Monday, June 17, 2013

Food tasting di Rock Salt Grill & Coffee Restaurant

Korang pernah makan Pakistani food tak? Kat kawasan KL ni, ada banyak restoran Arab tapi kalau sebut restoran yang menghidangkan makanan dari Pakistan, setakat ni I tak pernah jumpa dan tak pernah cuba.

Jadi apabila mendapat jemputan untuk menghadiri food tasting di Rock Salt Grill and Coffee Restaurant, I tidak melepaskan peluang yang diberikan. Rock Salt Grill and Coffee merupakan sebuah restoran yang mengetengahkan makanan dari Pakistan dan Tanah Arab. Ia terletak di Jusco AU2, Setiawangsa.


Interior dalam restoran agak luas dan santai. Meja makan tidak terlalu banyak dan memudahkan laluan tetamu yang datang. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Ruang yang menempatkan meja makan sangat sesuai untuk mereka yang datang dalam kumpulan. Ruang di bahagian tepi pula menempatkan sofa, sesuai untuk mereka yang ingin bersantai sambil minum kopi. Bagi yang ingin menghirup udara segar, boleh memilih untuk duduk di meja luar.

Antara yang sampai awal

Quite cosy

Ruang makan tidak terlalu serabut

Rock Salt Grill and Coffee telah diasaskan oleh Mr. Syed Mehboob Ali. Beliau bukan calang-calang orang. Mr Ali merupakan founder Fuji Corporation (Jepun) di tahun 1992 dan syarikatnya telah mempunyai cawangan di merata dunia. Idea untuk membuka restoran ini tercetus apabila mereka sekeluarga tinggal di Malaysia. Mereka mendapati Malaysia mempunyai pelbagai makanan dari serata dunia tetapi agak susah untuk mereka mencari sebuah restoran yang mengetengahkan Pakistani and Arabic food under one roof. Dari situ, Mr. Ali menyahut cabaran untuk membuka restoran berkonsepkan Pakistani and Arabic food. Tapi bukan itu sahaja. Ia juga mempunyai beberapa juadah dari negara Barat seperti Spaghetti dan Pizza. Nama restoran itu sendiri telah diilhamkan daripada Khewra Salt Mine yang terkenal dengan pengeluaran rock salt.

Mr Syed Mehboob Ali

Now is the fun part. Food tasting! Makanan pertama yang kami cuba semestinya starter.

Shurpa Soup ~ Lamb, Potatotes, Carrot with light spices

Sup ini mungkin nampak sangat "simple" tapi rasanya sangat sedap. Orang kata, mesti pandai masak kambing, barulah ia tidak liat dan tiada bau kambing. Daging kambingnya sangat lembut. Rasa macam "cair di mulut". Masih ada bau kambing tapi bau kambing yang wangi. Tak jemu-jemu menghirup kuah sup ni. I pun hampir-hampir nak tapau bawa balik. Hehehe..

Hummus ~ Channa, Garlic, Lemon with Olive Oil

Hummus ini pula merupakan spread yang dimakan bersama roti Naan. Sekali makan, terasa macam "chickpea". Rupa-rupanya Channa itu ialah Chickpea. Rasanya unik dan memang sesuai bila dimakan dengan roti Naan.

 Plain Naan

Garlic Naan

Sememangnya roti Naan menjadi kesukaan mereka kerana roti Naan "hadir" dalam kebanyakan starter menu yang ditawarkan di sini. Mereka ada plain Naan, Garlic Naan dan Garlic Naan Stack. Garlic Naan tu memang sedap sebab rasa bawang putih memang sangat kuat.

