Wednesday, June 05, 2013

Mencuci baju lebih mudah dengan Cleanpro Express

I don't have a washing machine at home. It's not because we can't afford it but I think it will be useless to have one at home. Setakat 3 beranak, I masih boleh basuh baju sendiri dengan menggunakan 2 tangan yang I ada. Insya Allah. Kalau basuh baju tiap-tiap hari, tidak rasa terbeban sangat pun walaupun selalunya rasa agak terkejar-kejar nak siapkan kerja kat rumah tu. Maybe juga ni berkat didikan kat sekolah asrama di mana semuanya kena basuh sendiri. So dah terbiasa. Alhamdulillah.

Tapi bila berada di situasi yang tidak diingini, susah juga sebab kena minta tolong hubby basuhkan baju. Pernah sekali, pergelangan tangan I sakit.. urm, lebih seminggu juga kot. Memang payah bila nak basuh baju. Kena la minta tolong dia. Masa I pregnant (tak jadi) dulu tu, masa turun darah, masa berpantang (kerana keguguran), pun dia juga yang tolong setelkan laundry. Masa tu mulalah rasa nak hantar baju ke kedai dobi. Tapi yang lecehnya, bukan boleh dapat balik baju-baju tu dalam masa sehari. Mula la terfikir, kan bagus kalau ada self-service macam kat dalam cerita Hollywood tu. Hahaha...

Guess what? Now dah ada dah service macam tu kat Malaysia. Cuma tak meluas, betul tak? Tapi sekarang dah ada satu brand yang mempunyai cawangan merata tempat di Malaysia dan Singapura. Pernah dengar Cleanpro Express?


I mula tau tentang Cleanpro Express bila nampak salah satu cawangan kat KL area. Nampak macam takde orang. Sebaik melangkah masuk, kipas terus terpasang sendiri. Wahhhh, jakun kejap. Hahaha. Kat situ, memang takde pekerja yang akan tolong kita tapi segala maklumat yang diperlukan ada terpapar di dinding kedai.

Oh my, sangat tempting nak mencuba. Kebetulan, pergelangan tangan I sakit sejak 2 hari lepas. Salah tidur kot. So malam tadi ajak hubby ke sana. Baju tak la banyak mana tapi sebab nak basuh cadar sekali, let's go!

Jom tengok apa yang ada kat situ.

First, mesti korang tertanya-tanya berapa harga untuk mendobi di sini. Price list ada tertera di dinding. Jangan risau.

Price list untuk washer and dryer machine

Kalau tengok price, agak murah berbanding kedai dobi di luar. Ye la, semuanya self-service. Mesti la murah sikit, ye tak? Macam mana nak tau berapa kilo baju yang korang nak basuh? Samada korang timbang siap-siap kat rumah atau ada satu lagi cara kot.. nanti I terangkan kat bawah.

In case korang terlupa nak bawa sabun dan softener, jangan risau. Boleh beli kat vendor machine di situ. Laundry bag pun ada kalau korang nak. Nak jimat, bawa ke sabun dan softener dari rumah.

Sabun dan softener.. murah-murah je

Ni washer and dryer machines. Semuanya diimport dari USA tapi tetap guna duit siling Malaysia. Hehehe..

Atas - Dryer machine
Bawah - Washer machine

So ni lagi satu method untuk tentukan berapa kilo baju korang. Ni I agak-agak je la ye. Kat setiap washer machine, mereka akan beritahu tu untuk muatan berapa kilo. Mereka ada 9kg, 14kg dan 25kg. So korang boleh agak-agak baju korang muat kat machine yang mana. Hehehe...

Kat sini, hanya duit siling 50 sen yang baru sahaja boleh digunakan. So kena siapkan duit awal-awal. Kalau takde duit kecil, tak perlu berjalan jauh untuk pergi tukar kat kedai lain kerana mereka ada mesin tukar wang. Don't worry and be happy!


Cara-cara untuk menggunakan washer and dryer machine juga ada dipaparkan di dinding. Ikut je step tu.


Bila mesin dah jalan, korang boleh la buat apa yang korang nak. Boleh pergi minum teh tarik dulu ke... sebab pintu mesin takkan terbuka selagi masa belum tamat. Tak pun, bawa laptop dan layari Internet kerana kat situ ada disediakan free WiFi.

Jangan jadi macam minah ni....

Bila dah siap, apa lagi. Keluarkan dan boleh proceed untuk keringkan pula. Kami tak cuma dryer machine sebab kat rumah ada dryer machine.

Lepas ni boleh la suruh Tisya basuh baju dia sendiri. Hehehe.

Bagus juga ada service macam nie. Sesuai untuk mereka yang tinggal di condo yang tak dapat nak keringkan baju dengan baik (kerana kurang cahaya matahari). Elok juga untuk students kat kolej dan university. Macam malam tadi, ada 2 orang budak lelaki. I rasa mereka students. Baju banyak giler. Sambil tunggu baju siap, mereka duduk dan borak-borak. Siap bawa softener tu. Hihihih. Senang keje! Tak perlu simpan baju kotor seminggu dan kemudian bawa balik rumah suruh mak cucikan. Hasif, ko boleh try Cleanpro Express nie.

I suka sebab dalam masa sejam, korang dah boleh dapat balik baju yang bersih dan wangi!

2 scribble(s):

*∽ IZAN ∽* said...

owh thanks for entryy!!

Actually ada satu dah kat tempat akak nampak dari jauh.. nak singgah tak tersinggah2..!

actually masa kat jepun dulu washing machine self service ni mmg merata.. so bila nampak kat satu kedai yg baru bukak kat taman perumahan tertanya2 gakkk.. memang dari jauh machinenya macam dalam gambar ni lahh! terbaekkk!!!

Liz said...

kak izan> sama2 kak. senang je bila ada service nie

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.