Friday, June 28, 2013

Friday

Alhamdulillah, langit cerah sejak semalam dan sudah mula kelihatan awan putih di atas sana. Menurut ramalan kaji cuaca, hujan akan mula turun sekitar pagi esok. Sama-samalah kita berdoa agar hujan turun dengan lebatnya. Rindu nak tengok hujan sebegitu. I miss walking in the rain!

Disebabkan jerebu, sukan tadika Batrisyia ditunda ke minggu hadapan. Beriya-iya dia practice lagu sorak kat rumah. Sepanjang minggu hadapan, mereka akan mula ada practice session. Wah, seronoklah dia tak payah belajar. Suka tengok dia berlatih membaca. Buku Bacalah Anakku dah lama tamat. Dia tengah main"kejar-kejar" dengan kawan dia untuk buku Read Easy. At first, risau juga bila dia lambat catch up membaca dalam Bahasa Inggeris. Tapi bila otak dia dah dapat tangkap cara nak gunakan fonik Bahasa Inggeris, berdesup laju dia baca. Alhamdulillah. Ala nak, umi dulu pun tak pandai juga.

Malam ni nak mulakan projek biskut raya. Hehehe... bukan biskut raya untuk diri sendiri tapi ni untuk dibuat sample. Ingat nak mula promote minggu depan. Jadi orang dah boleh mula merasa sebelum bermulanya Ramadhan. Kali ni tidak mahu promote banyak jenis biskut. Maybe 3-4 jenis sahaja. So senang nak handle.

I tengah marathon siri Once Upon A Time (Season Two). Kalau hari tu I gelakkan sebab hubby mimpikan Cora (Queen's mother), malam tadi pula I mimpikan Snow, Charming, Rumplestitskin dan Belle. Parah sungguh! Kenapa bila I marathon Supernatural, Sam atau Dean Winchester tak masuk dalam mimpi?

Mereka lebih hot!


2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Nasib jerebu dah kurang. Ahad ni kimi sukan ☺☺

Nak sample kuih ☺☺

Liz said...

Fiza> hehe, camne pulak aku nak pass sample kat ko?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.