehe... So kami pilih untuk tengok di Pavilion. Dengar cerita tickets habis diambil orang tapi masa hari tu, I rasa macam ramai tak datang. Sayangnya sebab rasa yang kempunan tak dapat tickets tu.

Ahad lepas, kami sampai awal kat Pavi sebab risau orang ramai beratur awal. Nanti tak pasal-pasal dapat seat depan pulak. Tapi bila sampai nampak line clear. Takkan event sebesar tu, takde setup booth kot. Lepak-lepak kat depan GSC tu dulu. Hubby pulak dia ambil angin jerebu kat corridor. Batrisyia sibuk main kejar-kejar dengan paksu dia. Nak dijadikan cerita, Batrisyia berlari jauh. Kitorang follow la, takut dia hilang pulak. Lepas tu kami ke arah hubby.

"Tengok tu.. mesti diorang pun nak tengok Monster U" kata hubby sambil pandang ke arah satu family yang berpakaian serba biru dan membawa beg kertas Oreo..Errr, Oreo?!!!

I tengok arah dari mana mereka datang. Oh my... kat hujung (agak tersorok) ruang legar, ada booth yang dihias serba biru. Korang rasa I panik tak? Hahahaha.... I blamed hubby. Apakah? Dia punya lama melepak kat corridor tu, dia boleh tak nampak. Dia kata, jerebu ni mata jadi rabun. Cis!


Ticket redemption sepatutnya mula pukul 12 tengah hari tapi 11 pagi dah buka. Nasib baik lagi tak ramai yang ambil ticket so kami dapat seat kat belakang. Dapat goodies bags juga. Paling best, dapat ambil family photo. Gambar tu di print dan diletak dalam paper frame. Nice!


Photo frame booth yang tinggi.
Kalau budak kecik, memang kena dukung.

Memang port cantik untuk bergambar

Sedondon warna biru

Tickets berharga RM80

Monster University merupakan prequel Monster Inc. Kalau dalam Monster Inc, Sully dan Mike bekerja sebagai scarer di Monster Inc, MOnster University pula menceritakan kisah Sully dan Mike ketika menuntut di sana.

Semasa di U, mereka ni tak kamceng pun. Boleh dikatakan musuh la juga. Mike seorang pelajar yang tekun dan hardworking. Dari kecil dia dah bercita-cita nak jadi scarer tapi rupa dia tu tak menakutkan langsung. Jadi, dia agak rasa rendah diri dan berusaha gigih untuk mencapai cita-citanya. Sully pula datang dari keluarga yang terkenal kerana bapanya juga seorang scarer. Sikapnya jauh berbeza daripada Mike kerana dia seorang pelajar yang malas dan bergantung pada nama keluarga sahaja.

Maka mereka menjadi musuh di U. Jadi, macam mana pulak tiba-tiba boleh jadi kawan baik? Haa, korang kena la tengok Monster University. Kalau Monster Inc penuh dengan aksi yang mencuit hati, Monster University pula agak serious. Memang tak banyak part yang boleh buat kita gelak. Jika ditanya I, I lagi suka Monster Inc!

Gambar terbaik pada hari itu!

4 scribble(s):

*∽ IZAN ∽* said...

waaaaa best bestt!! tshirt tu yg mahal tuu.. rugi la terlepas event nih

Liz said...

kak Izan> t shirt cantik juga. 4 tiket, 4 t shirts. tapi tak semua orang dpt kak. goodies bags utk 200 yang terawal sahaja.

Syigim said...

i LOVE monster inc....suka tu lagi dr nemo or bug's life. to toy story tetap no 1 hihi...

n bila tgk monsters uni ni mmg best sgt coz i don't know the plot so mmg surprise tgh randall yg roomate dgn mike n mike n sully xsebulu mula2!

mmg best! LOVE IT! blk msia nk tgk lagi 3D!!

Liz said...

kak syigim> monster inc comel sebab ada "boo". yups, monster uni ni jalan cerita agak fresh. jarang jumpa cartoon yang serious. nampaknya their uni life sama juga macam kita. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.