 Ceasar Salad ~ Lettuce, Homemade Croutons, Parmesan Cheese with Egg
and Garlic Naan Stack

Ada sesetengah orang kata, jangan letak terlalu banyak gravy dalam salad kerana ia boleh merosakkan rasa salad yang sepatutnya segar dan crunchy. I was hesitated to try it at first. Tapi bila dengar orang lain memuji kesedapannya, I cuba juga la. Walaupun boleh nampak gravy tu banyak tapi rasa salad tetap segar. Homemade croutons tu memang menyedapkan salad tu. Wajib dicuba bagi korang yang inginkan sesuatu yang healthy.

At this moment, our stomach was full with Naan! Kenyang tapi masih ada yang kami perlu cuba.

Restoran yang menyajikan masakan Arab tidak akan lengkap jika tiada Nasi Mandi.

Lamb Mandi ~ Lamb is cooked in Yemeni traditional way with Arabic spices
till it becomes tender, served with Arabic Rice

Nasi Mandi yang kami cuba ialah Lamb Mandi. Bau nasinya wangi, makan macam tu saja pun dah sedap. Kalau Batrisyia dapat nasi ni, memang habis kot dia makan. Warna menarik dan presentation pun simple je. Yang pasti, it is a big portion. I rasa boleh share 2 orang. Thumbs up untuk nasi!

Bak kata orang, "Nasinya sebutir-sebutir".


Siapa kata kat Pakistan tak boleh dapat rendang?

Chicken Butter ~ Boneless chicken butter curry in mild spice

Seriously, rasa chicken butter ni memang macam rendang. Tiada rasa butter pun. Masa ini, I rasa memang tekak I boleh terima makanan dari Pakistan kerana makanan mereka tidak jauh berbeza dengan makanan di negara kita. Once again, ia didatangkan dengan roti Naan.

Peshawari Chicken Karahi

Oh my, this is delicious. Menurut seorang waiter, Peshawari Chicken Karahi merupakan authentic dish bagi orang Pakistan. Karahi merupakan makanan tradisi orang Pakistan di bahagian Utara. Jika diikutkan, makanan ini tidak mempunyai kuah yang banyak dan tiada capsicum.  Tetapi di Rock Salt Grill and Coffee, ia mempunyai sedikit kuah dan dimasukkan capsicum agar sesuai dengan selera orang Malaysia. Jangan terkejut kerana di dalam makanan ini terdapat cili api! Patutlah rasanya pedas-pedas manis.

Tidak akan lengkap food tasting ni jika tidak mencuba salah satu menu popular di sini. Kebab!!!

Family Mix Kebab

The best kebab ever! I'm not saying this because I have to write a review. Tapi kebab ni memang sangat sedap! Bahagian luarnya crispy dan bahagian dalam pula sangat lembut. Kami mencuba Chicken Shangri-La kebab, Chicken Malai Boti, Chicken Resmi kebab, Lamb Tikka, Lamb Resmi Kebab dan Lamb Gola Kebab. Semuanya sedap. Lamb Resmi Kebab dan Chicken Resmi kebab agak pedas. Lepas makan, terasa pijar bibir. Untuk pengetahuan, korang juga boleh order individual kebab. Tak semestinya kena order Family Mix ni.

Licin!

Perut rasa sangat kenyang. Nasib baik ada air kosong. Kalau lah air manis, tak terminum kot sebab perut kenyang sangat.

Sebagai penutup, kami dihidangkan dengan Pavlova.

4 layers of pavlova

Pavlova tidak mendapat sambutan di kalangan tetamu lelaki. Mungkin mereka takut nak berebut dengan tetamu perempuan :p

Licin dalam masa 2 minit kot

Barisan chefs yang menyediakan makanan kami pada malam tu.

Openricers yang memeriahkan food tasting

Bagi yang ingin mencuba sendiri makan Pakistan, bolehlah ke Rock Salt Grill and Coffee.

Rock Salt Grill and Coffee
AEON AU2 Setiawangsa
Lot G30 and G35, Ground Floor
No. 6 Jalan Taman Setiawangsa
Jalan 37/56, AU2 Taman Keramat
50450 Kuala Lumpur

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.