Friday, June 21, 2013

Jerebu datang lagi

Itu dia... kisah yang tak berkesudahan. Tiap-tiap tahun wajib "makan asap". Yang smoker, mungkin tak berapa nak heran dengan jerebu nie. Dapat jenis macam I yang memang tak boleh tahan bau rokok, jerebu ni dah kira nightmare.


Ni pemandangan tak berapa nak clear diambil dari AKLEH. Oh, untuk yang duduk luar KL (explanation khas untuk orang kek Somban tu), AKLEH ni singkatan bagi Ampang-Kuala Lumpur Express Highway. Masa tu jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Selalunya cuaca cantik dan boleh nampak Menara Berkembar dengan sangat jelas. Pagi nie? Asap merata-rata. Patutlah subuh tadi bau asap je. Heran gak. Ingatkan ada orang bakar sampah pagi-pagi.

Minggu lepas, I sorang je batuk selesema kat rumah. Sekarang, Batrisyia pun dah sama. Tinggal yang sorang tu je belum kena apa-apa lagi. Kebal betul orang yang berkromosom Y ni.

Peliklah. Tiap-tiap tahun wajib kena jerebu sebab tiap-tiap tahun negara jiran buat pembakaran terbuka secara besar-besaran. Setiap tahun juga negara-negara yang berdekatan terpaksa menghadapi jerebu, pemimpin negara-negara ni menyatakan rasa tidak puas hati dan memberi nasihat agar tidak lagi membuat pembakaran terbuka secara besar-besaran. Tapi dibuatnya jugak. Degil betul.

Kenapa tak tiap-tiap tahun denda je negara tu? Ceh, cakap senang la, ye tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.