Tuesday, June 18, 2013

Man of Steel movie review

*Spoiler ahead*

Dari kecil, I tengok Superman kot. Layan cartoon, kemudian tv series, diteruskan dengan Smallville... tapi tak pernah nak cakap yang I peminat Superman. Tidaklah la kot. I peminat Supernatural :p

Kisahnya, minggu lepas bawa hubby, anak dan adik bongsu pergi tengok Man of Steel. I sebagai umi, isteri dan kakak yang tak berapa kaya ni pejam mata je la booking tickets secara online sebab panik tengok kerusi kat TGV Seremban laris macam pisang goreng. On the day itself, panggung penuh sampai ke row paling hadapan!

Tiada gambar di tempat kejadian sebab teruja! Actually, adik bongsu sampai lambat. So hubby dan anak masuk dulu. I terpaksa tunggu luar sebab online ticket ada sekeping saja. Nasib baik movie mula lambat. Kami ambil row tepi yang ada 4 tempat duduk. Depan kami ada 4 nyonya. Wah, layan juga Man of Steel rupanya. Tapi I perasan, nyonya-nyonya ni sekejap-sekejap panjang Tisya. Mungkin sebab anak I becok tanya mana Superman. Becoknya berterusan walaupun movie dah mula.

-Scene Clark Kent selamatkan orang di pelantar minyak. Yang dia tahan menara dari jatuh tu-
"Mana Superman? Kenapa dia tak datang tolong" "Tu la Superman!" " Hah? Tu bukan Superman!!!"

-Scene Clark Kent (kecil) selamatkan kawan-kawan dia dari mati lemas-
"Tu sapa?" "Tu Superman" "Superman kecil? Mana Superman besar?"

-Scene mana ntah.. agak tak revelen dengan soalan-
"Bila nak Happy Birthday To You Superman?" agaknya dia bajet Superman kecil wajib ada birthday party

Dia budak kecil. Cakap pun tak la kuat mana. Tapi of course orang boleh dengar sebab semua orang tak bercakap kat dalam tu. I pulak terpaksa berbisik dengan dia. Nak marah pun tak boleh sebab minah tu excited sangat dapat tengok Superman.



Kata mau review? Tak la review ape pun. Nak komen je tentang Man of Steel ni. Kita gunakan point je la eh.

YANG BEST
1) Eventhough movie ni berdurasi 2 jam setengah, kita tak rasa pun sebab jalan cerita agak laju dan penuh aksi.

2) Costume Superman tu lebih hot. Yeah, I don't really like the old one. Buat I segan nak tengok Superman. Hehehe. Tapi yang tak logiknya, masuk ke kapal dan jumpa costume. Muka tak terurus dengan jambang. Keluar dari kapal dengan memakai costume dan muka terus hensem seperti di bawah. Hahahah... mana pergi jambang? Ok la, sempat shave kat dalam kapal.



3) Lois Lane kenal siapa Superman dari awal. Dan dia menolong sembunyikan identiti Superman. Dalam movie ni Clark Kent nampak menjauhkan diri dari orang dan lonely lah. Tapi bila Lois Lane kenal dia, rasa dia macam dapat kawan baru. I like! Dan kali ni watak Lois Lane agak berani dan tak la gorgeous melampau. Tiada make up tebal dan nampak lebih natural. Pendek kata, nampak la macam reporter.



4) General Zod. Ok, pada mata manusia di Bumi, dia jahat. Tapi kesian pulak dengan dia. His intention is good (for Kryptonions). Cuma cakap dia tu salah dan tak berperi kemanusiaan.


5) Jonathan Kent yang penyayang dan mati dengan tragis. Sebelum mati, bergaduh dengan Clark Kent sebab Clark bosan sembunyikan identiti dia. Sampai dia cakap, "I don't know why I'm listening to you. You're not even my father". Gitu la ayatnya kot. Masa tu rasa macam nak tampar-tampar je Clark. Tapi bila ayah dia berada sangat hampir dengan puting beliung, Clark akhirnya mendengar cakap ayah dia; tidak selamatkan ayah dia di hadapan orang ramai. Sedihnya....

YANG TAK BERAPA NAK BEST

1) Adegan kemusnahan Metropolis. Mentang-mentang teknologi dah maju, semua benda nak dimusnahkan. Macam over giler la. Tapi layan la juga. Nak buat camne. Dah lagu tu...

2) Clark Kent is not a reporter.. yet. Identiti Clark Kent sebagai reporter yang memakai kaca mata berbingkai hitam hanya muncul di akhir filem. I don't know why tapi bila Clark Kent tak bekerja sebagai reporter, I rasa kekurangan.. ewahh...

3) No Lex Luthor. Ni lagi satu. Hubby kata maybe akan ada sequel dan kali ni, Lex Luthor akan muncul. Harap-harapnya ada la. Sebab dalam movie tu ada la nampak sign yang menunjukkan Lex Luthor bakal muncul.

4) Movie ni serious dan tak banyak adegan yang menghiburkan. Budak-budak mungkin akan bosan tapi lepas tu syok tengok adegan kemusnahan Metropolis.

Ada juga yang mempertikaikan adegan akhir antara Superman dan General Zod. I tak berapa nak kesah sebab I bukan comic fan pun. Cuma kalau letak di situasi sebenar, memang rasanya tu je cara nak akhirkan pertarungan tu. I rasa Superman tu regret this final action. Sebab tu dia menjerit lepas tu. Menyesal beb!

Yang dah tengok movie ni, apa pendapat korang?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.